Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

27 December 2010

Officially a wife now

alhamdulillah, finally telah sah menjadi isteri orang. Ringan rase kepala bila dah selesai semuanya.  Walaupun ada beberapa drama swasta berlaku..hahaha

Nah, layan gambar nikah aku dulu.
Feeling ayu gitu, maen tutup-tutup mate. hahaha

I love you, husband!

**gambar dari album fb adek aku**

20 December 2010

It's not cool at all

via Shira.

14 December 2010

11 hari mendapat suami

Auww, terharu I dah mencapai target 50.. Thank you para peminat. Hahahaha Syok gila perasan ada peminat..bluwek! 

Jadi, lagi 11 hari mendapat suami. Kepala adalah pening. Macam-macam benda remeh temeh mula timbul. Bila macam ni, mulalah rasa duit tu dah macam air. Mengalir keluar je kerjanya. Hahaha, adakah semua orang yang nak kahwin rasa macam ni, atau hanya aku je eh.

Ok, tak sabar nak kahwin, boleh? hahahaha

07 December 2010

Perdana Menteri Wanita Malaysia kot?

1. Banyak sangat teknik photoshop dalam gambar ni atau BOTOX?
2. Sebab aku hari-hari tengok TV, jadi aku semakin peka dengan kehadiran muka Rosmah di muka TV. Aku rasa, sepanjang minggu lepas je, hari-hari muka dia keluar TV.
3. Siapa bagi gelaran First Lady of Malaysia kat dia nih?
4. Dari pemerhatian aku, bolehlah aku katakan yang dia adalah seorang yang amat sibuk. Agaknya lebih sibuk dari Najib. Tengok siap ada website sendiri lagi



Kenapalah Rosmah tak boleh jadi macam Tun Dr Siti Hasmah masa zaman Mahathir dulu. Mungkin boleh buat aku rasa kurang muak sedikit.


Misi 17 hari mendapat suami

Yeay, Lagi 17 hari mendapat suami. Ngeh2. Eh, sila jangan salah faham tajuk ye, bukannya misi mahu mendapatkan seorang suami dalam masa 17 hari.. hahaha. Eh, boleh ke? Tak tahu lah, sebab aku berbulan-bulan kot. Dari aku excited, sampai aku tak berapa nak excited, stress, penat, bergaduh-gaduh dengan semua yang terlibat, hahaha. Gila seronok sebab bukan selalu kau boleh buat perangai bukan-bukan macam ni. Ok, macam gila pulak aku sekarang.

Aku suka je cuti, tapi kan aku dah naik bosan  mengadap TV dekat rumah, hampir semua cerita aku tengok. Animax pun aku layan, Simpsons dah berapa kali ulang pun aku tetap tengok. Lepas tu boleh tergelak-gelak  dengan lawak bodoh kartun tu macam tak pernah tengok episod tu.

Semalam sempat lah tengok beberapa belog orang femes. Ohh, memang betul lah eh, kalau nak femes kene letak gambar diri sendiri yang comel dan hot? Sila jangan salah faham statement aku ni, aku langsung tak jealous. Eh, apa makna jealous pun aku tak tahu sebenarnya. Hahaha. Tapi betul lah kan, kalau aku pun, aku suka tengok yang cantik je. So, tak hairan lah pada aku. Cantik tu kan lebih indah! Hahahaha

24 November 2010

Masa dulu aku

 Warning: **Siapa rasa nak sentap, tak payah baca**

Ok, aku memang bukan yang terbaik, dahulu. Tapi mungkin aku cuba jadi yang terbaik masa tu. Walaupun kau tabur la dengan seberapa banyak janji-janji manis sampai aku sendiri pun dah lupa patah bicaranya. Agaknya aku yang dulu memang lembab ke? Aku fikir dan yakin yang itu yang perlu aku lakukan, hanya itu yang boleh membantu. Lagipun, apa yang kau harapkan? Aku perempuan, bila setiap kali disogok dengan cerita sedih dan air mata, memang lama-lama hati boleh lembut. Walau dahulu bersungguh-sunguh berjanji pada diri tidak akan berlebih-lebihan membantu jantan yang belum tentu jadi suami. Fuhh! Sial gila, sebab aku memang lembik kot. Masa pertama kali agak payah juga. Tapi bila dah sekali dapat, dua kali dapat, yang seterusnya akan jadi lebih mudah. Ini semua sebab cepat sangat kesian, simpati lah konon. Damn!

Sekarang ni, bila aku dah tak harapkan satu sen pun kembali. Kenapa kau kena melalak lagi pasal benda lepas? Yang dah memang pasti, dalam cerita ni, yang paling malang itu adalah aku, yang paling rugi itu pun aku. Mungkin mahu menunjuk sudah berubah kah? Kau yang ungkit dulu, salah ke aku tuntut yang memang sepatutnya jadi hak? Ah, hati aku sakit. 

And please, tolong lah jangan memekak lagi, aku rimas! Satu lagi, "lepas ni dah tak pakai nombor ni lagi?" wtf, ada aku tanya? Like, hello? Ada aku kisah? sedar diri sikit boleh tak? Aku letih nak layan.

23 November 2010

A promise

Pssttt!
How about I promise to write everyday, but only after my blog followers are 50?

Fair enough? Hahaha
But, for now, I'll just wrote whatever that came across my mind, whenever i feel i wanna write. Hehe





22 November 2010

TV oh TV

Morning, world!

Tiada apa yang lagi menyedihkan selain daripada sebuah TV yang tidak mahu menyala di kala ini.
Sunyi tau tak. damn!

21 November 2010

Apa kata Hitler?

Hahaha, funny response from Hitler!



Aku suka part "Topup pun mak bapak bayarkan!". Yess! Dasar budak-budak bodoh.

Seperti biasa

Holidays are over, have to go back JB for another 2 more papers. Sigh!

Wish me luck for Tuesday and Friday's exam. Hehehe. Belum mula study apa pun lagi. Yeahh.. semakin hari semakin malas. OMG! penat betul, aku nak kawin je cepat2 sekarang. ngeh2

17 November 2010

Romen tepi jalan

Jom tengok drama melayu!



Perkara bodoh yg buat aku sakit hati:
1) Apa bangang nak break sbb pilih KLCC? Kalau muka jantan macam ni, aku pun pilih KLCC. pilih jantan tak guna macam kau ni buat apa. 
2) Kenapa budak perempuan yang melalak-lalak ni rela kena bodoh dengan kawan-kawan jantan bodoh ni?
3) Bodoh betul nak beromen kat tepi jalan
4) Rasa macam bukan kat Malaysia dah lepas tengok budak-budak bodoh bergomol tepi jalan. WTF? tepi jalan weh? dah macam kucing nak mengawan

05 November 2010

Update terkini

OK, rasa lama sangat tak tulis ni. Busy amat dengan assingment lah, project lah, proposal lah.. nak makan dengan tidur pun kadang-kadang tak sempat. Kesimpulannya : Banyak kerja + stress = KURUS! hehehe. Tapi sekarang dah lega dah sedikit, sebabnya dah nak final exam. Suka pulak aku dah dekat final, akhirnya penderitaan dah nak tamat. Walaupun ade lagi 1 assignment and group project yang tak selesai lagi. Namun aku tetap rasa macam rileks je. Hoho. Senester depan, lain cerita lah kan. 

Back to wedding preparation, perghh.. bosan pula bila ramai-ramai orang tanya pasal preparation ni. Penat nak ulang2 jawab. Huhu. Aku pemalas ok. kalau boleh nak siap-siap record je, so bila orang tanya senang aku tekan play je nanti. Well, minggu lepas dah pergi beli perabot nak letak dalam bilik seperti:
 dan ini
eh, ada sekali pula bakul-bakul tu kat atas meja mekap nih (mekap lah sgt, muahaha). Mak aku lah ni letak sini, mula-mula bakul ni normal je kan, bogel macam bakul biasa yang tak menarik langsung (minggu lepas).

Taa daaa.. buat-buat magic sikit. Hehe. Balik-balik je malam tadi, tengok bakul-bakul ni dah berbaju. Beruntung betul ada mak berbakat menjahit nih. Kain pun guna langsir lama yang dah tak guna je. Bagus, jimat dan tak membazir. Aku suka! ngeh2. 

**Nanti nak ambil kad kahwin, Yeayy.. tak sabar! =)






26 October 2010

Bosan nak buat kerja

Ish, apalah pelik2 sangat ni. Semalam dengan hari ni, dapat message kat fb pasal ade orang nk berkenalan. Macam buduh je, sbb tah mana-mana tah dtg manusia pelik tu. So, aku pun pergi Google nama sendiri,. Konon-konon nak check kot2 ada orang iklankan profile fb aku kat website cari jodoh ke apa kan. Hehe. Sekali terjumpa website yang member aku buat masa matriks. hahaha. Nak tau apa diorang tulis pasal aku? Eh, tapi masa matriks, aku tak tau pun ada orang buat website nih. Kira aku baru tau la nih. hehe

Let's get to know about our pretty secretary, Sharifah Fathiyah from Negeri Sembilan. She's a very intelligent student and friendly with others. All the girls love her because she's always had something funny to say. 
Komen aku: Aku secretary ke? bila masa? Hahaha, Nasib baik panggil aku pretty. Sejuk hati sikit! 

07 October 2010

Seluar kecik, kasut besar


Bukan kaki aku. Kaki aku tak cukup kayu macam ni ok. Hahaha. Sebenarnya nak meluahkan perasaan sebab tadi ternampak seorang mamat yang pakai sebijik gaya macam kat atas ni. Fesyen macam ni, aku boleh terima perempuan je pakai. Bila orang lelaki pun dah mula nak ikut gaya macam ni, aku rasa dah macam pondan pulak. Yelah, lelaki kan mana boleh pakai seluar ketat-ketat. Tak bagus untuk kesihatan kan. Tapi budak yang aku nampak tadi, kasut dia lagi besar dari kasut kat dalam gambar atas ni, Warna hitam, jenis yang lebih kurang macam dalam gambar, tapi dekat tumit dia lebih tinggi. Kasut yang dia pakai serupa macam safety shoes je. Hahahaha. ok, tu je review fesyen pelik di sini. Banyak lagi fesyen aneh yang aku simpan dalam hati, yang ni kira dah paling tak tahan lah. Hehe, bai!

03 October 2010

Formula alternatif untuk pemberian jumlah hantaran

Formula kira hantaran Pysad tu tak best lah. Sebab siap ada diskaun bagai. Cuba tengok wedding si Jimmy Shanley ni.

Baju Jimmy tu nampak macam lain dari baju melayu biasa kan. Fokus kat bahagian dada tu. Hehe

Tapi aku bukan nak cakap pasal baju. Topik utama aku adalah:

Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir pengantin perempuan iaitu pada 31 Januari 1986. Ketika ditemui selepas akad nikah selesai, Jimmy memberitahu dia berasa gugup semasa melafazkan nikah kerana julung kali berbuat demikian.
Sumber:    Izyan.com

Memang woww lah kan. Bagi duit hantaran sempena tarikh lahir. Come on Pysad, dari RM14000, baik dapat RM22 185. NA pasti boleh!

02 October 2010

Dari kakak kepada adik

Hoi, dah pakai laptop aku, tak reti sign out, nasib lah gue dah jumpe blog lu. Muahaha.


Tengoklah, betapa kuatnya berangan, belajar pun tak habis lagi. eh kejap, boyfriend pun takde, yang ade, (bekas?) boyfriend muka jambu tapi kuat menipu tuh je, ada hati mau bertunang ye. hahahahaha
Kesian adik aku nih. Bulan disember konon, tapi tak tau tahun bile ye. Hahaha. Aku report kat mak la camni. Ngeh2

Of my inspiration - nikah attire

Uhuk2, bangun pagi terus bersemangat basuh baju segala. Pakai washing machine lah kan, walaupun kena bayar rm2.50. Oleh sebab agak mahal, jadi memang patut lah aku kumpulkan baju biar penuh machine tu. Baru rasa value for money kan. Ngeh2. 

Eh, eh, apakah cerita pasal basuh baju nih. Well, actually I've  already sent my fabrics to my tailor. wow, my tailor eh? Haha, tailor yang selalu jahit baju-baju kurung aku yang biasa tu adalah mak aku je. Tapi mak aku jahit baju kurung je lah, dengan langsir rumah kalau dia rajin. Depends pada tahap kerajinan dan kebosanan dia lah. Agak-agak die rasa bosan die menjahit lah, kalau tak takde die hadap pun mesin jahit tu. Macam best lah bila mak pandai jahit ni, selalu balik-balik rumah je, mesti mak siapkan baju kurung baru. Yelah, aku dah beli lama gile kain tu. Kadang-kadang sampai lupa dah macam mana rupa kain die. Hehe. Walaupun lambat sikit siapnya, tapi macam rasa best asyik dapat baju baru je. Dulu-dulu masa kerja kat UMP ramai je orang jeles tengok setiap kali aku balik Seremban je, bawak set baju kurung baru. Tak tau nanti bila dah kahwin, mak aku nak jahit lagi ke tak baju-baju aku.

Back to the topic, my nikah attire's design would be something very simple. Furthermore, I didn't hire any top/famous designer to design/sew it. Haha. Kalaulah aku ada duit berkepuk-kepuk, confirm aku upah mereka kot. My tailor is just an ordinary (read: sweet) Chinese lady whom I always go to since last 2 years kot. She's the one responsible for all my kebaya's n modern kurung. Yelah, mak aku hanya jahit baju kurung normal je. Fesyen-fesyen ni dia malas. Susah kata dia. Hehe. Well, I always like all her baju-baju that she made for me. As for my nikah, attire,  although she suggested something else, but finally she's agreed with my ideas ( with references, of course). Gambar-gambar yang aku koyak dalam majalah tu pun aku tinggalkan dekat dia. Sengaja, walaupun aku rasa dia faham dah apa aku nak. Hehe.

Anyway, in my dreams, I wish it would be something like this.






However, minus the fact that mine wasn't chiffon and I kinda hate the "kain meleret-meleret" for nikah. Hahahaha

01 October 2010

Jalan-jalan tapi tak cari makan pun

Penat je drive jauh-jauh sebab konon nak pergi buat HIV test lah kan. Sekali bila sampai je, klinik tu cakap, mana borang? Ish, apahal lah pulak kan. Aku ingat kat klinik mesti lah ada borang kan, sebab pejabat agama NS tak bagi sekali pun. Diorang suruh ambil kat klinik. Sekali rupanya kat Johor ni bukan macam tu eh. Apakah? Aku drive jauh ni. Haishh, buang masa dan tenaga aku betul lah. Kalau aku tau, mesti aku tak bersusah payah macam ni. Gigih pula tu kan pergi hari ni, sebab bajet busy je hari-hari lain. Dalam minggu ni, hari Jumaat ni je lah yang aku kurang busy sikit. Hehe. Satu hal pula aku nak pergi beli borang tu kat pejabat agama Johor kan, kenapa lah tak boleh download je. Ke nak buat kat Seremban, masalahnya, entah bila lah aku nak pergi buat kat Seremban tu kan. Setiap hari dari Isnin - Jumaat aku ada kelas kot. Ke nak biar buat lambat-lambat. Tapi kang, segala jenis orang nak datang bebel-bebel kat aku pula kalau aku tak settle cepat-cepat. Nanti-nanti lah aku fikir. Kan bagus kalau letak je borang HIV tu kat klinik, yang pergi letak pejabat agama buat apa. Macam lah boleh buat test dekat pejabat agama tuh. Huhu. Susah betul bila lain negeri, lain prosedur ni. Buat seragam kan senang! Siapa setuju?

27 September 2010

Hi speed sahaja

Ohhh.. wiper kereta berperangai aneh hari ini. Kadang-kadang pun memang die buat perangai, macam buat bunyi-bunyi pelik bila tiba masa digunakan. Tapi, yang tu aku boleh tahan lagi. Memang dasar pemalas nak tukar wiper. Huhu.

Yang baru je jadi hari ini, lebih aneh lagi. Dahlah dekat sini, bila petang je mesti hujan kan. Tadi lepas kelas, hujan boleh tahan lebat jugak lah. Masuk-masuk kereta, start enjin, dan bersiap nak gerak, sekali bila try on wiper, wiper tak gerak langsung. Panik sebentar. Aku ingat sebab ada orang selitkan kertas dekat wiper tu. Biasalah, time-time konvo macam ni, memang susah nak dapat parking dekat kawasan tu. Jadi, aku parking je kereta dekat kawasan bengkel. Terus dapat surat " NO PARKING! KAWASAN KERJA" . Nak buat macam mana, hari-hari biasa memang aku tak ingin pun nak parking dekat situ.

Jadi, aku alihkan lah kertas warning tu. Try on wiper balik. Still tak bergerak. Makin panik, tapi try je speed yang paling hi, baru boleh bergerak. Entahlah, sebelum ni tak pernah buat macam tu. Since tadi, cara macam tu je baru wiper tu nak bergerak. Kenapa lah agaknya ni. Merajuk ke sebab kena tinggal 2 hari dekat UTM? Huhu.

21 September 2010

Secebis emel

Tension ahh..


Alahai.. aku tak suka sangat nak presentation nih. Aku tak bersedia, tolonglah jgn high expectation sgt. aku poyo2 je nih. huhu

20 September 2010

Hari pertama selepas cuti

Fuhh, gile lama bercuti. rasa nak balik JB memang malas gila. Kalau boleh tak nak balik dah. Nak cuti je sampai bila-bila. Haha, Tapi bila membebel dengan tunang pasal malas nak belajar lah apa lah, ok, serius banyak kot aku membebel benda macam ni, especially bila aku rasa stress banyak sangat kerja yang tak siap-siap.*Kesian u syg, tapi i peduli apa, u kena dengar jugak! U je tempat i mengadu. Hehe* Akhirnya sedar diri, walaupun tunang offer cakap jadi suri rumah je, haihh, jadi suri rumah macam best eh, tapi nanti tak banyak duit nak berjoli katak. Hahaha, nanti mana nak dapat duit nak beli kasut-kasut, baju-baju dan sebagainya barang-barang lain sebagai reward kepada diri sendiri kan? So, nak tak nak, harus kembali ke sini, dan layankan je semua benda ni.

Eh, tadi ada budak puji nama aku sedap. Haha, termalu-malu aku tadi. Jarang gila kot tetiba ada orang cakap kat kau, " Sedap lah nama awak!" Aku sengih-sengih bangga je. Lupa pula aku nak tanya nama dia pulak. Entah-entah dia berharap aku puji nama dia balik? huhu.

10 September 2010

Lagi-lagi aku

Duduh di rumah buat beberapa hari ni adalah mendamaikan. Oh, tapi aku masih je bergaduh dengan adik aku. Hahaha. Tapi, lebih tenang daripada duduk di UTM dan fikir pasal Master. Huhu. Banyak sangat kerja sampai rasa malas gila nak buat. Apalah punya manusia kan? Kalau macam ni perangai, sampai bila pun takkan siap. Hoho. Oh, cepatlah habis semester ni, aku dah tak larat. Lagi berapa hari lagi nak kembali ke UTM, fikir je kepala aku dah sakit. Macam-macam hal nak kena fikir. Mudah-mudahan aku dapat siapkan semua assignment sebelum cuti ni habis. Kalau tak dapat siap semua pun, at least 2/4 pun aku dah cukup bersyukur dah.


Pergi sana sini orang dah mula tanya pasal persiapan kahwin lah apa lah.Haha. Nak kahwin pun susahlah. Macam-macam bendalah pulak. Aku bukan boleh control semua benda. Kalau aku boleh decide semua, boleh control semua, kan senang. kang kalau aku memandai cakap ikut apa aku suka kang. Haih.. Entah, tak tau nak cakap apa lah.

eh, buat semua peminat, salam aidilfitri! Maaf zahir batin. Hahahaha, macam lah ada peminat sangat kan.

31 August 2010

Baju cantik untuk orang cantik, heh!

Ok, dekat-dekat nak raya ni rasa tak puas lagi cuci mata tengok baju cantik kan?

pic from here
 Aku nak cari yang lebih kurang gini lah. Sejuk je mata memandang kan. Memang bersih lah mata lepas tengok gambar nih. Hoho

30 August 2010

Budak-budak nakal

Alhamdulillah, dapat jugak cuti akhirnye. Assignment terkumpul adalah dalam 10 ke 11. Entah, dah lost count plak. Rasa macam tak siap-siap jugak assignment nih. Ngeh2.

Ok, topik hangat hari ni. Kenapa budak-budak yang aku rasa masih bersekolah darjah 4 ke darjah 5 tak puasa? Aku usha budak-budak ni lepak makan-makan dekat depan tempat main game dekat Giant Pulai beberapa hari lepas. Tak senonoh betul. Tapi ada seorang dua yang takut dan malu-malu bila perasan ada orang usha diorang. Dan ada jugak yang kulit muka tebal gila, bantai melantak je kat kedai makan tuh. Tak tau malu langsung. Ini mesti kes mak bapak tak tahu apa anak-anak buat ni. Anak-anak aku nanti jangan harap nak pergi main-main dekat shopping complex tanpa ibu bapa ok. Nanti orang cakap, aku tak pandai jaga anak pulak. Macam aku selalu cakap bila tengok anak-anak kecil ni terbiar melepak sana sini tak tentu arah.

22 August 2010

Kekanda Adinda

Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama


Oh, cute song ever! Pernah dengar dekat X Fm dulu. Then tak ingat. Terdengar balik kat tv3. Super chumil!

19 August 2010

Bad hair day, perhaps?

Waiting for my class at 2 pm. Tak sengaja tertengok Wanita Hari Ini tadi. Hehe. Topik biasa-biasa je. Kecuali ada satu segmen tajaan tu yang buat aku tak puas hati sikit lah.

No doubt, it's unique, sebab dia je kot yang ade hairstyle begini. Mungkin ini rambut cari makan ni, kang kalau tukar, susah orang nak recognize. Hehe

18 August 2010

Puasa kat UTM

Hehe, tak tau apesal hari ni rasa tenang sebab boleh berehat-rehat. Sepatutnya bersusah payah buat assignment menggunung. Hmm, susah betul buat master ni sebenarnya ok. Tapi, dah register dah pun, layankan je lah kan.

Puasa di UTM biasa-biasa saje. Setiap hari pun pergi beli makanan di bazar UTM ni ah. Dari luar memang nampak menariklah. Sebab ada payung berwarna-warni tu. Tapi macam biasalah, tak semua makanan yang dijual tu sedap ok. Harga tak payah ceritalah kan. Dah mana ade yang murah kat bazar ramadhan kan. Cuma tulah, aku rasa kalau betul-betul nak berniaga tu, buatlah dengan ikhlas. Aku geram sebab terbeli air soya yang tawar + cair  tak sedap langsung. Kenapa lah buat macam tu. Bulan puasa ni, tak kisah lah kau nak jual ape pun, mesti ade orang beli punyalah. Cuma tu lah, nak cari yang betul-betul ikhlas berniaga ni dah susahlah. Semua pun jenis yang macam melepaskan batuk di tangga je. 

Hari ni tak tau lagi nak makan apa. Rasa macam nak makan McD je lah. Confirm dah tau rasa macam mana kan. Dah penat tertipu kat bazar-bazar ni. Tapi sejak akhir-akhir ni aku rasa dah tau dah nak kenalpasti makcik mana yang jual kuih sedap, kat mana ada air soya sedap, murah dan banyak. etc. Hehehe.

17 August 2010

Lagi lagi Myvi

Dah lama dah sebenarnya. Baru sekarang nak tunjuk gambar kereta Myviku. Huhu

Ni gambar-gambar kereta yang tak bersalah tau.

Ni pulak si pesalah. 
Gila seronok eh kereta si pesalah ni. Hanya ada calar je. Geram betul aku. Memang kereta kebal sungguh! Bila kereta dah buruk begitu, haruslah masuk bengkel. Setelah hampir 3 minggu, dan berkali-kali telefon ke Perodua tu, akhirnya Myvi dah boleh keluar pagi tadi. Yeay!

Tapi nanti mesti rindu nak bawa CCF lagi. Aku dah terer bawak manual sekarang, Pysad.!Lagi terer dari aku mula-mula belajar drive manual dulu rasanya. Dulu-dulu aku berani drive dekat taman perumahan je (tu pun sebelum wujudnya LEKAS kat celah-celah taman tu). Paling jauh pun pergi hantar adik aku pergi balik sekolah. Hehe. Sekarang dah boleh drive Seremban-JB, aku pun tak sangka. Hahaha. 

Masa mula-mula dapat CCF tu, memang seram lah nak drive. Mati enjin, tak payah ceritalah kan. Berpuluh-puluh kali mati enjin. Kaki tak biasa lagi. Dah biasa bawak auto je. Hehe. Siap lenguh-lenguh bahu lagi sebab penat tangan asyik tukar gear je. Bawak kereta auto kan tangan rileks je kan. Muscle kat tangan macam terkejut lah, sebab tiba-tiba kena buat kerja lebih. Adalah dalam seminggu lebih macam tu. Sekarang, dah lebih hebat dari biasa. Ngeh2.

Thank you syg, sebab bagi I pinjam CCF and sanggup bersusah-susah takde transport selama ni. Huhu. I love u soo much! Tak sabar nak kawin ah! Ngeh2



15 August 2010

My lover

"I love thee, I love thee with a love that shall not die. Till the sun grows
cold and the stars grow old."- William Shakespeare


Loving you more each day! Happy 6 months engagement, lover.
 

10 August 2010

Fakta hari Selasa

Fakta no 1:
Yeay, hari yang indah sebab takde kelas, tapi ada banyak sangat benda nak settle. Memang banyak sangat. Jangan haraplah boleh bergolek-golek atas katil ye bila takde kelas, kena kerah pula pergi discussion. Layan je lah. Kang, tak siap pula assignment kan.

Fakta no. 2:
Masalah kad matrik masih belum selesai. Tadi aku pergi lagi SPS. Tapi kali ni, dengan bawa resit RM20 untuk buat kad matrik baru. Surprisingly, kad matrik tu boleh pula print masa tu juga. Tapi, masalah biasa, masalah bar kod. Aku dah mula bosan dengan bar kod nih. Kesimpulannya, masih lagi tiada kad matrik. Haihh..

Fakta no. 3:
Ada sepasukan polis berkampung dekat depan kolej aku. Siap bawak lori polis tu. Tak tau ada ape. Nanti aku tanya roomate aku lah, dia kaki gosip sikit. Hehehe

06 August 2010

Limited Edition

Semalam masa aku nak pergi kelas petang selepas lepak-lepak di rumah classmate, ternampak ini di jalan:



Jeles ah!

04 August 2010

Geram sikit

OMG! Aku geram sangat pasal pagi tadi. Aku dah bagitau ada kelas pagi tadi pun dah cukup baik. Dahlah, tak reti nak berbudi bahasa, nak berterima kasih ke apa. Sesedap hati kau je nak sound aku. Nasib kau lah kan. Siapa suruh tak bagi contact number kat aku. Macam la aku BAIK sangat dengan kau. Sedar lah diri weh, aku tau lah kau senior satu semester. Tapi, dahlah kau minoriti, tak reti ke nak bercampur gaul? Gila benci aku dengan warga Iran yang seorang ni. Berlagak DIVA!

12:12 am

Eh, rasa macam dah lama tak menulis di sini. Mesti ada yang ingat aku sibuk sangat belajar. Hahaha. Well, frankly speaking, belajar tidaklah sesibuk mana pun. Lecture session was OK, walaupun satu kelas biasanya straight 3 jam, tapi aku tak pernah mengantuk lagi setakat ni. Cuma bila ada assignment tu lah yang buat aku rasa macam sibuk sangat. Yang lagi best, every subject pun nak ada assignment. Assignment pula memanjang je nak group assignment. Letih lah kena spend berjam-jam buat discussion . Haihh!

Selain dari assignment, ada lah 2-3 report lah, essay la, presentation lah semua nak kene prepare before end of semester. This course requires a lot of knowledge in this area. Aku takde subjek yang boleh tekan-tekan kalkulator pun. Semua kena ade serba sedikit knowledge, rajin ambil tau current trend, new technology..bla..bla..bla. Ok, semua ni buat otak aku letih. Bila otak letih, kena tidur. Ye lah, nak recharge tenaga balik. Hehe. So, tak sempat nak berbelog. Ngeh2

Tapi kan, broadband sebenarnya yang selalu buat aku hilang mood. Lembab macam siput. Oh, rindu nak duduk Gambang, di mana pakej RM68 tu dah rasa laju gila dah!

29 July 2010

saya si batuk-batuk

It has been a few days. My chest hurts when I cough, and the pain only go away when I sit or lean forward. I can't even lie down comfortably now. It hurts every time.

Sedih. Penat batuk sudah. Cepatlah baik.

22 July 2010

Hari penat

Hari ini hari penat otak, penat jiwa, penat kaki, tangan, badan, mulut dan segala-galanya lah penat.

Sumber penat yang utama pastinya lah kerenah sesetengah manusia yang tak sedar diri motif sebenar datang bekerja. Kalau bos ke pengarah ke aku tak kisah lagi tau. Ini dah lah cuma computer operator. Lagi mahu tunjuk lagak. Aku tanya elok-elok, dia yang nak emo lebih-lebih. Kerjanya nak menyalahkan orang lain je.  Aku dah habis sabar ok. Aku pun dah habis malu sebab buat bising di khalayak ramai. Fine! Aku dah takde sedikit pun rasa hormat dekat orang sebegini. Yang susahnya, bila aku cakap A, dia dengar B, bila aku cakap C, dia dengar D. Orang tak effisien begini, tak patut buat tugas begini agaknya. Tertekan ok, tak tahu entah bila mahu settle semuanya. Benci!

Aku hanya mampu pusing-pusingkan biji mata je sepanjang masa tadi. Kalaulah aku ada pilihan, aku memang malas nak layan orang macam ni. 

19 July 2010

Assignment...esemen

Penat la weh, lepak dekat 4 jam dalam perpustakaan petang tadi. Aku rasa lebih baik aku tidur daripada duduk library tu, sebab hasilnya mengecewakan aku. Sebab, kalau aku tidur pun kerja aku banyak tu jugak. Hahahaha.

Kesimpulan, tak suka lah group assignment. Kerja asyik nak bertekak je. Ngeh2.

17 July 2010

Airplanes

Can we pretend that airplanes in the night sky are like shooting stars
I could really use a wish right now

13 July 2010

Frequently Asked Questions

Baiklah, selama ni memang ramai gila orang tanya pasal braces kat aku. Contoh macam, kalau aku pergi pasar malam, nak beli cendol ke ape ke, mesti budak yang jual air tu nak tanya pasal gigi aku. Ok, fine. Tapi kadang-kadang rasa annoying juga lah bila tiba-tiba orang yang kau tak pernah kenal pun sibuk nak tanya kau buat gigi dekat mana. Soalan-soalan diorang macam biasa lah. "Sakit tak pakai besi tu?" "Buat dekat mana eh?" "Mahal tak?" Kemudian diiringi dengan pengakuan "saya pun nak pakai jugak, tapi.. eiii.. takutlah, macam sakit je?" Aku jawab pun ikut mood aku lah. Kalau tengah mood nak layan bercakap-cakap dengan stranger, aku jawab la sejujur dan penuh ikhlas. Tapi kadang-kadang, aku dah la penat baru lepas kerja, lapar lagi sebab tak lunch ke atau badan lemah sebab puasa, hehehe, aku suka cakap sakit gila pakai braces, korang tak payahlah berangan nak pakai. Hehehe. Malas betul aku nak layan budak-budak takut sakit ni. Hahahaha.

Tapi tadi, ada seorang classmate aku, perempuan Iran ni tarik tangan aku bila aku cakap yang aku nak balik bilik. Katanya, ada benda penting nak tanya. Siap bisik-bisik lagi. Rupanya nak tanya pasal braces. Ishh, perempuan ni cun sangat kot sampai aku terlupa nak tengok gigi dia. Hahaha. First time ni, ada orang bisik-bisik tanya pasal braces, dia macam segan sangat nak cakap. Aneh, tapi dalam masa yang sama aku geram, kalau aku cun gile macam dia, confirm aku tak heran nak pakai braces. Hahahaha. Eh, tapi mesti aku buat juga lah. Ngeh2.

12 July 2010

Cakap-cakap JB

Dah genap 5 hari aku tak tengok TV! Penting ok statement ini. Hahaha. Dulu zaman UKM pun aku ada TV sendiri dalam bilik. Huhu. Pysad, takde TV lebih ke kat rumah? Ngeh2.

Sebab dah takde TV, terpaksa menghiburkan diri dengan radio dan nasib baik aku ada broadband. Boleh layan tenet sampai lebam. Tapi, kadang-kadang broadband pun slow macam siput, terus rasa nak tidur walaupun takdelah nak tidur sangat. Oh, benci aku dengar Johor FM ni, boleh pulak si tikar terbang buat ucapan utk tunang tersayang, lepas tu si tunang pulak call pergi buat ucapan untuk si tikar terbang. Korang call antara satu sama lain je tak boleh ke? Aku menyesal sebab terdengar. Pfttttt..

Eh, malam tadi aku rasa terdengar printer aku buat cleaning pukul 1 pagi. Apa kejadah tah? Ada hantu ke? Aku terus off suis, aku yakin yang bukan aku pergi usik printer tu.

So, pagi tadi aku dah start 1st class. Rasa aneh pulak. Dah lama tak jadi pelajar. Huhu. Dahlah lecturer aku cakap banyak gile pasal benda-benda yang aku rasa tak berkaitan pun dengan subjek. Hahahaha. Aku penat bila kena paksa berfikir. Ngeh2.

Benda paling tak best adalah, subjek elektif universiti menyebabkan mungkin aku kena ambil sampai 23 kredit sem ini. Hoho. Tapi aku boleh pilih sama ada nak buat sem ini ataupun sem depan. Aku dah rasa nak drop dah subjek tu. Sebab aku rasa macam leceh. Bertahan je lah nampaknya.

Well, kadang-kadang aku rasa tua je bila kat sini. Eh, tadi ada pak guard tanya aku kerja kat TV9 ke? Katanya, muka aku macam biasa tengok. Tapi, bila ada seorang budak perempuan Cina tanya aku student 1st year fakulti mana, aku yakin yang aku awet muda! Syg, jangan jealous please... Hahahaha.




07 July 2010

Rasa tak best

Sial ah! Rasa menyesal pun ada sekarang ni. Tak best langsung perasaan macam ni. Siap kene bebel dengan mak ayah lagi. Tapi sekarang aku rasa tak suka. Macam nak pergi cancel je semua aku buat tadi. Shit.

06 July 2010

Mentor ke protege?

Akhirnya, terjawab juga teka-teki siapa juara Mentor semalam. Ish, Mentor ni dah makin bosan dah. Macam biasa, tepat jangkaan aku yang si Mohd tu jadi juara. Tapi tu lah kan, bagi aku dia tak ada gaya juara langsung, suara ok lah, tapi kalau nak jadi juara memang out lah. Macam ada kureng sikit lah. Aku yakin yang ramai vote Mohd ni sebenarnya peminat-peminat fanatik Ziana Zain je. Kalau dah fanatik, tak kesah lah protege tu macam mana sekali pun, yang penting undi tetap masuk. Gila bosan weh! Lepas ni, kalau Mentor ada season baru, tak payah lah panggil Ziana Zain lagi. Cuba panggil Siti Nurhaliza pulak. Confirm protege dia yang akan jadi juara. Wah, dah macam mentor-mentor pulak yang bertanding, bukan protegenya.

01 July 2010

Apehal ada je benda leceh macam ni?

Ok, aku nak mengeluh lagi! Geramlah, aku rasa aku kena pergi buat kad matrik baru. Sebabnya kan dekat belakang kad matrik tu ada macam bar kod, dan yang aku punya, bar kod dia adalah sangat pendek macam tak habis dan yang paling penting, scanner tu tak boleh read! Haihh, kenapa lah aku selalu kene benda-benda macam ni. Penting sangat ke bar code tu dekat UTM ni? Ada sesape boleh tolong bagitau tak?

30 June 2010

First day in JB!

Bohong gile Pysad cakap JB udara segar? Mane ade, Pahang lagi segar ok! Hehe. Semalam dah register jadi student dah. Haihh, walaupun tak ramai sangat orang, tapi tak berapa lancar la (berdasarkan apa yang jadi kat aku). Dahlah aku disponsored, tapi stuck pulak dekat kaunter Bendahari. Ada ke patut cakap kat aku yang course aku tak wujud. Fine, aku tau lah yang ni course baru, tapi takkanlah sampai rekod tidak wujud. Jenuh aku kene tunggu diorang settle kan benda tu. Bukan tu je, kaunter buat kad matrik pun sama. Aku peliklah apasal orang-orang yang ambil  gambar before aku semua dah dipanggil nak buat semakan before diorang print kad matrik tu kan. Bila aku tanya je, diorang cakap borang aku takde. Haihh, malas lah nak mengamuk, nasib baik orang yang tekan kamera tu ingat muka aku. Entah apa-apa je diorang ni. Banyak main sangat! Geram, sebab kena tunggu lama dan lapar pula tu. Tahap kesabaran dah makin menipis dah. 



24 June 2010

Lagi-lagi Fasha! Booo..

Hahahaha. Aku gila bosan weh duduk rumah ni. Nak menghiburkan diri sendiri, terpaksa ambil tau pasal industri hiburan tanah air..chewahh! Kesian weh dengan makcik Fasha ni, dah desperate sangat kot nak kembali glamour macam zaman dulukala sampaikan sanggup buat publisiti murahan macam ni. Sedarlah weh, takde siapalah nak berebut jantan dengan kau. Tak tahan betul dengan benda ni.


PELAKON Almy Nadia mengaku hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz agak terganggu apabila timbul desas desus kekasihnya itu turut menjalinkan hubungan dengan pelakon Tizz Zaqyah.
Almy berkata, dia juga terkejut apabila mendapat tahu Tizz dikatakan turut mengganggu hubungan Fasha dengan Rizal Ashram Ramli, bekas suami Nora Danish.
Bagaimanapun kata Almy, sebelum berita tersebut tersebar, dia dan Fizz telah terlebih dahulu menyelesaikan perkara tersebut dengan sebaik mungkin.
“Sewaktu mendengar berita ini, saya telah menghubungi Fizz dan pada mulanya dia agak berang dengan apa yang berlaku tetapi akhirnya masalah yang terjadi itu dapat diselesaikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Fizz Fairuz memberi amaran kepada pelakon Fasha Sandha agar tidak mengaitkan dirinya dengan Tizz Zaqyah semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.
Fasha dalam sebuah akhbar dikatakan membuat kenyataan menuduh Tizz sebagai individu yang bertanggungjawab mengganggu hubungannya dengan Rizal Ashram selain cuba menggoda Fizz Fairuz. Perbuatan Tiz itu dikatakan turut menyebabkan kemarahan Almy Nadia.
Kata Almy, dia tidak menafikan sebelum ini Fasha pernah bertemunya dengan Fizz untuk mengetahui konflik hubungan melibatkan Tizz Zaqyah itu tetapi mereka enggan masuk campur.
Bagaimanapun, ketika ditanya tentang hubungannya dengan Tizz itu, Almy enggan mengulas mengenainya.
"Saya tidak kenal Tizz dan tidak pernah berjumpa dengannya. Saya kenal dia pun sebab kontroversi ini tapi saya tidak mahu komen tentang dia.
"Pada saya buat apa mencampuri urusan mereka. Mereka bergaduh berebut lelaki, kenapa nak mengaitkan saya dan Fizz dalam hal ini?" soalnya yang terkilan dengan kontroversi tersebut.
Credit: mStar
Come on ah Fasha, cari idea lain ok. Aku rasa semua orang dah muak kot dengar cerita pasal kau nak berebut jantan.

18 June 2010

Huh, kelindan?

Lokasi: Rumah
Masa: Pukul 8 (Lebih tepat, lepas makan malam..heh)

Seorang pemandu lori terbunuh manakala kelindannya cedera parah selepas tertimpa timbunan beras dalam kemalangan di KM 265.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Jelapang, awal pagi ini.

Sejurus selepas itu,
Budak A: Kelindan tu ape?
Budak B: Kelindan tu orang yang naik atas lori.

Untuk makluman, seorang 22 tahun, dan seorang lagi 17 tahun. Haihh, adik-adik aku. Hahahahaha

08 June 2010

Nak yang nipis dan hebat tak?

Paling hot kot. Syg, jom teruja bersama-sama. Haihh, bila nak beli ni? Dengar cerita September ni sampai Malaysia. Hahahahaha.



06 June 2010

Mari cakap pasal Lagenda Budak Setan

Okeh, tengok title dah tau aku nak cakap pasal ape kan. Yeah, right. Aku sendiri pun tak sangka akan tengok cerita ni pada 3 Jun yang lalu. Yelah, apahal entah tetibe bersemangat sangat kan. Buku tu pun aku bukan baca sampai habis. Dulu-dulu masa sekolah kan, mana mampu nak beli-beli novel-novel cinta camni. Pinjam jelah yang mampu. Turn after buku tu pun panjang gile kot, so rasenya aku curi-curi baca je buku tu. Hahahaha.

Pendapat aku lah kan, cerita ni tak best langsung. Bosan! Ke sebab aku tak baca buku tu kot so aku rasa tak menarik langsung. Macam banyak sangat plot cerita nye. Kejap-kejap nak rasa cinta-cinta, pastu nak sedih-sedih tengok kene dera, pastu tukar muka lah , matilah. Letih ok! Tapi, panggung memang full house beb! Tapi, aku rasa aku lagi banyak gelak je kot dalam tu. Macam entah pape je. Story dah best dah rasanya, cume mungkin pengarahnya tak hebat, kurang kreatif. Hehehe, yes, memang sesedap rasa nak cakap kan macam pengkritik bebas dah rasa.

Banyak sangat elemen-elemen tak logik. Aku tak suka pengganti Ayu bila dah bertukar rupa tuh. Cariklah pengganti yang kulit cerah jugak kan, Tak macam pelik ke kalau fikir, sebelum Ayu satu badan putih, bila dah tukar muka, satu badan tak putih sangat. Hahahaha. Yang part, "aku nak pergi Australia petang ni" tu pun tak boleh blah. Baru je cakap, terus dah nak blah! Raja Farah yang semangat menangis masa Ayu nak kahwin tu pun apahal kan. Haihh, memang banyak konflik emosi dalam cerita ni. Penat juga lah mengomel kat dalam panggung. Ngeh2.

Apapun, siapa-siapa yang memang minat gile novel ni dulu, bolehlah tengok. Tapi kang, takut-takut pulak korang hampa kang. So, sebolehnya, janganlah high expectation sangat okeh! Layan je.

*Que memang best dalam cerita tu. Yang lain-lain normal je. =) 

01 June 2010

Bodoh CIMB bodoh!

Bodoh betul CIMB ni! Nak buka akaun baru pun tak nak bagi. Polisi bodoh apa tah nak kena bawak bil air/elektrik pulak kalau alamat IC lain dengan bank yang kita nak buka akaun tu. Apa motif tah buat polisi bodoh macam ni. Menyusahkan orang lagi ada lah. Bengap sangat ke apa? Sekarang kan orang dah kerja merata-rata negeri, kan ke bodoh namanya kalau nak kena balik kampung semata-mata nak buka akaun bank. Memang dasar bodoh betul CIMB. Cepat bankrap la weh, benci aku ada bank tak berguna macam ni!

27 May 2010

Penatlah drive kalau macam ni

Fuhh, akhirnya sampai juga ke Seremban. Gila lembab aku bawak kereta petang tadi. Dekat pukul 6 baru sampai rumah kot. Banyak betul kereta. Mesti semua pun nak balik kampung sebab cuti kot. Tak suka tau. 

 Yang paling aku tak suka adalah bila jumpa dengan lori berderet-deret macam ni. Dahlah lembab, lepas tu suka sangat nak memotong sesama sendiri. Aku steady je drive slow-slow dekat belakang tu. Tapi lepas tu banyak lah kereta cuba nak memotong kan. Aku kene tunggu line clear dulu sebab tak mahu lah duduk belakang lori bawa kelapa sawit tu. Aku dah dapat pengajaran dah. Ngeh2. Eh, cakap pasal lori, teringat pula dekat Linda Onn. Aku sampai sekarang terfikir, apasal abang-abang lori suka sangat dekat LO. Bila dengar Suria FM je, asyik-asyik abang lori yang call. Confuse jugak lah.

Lepas tu, bila sampai Kuala Pilah, ada kereta polis drive sambil makan angin. Memang  tertekan la jugak kan. Nak potong, double line pula. Wah, tiba-tiba ikut peraturan bila belakang kereta polis. Hehe.

26 May 2010

Baru dapat rehat sikit

Hoh, sibuk sikit lah dua minggu ni. Sebab terkejar-kejar pergi bagi lecture dekat budak-budak yang ambil short sem. Haih, kadang-kadang aku rasa student dekat sini manja sangat. Buat short sem la itu ini, dulu masa aku belajar, takde manenye UKM nak layan buat short sem kalau nak repeat paper ni. See, budak-budak sini sangat bertuah. Lebih-lebih lagi sebab dapat aku yang ajar diorang. Walaupun pada kelas terakhir, diorang menggedik-gedik nak bodek aku supaya ajar diorang sampai habis. Hahaha. But, no way ye. I memang suka masuk kelas you all, sebab fun. Tapi, I tak boleh lah sebab mental I bersedia sampai Chapter 3 je. Hehehe.

Apa, ingat dah habis lecture boleh rehat-rehat goyang kaki je? Adalah juga goyang sikit-sikit kan. Tapi, terkejar-kejar pula nak marking assignments dan kuiz. Siap juga akhirnya petang tadi, setelah bertungkus lumus mengadap 2 hari. Ok, aku tak suka sangat bab-bab marking jawapan students. Pening kepala ok. Tulisan semua cakar ayam! Yang kejap besar kejap kecik. Yang tulis macam malas mungkin sebab tak sempat nak tiru kot. You name it. Macam-macam ada. Dari sehalus-halus macam anak cacing kerawit, sampai sebesar-besar macam letak kanta pembesar. Sabar je lah kan dengan budak-budak ni. Takkan tulisan pun aku nak kena tegur jugak. Haihhh..

Ok, sekarang dah kurang busy, nak pergi maen Cafe World balik. Dah lama dah tak sempat main Cafe World. Neighbour semua dah up level berkali ganda dah. Aku jugak yang corot. Tak boleh jadi ni. Nak bekerja keras ni. So, dapat bayangkan tak betapa sibuknya aku dalam dua minggu ni? Ngeh2.


21 May 2010

Jom main!

Pacman! 
Oh, suka sangat tengok Google letak Pacman ni. Siap boleh main lagi. Auww.. excited amat ni. Yelah, dah lama sangat tak main benda ni. Rasa rindu sikit lah. Macam mengimbau memori silam pulak. Dulu-dulu zaman ayah baru bawak balik komputer kat rumah, kan tengah kanak-kanak riang lagi time tu. Ayah bagi main Pacman je masa tu. Tapi, tak kisah la. Boleh je duduk main berjam-jam. Memang ketagih Pacman lah. Paling tak best bila adik-adik nak menyibuk main jugak. Diorang dah lah tak terer. Ngeh2.

20 May 2010

Gebu itu milikku

Tak best la bila bangun pagi ni. Sejak dua tiga hari ini, tidur atas tilam dah tak seronok dah. Salah tilam la ni. Dah tak gebu. Hahaha. Bila baring, dah rasa kayu yang biasa letak kat katil tu. Keras ok, rasa kayu. Bangun pagi tadi, rasa sakit kat bahu sebelah kiri. Mungkin tersalah pusing masa tidur. Mungkin juga tilam tak provide support sepenuhnya. Sangat tak seronok. Tiada lagi tidur malam yang indah lepas ni. Gila tak best.

19 May 2010

Belum 25, takkan dah tua?

Haih.. aku baru beralih position dari atas lantai ke atas katil. Penatlah badan terbongkok-bongkok nak mengadap laptop kat bawah tu. Bila dah beralih, broadband ni pulak buat hal. Kejap-kejap disconnect. Macam bongok betul lah. Walaupun memang laju gila kat bawah tapi badan aku dah tak tahan la. Tapi aku yakin kat atas katil pun still boleh dapat signal 3G tu, so aku tunggu la kejap sambil golek-golek atas katil layan lagu-lagu jiwang kat radio. Huhu. Nasib berjaya juga, tak sia-sia aku menunggu. Apehal tah sambil golek-golek atas katil, tetiba rasa macam nak menangis. Ok, sendiri tak faham, mana tah datang feeling sedih tak pasal-pasal.

Lately, aku rasa macam daya ingatan dah merosot. Seriously, nak prepare for lecture pun kene tunggu mood datang dulu. Yang paling tak  tahan, bila aku nak tengok satu blog ni yang aku ada bookmark, unfortunately, bookmark tu semua dah tiada sebab aku dah install Windows baru ni. Petang tadi teringin pula nak usha blog tu, dan aku tak ingat langsung blog address dia ok. Puas juga aku cuba paksa diri nak ingat, siap google guna keyword yang aku ingat lah, tapi tak jumpa ok. A few minutes later, macam "ting!", eh, ada satu word ni kot dalam dia punya blog address, then try lah google lagi. As expected, gagal lagi. Uish, tak puas hatilah, sebab rasa macam dah nak dapat dah, tapi tak dapat-dapat lagi. Boleh faham tak perasaan tu? Macam kau nak capai something kat tempat tinggi (tapi kau rasa kau boleh sampai), tapi bila kau dah try jengkit-jengkit pun kau masih tak dapat capai lagi, kau hanya boleh kuis-kuis je. Hahahaha. Geram kan? Hmm.. tapi finally I jumpa juga blog tu, semua sebab aku sabar menunggu otak aku keluarkan maklumat. Memang slow sangat progress. Haihh, macam mana eh? Dah rasa macam orang tua. Asyik lupa sana-sini. Demm..

17 May 2010

Masa untuk berseronok

Seronoknya jadi cikgu. Ada Hari Guru. Hahahaha..Nanti mesti dapat hadiah banyak-banyak. Kalau kat rumah mak ni, mesti aku yang jadi tukang buka hadiah-hadiah mak aku. Yelah, memang muka tak malu sikit. Tapi, mak aku bukan nak buka semua pun. Dia pilih-pilih hadiah mana dia nak buka. Aku tension je tunggu. Last-last aku buka je semua. Senang. Unsur-unsur suspens semua dah hilang. Ngeh2. Ala, lagipun biasanya nanti aku juga yang tukang kemas dan simpan hadiah-hadiah dia. Tapi, kadang-kadang kalau ada hadiah best yang aku yakin mak aku takkan guna sampai bila-bila, aku cilok je dengan kebenaran. Kan seronok tu.

Dulu-dulu aku pernah berangan nak jadi cikgu sebab nak dapat hadiah masa Hari Guru. Macam bongok kan. Nasib baik  aku tak jadi cikgu sekolah tu. Matlamat je dah salah. 

 

13 May 2010

Malaysia pun bolehlah!

.
Terima kasihlah Najib, sebab akhirnya berjaya buat keputusan yang bijak ni. Yelah, dia mana boleh tahan tengok mesti ramai nak bertaruh secara haram. Kalau haram, dia tak untung. Baik bagi lesen. Boleh dapat share sikit kot. Hahahaha. Memang terbaik lah. Sikit lagi nak jadi Las Vegas. Malaysia memang boleh.

Lebih info di sini dan sini.

Do not call me again!

Hoh, aku sekarang dah bijak sikit lah. Dulu semua phone call pun aku angkat. Tapi sekarang bila nombor aneh-aneh keluar aku malas nak angkat. Lagi-lagi nombor ni : 03-20371333. Suka sangat call banyak-banyak kali. Terus aku save "Orang Gila". Sebagai warning, jangan angkat call ni lain kali. Aku malas nak layan la. Entah apa-apa promosi la. Insurans la, diskaun kad la. Degil pulak tu bila aku dah cakap tak nak, tak minat. Tak faham bahasa. Last-last aku hang up je. Tapi tu semua dulu lah. Time aku bersemangat nak jawab semua call in. Tadi nombor yang sama baru call lagi. Reject je terus, aman dunia. Tak payah nak menyusahkan otak aku nak layan. Dahlah aku pening-pening nak study ni. Semak, ok.

12 May 2010

Wa malas nak letak tajuk

Ohh.. aku rasa penat pula nak kena study hari-hari ni. Tak sempat-sempat, setiap hari pun ada kelas. Biasalah kan, bila baru nak study, memang malas yang amatlah, tapi bila dah start, dah pukul 6 pun rasa macam pukul 5 petang lagi. Hahahaha. Nasib baik aku cop chapter awal-awal, tak payah nak bekerja keras sangat kan. 

Bila bosan, terjumpa pula blog ni. Serius comel weh. Tengok cepat.
Hahaha. Tengok patung pakai pun dah rasa hot.

Dah-dah. Harus mula study segera!

11 May 2010

Tips dapat anak comel

Hah, ada apa dengan adamaya?

Amani! Masa tengah hisap botol lagi. Ngeh2


Penat-penat kerja ek. Tapi, takpe, hasil lumayan tu. Aku suka budak rajin bekerja camni. Hehe

Dengan mak dan ayah dia. Ikut mak kot ek?


Nah, ni je tips nak dapat baby comel. Buat yang tengah pregnant tu, orang kata kalau nak anak comel, kena rajin-rajin tengok gambar budak-budak comel. Apalagi, cepat tengok gambar budak ni hari-hari.

** credit:pics are all from here.

10 May 2010

Jantung berdegup kencang..ahhh

Ni dah taip sebaik sampai Gambang pagi tadi, tapi lupa nak publish pula. Aku dah malas lah nak bawa kereta lagi. Ada sebiji kereta buat hal tengah jalan tadi. Bodoh betul! Apa motif kau baru nak bagi signal lebih kurang 3 saat sebelum kau membelok? Dahlah jalan tu sempit. Nasib baik aku tak kena langgar dengan kereta belakang gara-gara terpaksa buat emergency brek. Bukan main kuat lagi bunyi kereta Wira tu membrek. Lemah jantung tau tak. Demm! Aku dah cukup berhati-hati dah, kereta-kereta lain memang suka nak menyakitkan hati aku.

06 May 2010

Nurul Asikin Muhamad?

Wah, malam ni memang bosan sangat lah sampai aku pergi check spam emel satu-satu. Memang kerja orang bosan kan. Hah, ada satu ni menarik perhatianlah. Tak pernah pula dapat emel spam title "Assalamualaikum". So, bila ternampak, terfikir macam, betul ke spam ke tak ke kan. Hehehe.

Inilah dia. Dah pakai nama Melayu dah sekarang. 
Nasiblah kau, Nurul Asikin. Entah siapa-siapa nak bagi kau glamour ni.

Kucing dan rumah

I'm not a big fan of cats. Tak kisahlah walau secomel manapun kucing itu atau selebat mana bulu yang kucing tu ada. Tapi kan kat rumah ni, ada ramai pula peminat kucing. Jujur ok, aku tak pernah lah nak usap-usap ke nak pegang kucing tu. Sebab, entahlah, rasa macam dah pernah cuba-cuba nak pegang kucing dulu. Tapi, immediately masa pegang je badan kucing, rasa macam tak sanggup nak teruskan. Sebab rasa pelik lah pegang badan kucing yang lembut-lembut tu. Sejak tu, memang tak berusaha langsung nak beramah mesra dengan kucing-kucing kat rumah. 

Kucing-kucing kat rumah ni pula memang sentiasa je lah ada. Ada seekor kucing betina yang memang kerjanya asyik beranak je. Sekarang ni tengah bunting. Entah apalah kucing seekor ni suka sangat masuk dalam bilik aku. Tak tahan betul. Dahlah warna hitam tompok-tompok. Apa perasaan kau bila kau tengah sembahyang, ada bunyi aneh pula kat dalam bilik. Rasa seram ok, sembahyang pun nak laju-laju je (ok, memang tak bagus). Sekali bila buka lampu, elok-elok je ada kucing baring kat belakang tempat aku sembahyang. Wah, ingat nak dapat simpati ke apa. Lepas tu, bila aku suruh keluar, terus pergi menyorok bawah katil. Memang bijak sangatlah kucing ni. Aku syak dia nak cari tempat beranak. Asal nak beranak je nak masuk bilik aku. Pandai betul pilih tempat kan.

Hoi, mak dengan bapak kucing, cepatlah balik rumah! Aku mana larat nak layan kucing kelabu kau yang asyik nak mengekor aku je. Degil sangat adik aku ni, aku dah cakap dah jangan kutip kucing kat pasar, tengok sekarang dah mengada-ngada. Tiba-tiba sekarang nak kena berebut bilik air dengan kucing pula. Apakah? Time orang nak mandi, time tu lah dia sibuk nak masuk minum air. Haihh..

02 May 2010

Jangan buat begini bila bosan

Ok, aku rasa pelik lah. Petang tadi pergi lah jalan-jalan cari makan. Sekali terjumpalah seorang lelaki yang aku selalu juga nampak tapi tak pernah bertegur sapa. Entah kenapa dia boleh pulak nak beramah mesra dengan aku. Tapi kan yang aku paling tak faham tu kan kenapa dalam banyak-banyak topik dalam dunia ni yang boleh diborakkan, kau mesti pilih pasal berat badan aku.? Yang paling tak best tu bila tegur kenapa dah lama tak nampak kat pusat sukan sekarang? Badan pun macam dah berisi sikit. Damn u! Aku tak berapa suka lah orang entah mana-mana cakap pasal badan aku berisi ke kurus. Terus spoilt mood aku. In my defence, suka hati aku lah aku nak badan berisi ke kurus melidi ke. Dah-dah jangan nak menyibuk lagi, boleh? Hmm..tapi takde lah gemuk sangat pun, sedap-sedap je rasanya. Ngeh2. 

26 April 2010

Kau seru akulah pelangi cintamu

Tak rasa nak tengok tv langsung.


I rindu si kacak, a lot!

When in Rome!


I watched this movie just for the sake of Josh Duhamel! Ngeh2.. Kalau hero lain, memang confirm aku malas nak tengok. Jalan cerita adalah kurang menarik..kurang ummphh.. orang kata. Walaupun Kristen Bell yang hot tu pun ada, tapi masih juga tak dapat memuaskan hati aku. Apa-apa pun, Date Night tetap yang paling best!

Hujan oh hujan!

Bangun pagi, tekak rasa sakit. Dengar bunyi hujan kat luar. Macam lebat gila je. Sangat malas mahu bangun dan bersiap. Haihh.. badan pun sakit-sakit. Tak guna betul. Ni mesti sebab lari semalam ni. Peha rasa nak tercabut. Hahaha. Banggalah sebab menang 4x100m semalam, walaupun aku bukan jenis kuat lari pun. Hehehe. Aku pun tak faham macam mana aku boleh setuju nak join olahraga ni. Aku sendiri pun rasa macam pelik. Jogging pun aku tak suka sangat. Dulu-dulu time kat stf aku paling benci bila kene riadah masa hujung minggu. Hahahaha. Yelah kan, dulu masa berat aku tak sampai 43kg pun aku lari lembab, apatah lagi sekarang dengan berat nak menghampiri 50 kg. Berangan je lah mampu lari laju-laju. Hehe

24 April 2010

Tapai + Aiskrim = Tak sedap langsung!

Penat lah kaki berjalan ke sana sini hari ini. Perancangan asal cuma mahu temankan mimi pergi kenduri kahwin kawan dia di Beserah. Kenduri kahwin yang ni memang simple sangat. Maybe sebab sebelah lelaki kot. Tapi yang side perempuan masa bulan 2 hari tu kot. Yelah kan, pengantin perempuan tu pun dah 6 minggu mengandung. Makanan sedap dan banyak sangat. Ada nasi minyak, nasi putih, satay, roti jala. Rumahnya pun betul-betul depan pantai. Memang berangin lah. So far, inilah kenduri kahwin yang paling simple pernah aku tengok. Takde meja makan pengantin pun, pelamin pun takde, keadaan dalam rumah pun biasa-biasa je. Yang bezanya cuma ada khemah di luar rumah, yang menampakkan keadaan kenduri tu. Tukang kutip pinggan mangkuk pun terdiri daripada macam-macam jenis orang. Aku kagum la sebab ada seorang kakak cantik (muka ala-ala mat salleh siap dengan hidung tegak tu) pun selamba je kutip pinggan. Memang sempoi lah famili ni. Photographer dia pun aku tengok macam malas-malas je. Tapi yang tak boleh tahan, si photographer boleh nak duduk dekat meja kitorang lepas tu tunjuk gambar cincin pengantin kat kami. Motif dia buat macam tu? Aku rasa pelik dah ni. Mungkin dia rasa cincin diorang tu lawa sangat ataupun die berkenan kat cincin tu. Lepastu, tunjuk cincin tu kat kitorang dengan harapan kitorang akan cemburu? Apakah? Aku sengih-sengih je tengok gambar cincin tu. Sebab aku clueless, tak tau nak cakap apa. Hahaha

Tengok, dapat sebiji brooch dan mug kecil yang ada kismis dan kurma kat dalam. Sempoi gila kan, tak payah nak letak dalam paper bag bagai! =)

Tapi, aku paling suka dengan beg yang tukang bagi door gifts ni bawa. Disebabkan door gifts tak letak dalam paper bag, dan setiap tetamu akan dapat 2 benda di atas, jadi mereka letak semua hadiah tersebut dalam satu beg yg cool lah. Sebab, biasenya kan door gifts letak dalam bakul/raga, jadi kali nampak lain sikit lah. Cute! 

Oh, ada aiskrim juga dekat kenduri tadi. Siap ada payung Walls lagi. Wah, mula-mula nampak ada aiskrim rasa excited, sebab ingatkan boleh dapat Cornetto ke kan. Hehe. Tapi rupanya, diberi satu scoop seorang je dalam bekas mangkuk polisterin tu. Yang tak syok tu, aiskrim tu kat bawah dia ade tapai. Potong stim la. Mana ngam makan aiskrim dengan tapai. Hilang nikmat aiskrim. Ngeh2.

Nikmatilah gambar pengantin perempuan dan mimi. Pengantin lelaki tak tau hilang mane tah. Aku takde sebab aku yang ambil gambar ni. 

22 April 2010

My Date Night!


I think both of them have a great chemistry on screen. Oh, sangat seronok menonton cerita ini. Walaupun, my other dates (syg, jangan jealous tau, mimi and jaja je pun, ngeh2) cakap cerita ini tak best sangat. Aku rasa aku yang paling banyak gelak kat dalam tu. Ada certain parts yang aku seorang je yang gelak (yes, walaupun ada perasaan malu sedikit). Tapi, tak boleh tahanlah perasaan nak gelak tu. Dahlah dua tiga hari ni, ada-ada je benda kat office yang buat aku rasa nak mengamuk je hari-hari. Rasa macam semua beban hilang lepas tengok cerita ni. Ngeh2.

Seriously, hanya sesuai untuk orang yang stress di tempat kerja, rasa nak maki semua orang yang buat kau naik angin, tapi kau tak boleh nak maki diorang balik sebab kau hanya kuli bawahan. Sebab kalau kau takde masalah di atas, kau tak akan dapat feel gelak yang indah macam aku. 


16 April 2010

Patchwork Notebooks

I've found some happy stuffs! Yeay! 

Uuuu..colourful & vibrant colours! Major love!

It's actually a notebook. Sangat sangat sangat cute kan?

Lihat, bertambah cute sebab ada tempat khas nak letak pen. Hehe


Image credits to: Sew, Mama Sew!

Geram sangat sebab comel kiut miut semua ada. Haihh.. tapi mungkin hanya mampu berangan-angan nak buat sendiri sebab skill menjahit tak berapa nak ada. Seingat aku, kali terakhir sentuh mesin jahit adalah semasa Tingkatan 3 kot. Itu pun untuk subjek elektif Kemahiran Hidup. Projek yang untuk PMR pun mak yang jahitkan. Sebab tu aku punya yang paling cantik kot. Hahaha. Mak aku tengok yang aku jahit sendiri, lepas tu terus dia kata, "Jom beli kain lain. Mak nak jahitkan yang baru." Hehehe. Nampak sangat mak aku pun tak tahan tengok aku jahit senget benget begitu. 


Anyway, sesiapa yang berminat nak DIY Patchwork Notebooks ni, boleh download tutorial di sini. Lepas dah jahit, boleh lah hantar satu dekat sini. Ngeh2. 

15 April 2010

Full time blogger



Dunia zaman sekarang, serba-serbi duit! Hmm.. memang syok lah kan bila tulis blog sahaja dah boleh dapat sampai RM10 000 sebulan. Eh, siapa yang tak jeolous kan. Kalau boleh aku pun nak. Penat-penat kerja hari-hari pun gaji tak pernahnya dapat RM10 000 kan. Tapi bila sana-sini orang dah buat blog untuk dapat duit, kadang-kadang blog tu dah penuh dengan sampah dan benda-benda yang copy paste internet. Ada je beberapa blog yang iklan dan content sama-sama best. Hahaha. Aku memang sukalah orang jujur begini. Carilah sendiri, berlambak ada sekarang kan. 

Eh, mungkin lepas ni, budak-budak sekolah boleh letak "full time blogger" sebagai cita-cita kan. Gila cool. Aku nak latih anak-anak aku tulis blog dari kecil lah macam ni. Agak-agaknya, bakal suami aku setuju tak dengan cadangan aku ni? Ngeh2.

14 April 2010

Bukan jalan-jalan cari makan

Dua hari lepas puas merayap sebab kena pergi evaluate students yang tengah buat LI. Kalau boleh aku memang mals nak pergi, tapi sebab dapat duduk berehat dekat rumah, aku pun layankan aje lah. Yelah, bukan selalu dapat melepak macam ni kat rumah mak bapak. Hahaha. Dah penatlah dibuli, sesekali nak juga berehat.

Pasal praktikal budak-budak ni pula, macam-macam komen aku dengar dari diorang. Penat kerjalah, dilayan macam Indon lah, bosan lah. Haih, banyak sangat sampai aku pun malas nak layan. Jawapan aku yang paling popular, "Eh, haritu tak sabar-sabar sangat nak kerja. Sekarang dah tak tahan ke?". Itulah, dah berbuih mulut aku cakap, kerja ni tak menarik mana pun. Hahahaha. Aku beritahu facts je. Betul kan?

10 April 2010

Yang mana satu, idaman kalbu

Fuh! I am now craving for a new mobile phone. Hahaha. Walaupun hanya satu impian yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan, tapi..tak salah untuk bermimpi kan? OK, jom tengok yang mana satu berjaya jadi pujaan hati. Dapat atau tak, belakang kira!
 

 







Oh, I nak sangat iPhone. Tapi kalau tak dapat, HTC Desire tu pun jadilah. Yang penting, mesti jenis wide screen begini. I tak suka la E series. Hidup mesti lebih indah kan kalau dapat hp hot begini.

Nokia The Rookie!

Isn't this new campaign on Youthsays exciting? This is such a great opportunity for anyone who wants to get a taste of the corporate world. Ok, without further due, let's get all the excitement begins!

Nokia is looking for 12 dynamic individuals to battle it out for internships at four high-profile companies. Armed with just a Nokia E72, Nokia Messaging and their wits, contestants will take on a series of challenges. Of the final four contestants, the ultimate champion will be crowned The Rookie and win a RM10,000 cash prize. If you think you’ve got what it takes to be The Rookie, seize this opportunity and prove it.
 Tengok..tengok.. Dah siap print screen prizes lagi ni. Yelah, kalau nak masuk apa-apa contest mesti nak tau prizes dulu kan? Best sangat, jadi salah seorang dari 12 peserta dapat E72. Siapa tak nak kan? =)

Amacam? Dah excited? Mahu cuba nasib? Mana tahu kalau ada rezeki boleh menang RM10k. Ngeh2. Meh tengok sini untuk maklumat lanjut.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails