Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

06 June 2010

Mari cakap pasal Lagenda Budak Setan

Okeh, tengok title dah tau aku nak cakap pasal ape kan. Yeah, right. Aku sendiri pun tak sangka akan tengok cerita ni pada 3 Jun yang lalu. Yelah, apahal entah tetibe bersemangat sangat kan. Buku tu pun aku bukan baca sampai habis. Dulu-dulu masa sekolah kan, mana mampu nak beli-beli novel-novel cinta camni. Pinjam jelah yang mampu. Turn after buku tu pun panjang gile kot, so rasenya aku curi-curi baca je buku tu. Hahahaha.

Pendapat aku lah kan, cerita ni tak best langsung. Bosan! Ke sebab aku tak baca buku tu kot so aku rasa tak menarik langsung. Macam banyak sangat plot cerita nye. Kejap-kejap nak rasa cinta-cinta, pastu nak sedih-sedih tengok kene dera, pastu tukar muka lah , matilah. Letih ok! Tapi, panggung memang full house beb! Tapi, aku rasa aku lagi banyak gelak je kot dalam tu. Macam entah pape je. Story dah best dah rasanya, cume mungkin pengarahnya tak hebat, kurang kreatif. Hehehe, yes, memang sesedap rasa nak cakap kan macam pengkritik bebas dah rasa.

Banyak sangat elemen-elemen tak logik. Aku tak suka pengganti Ayu bila dah bertukar rupa tuh. Cariklah pengganti yang kulit cerah jugak kan, Tak macam pelik ke kalau fikir, sebelum Ayu satu badan putih, bila dah tukar muka, satu badan tak putih sangat. Hahahaha. Yang part, "aku nak pergi Australia petang ni" tu pun tak boleh blah. Baru je cakap, terus dah nak blah! Raja Farah yang semangat menangis masa Ayu nak kahwin tu pun apahal kan. Haihh, memang banyak konflik emosi dalam cerita ni. Penat juga lah mengomel kat dalam panggung. Ngeh2.

Apapun, siapa-siapa yang memang minat gile novel ni dulu, bolehlah tengok. Tapi kang, takut-takut pulak korang hampa kang. So, sebolehnya, janganlah high expectation sangat okeh! Layan je.

*Que memang best dalam cerita tu. Yang lain-lain normal je. =) 

3 comments:

  1. verita ni dah bagus..tapi filemnya nonsense.sama macam kau gak aku banyak tergelak tgk cerit ni...byk babak entahapaapa..aku nak salahkan pengarah je.huhu

    Latest Entri : Rumusan Lagenda Budak Setan

    ReplyDelete
  2. @fndrockahoyeah! setuju sgt, tepat skali, LBS the film tak meninggalkan kesan langsung, mengarut sgt lah

    ReplyDelete
  3. sebenanye buku Lagenda Budak Setan adelah buku ahadiat akashah yang aku paling tak suka. memang bosan pun

    ReplyDelete

Aku terima je korang cakap ape pon!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails