Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 August 2010

Baju cantik untuk orang cantik, heh!

Ok, dekat-dekat nak raya ni rasa tak puas lagi cuci mata tengok baju cantik kan?

pic from here
 Aku nak cari yang lebih kurang gini lah. Sejuk je mata memandang kan. Memang bersih lah mata lepas tengok gambar nih. Hoho

30 August 2010

Budak-budak nakal

Alhamdulillah, dapat jugak cuti akhirnye. Assignment terkumpul adalah dalam 10 ke 11. Entah, dah lost count plak. Rasa macam tak siap-siap jugak assignment nih. Ngeh2.

Ok, topik hangat hari ni. Kenapa budak-budak yang aku rasa masih bersekolah darjah 4 ke darjah 5 tak puasa? Aku usha budak-budak ni lepak makan-makan dekat depan tempat main game dekat Giant Pulai beberapa hari lepas. Tak senonoh betul. Tapi ada seorang dua yang takut dan malu-malu bila perasan ada orang usha diorang. Dan ada jugak yang kulit muka tebal gila, bantai melantak je kat kedai makan tuh. Tak tau malu langsung. Ini mesti kes mak bapak tak tahu apa anak-anak buat ni. Anak-anak aku nanti jangan harap nak pergi main-main dekat shopping complex tanpa ibu bapa ok. Nanti orang cakap, aku tak pandai jaga anak pulak. Macam aku selalu cakap bila tengok anak-anak kecil ni terbiar melepak sana sini tak tentu arah.

22 August 2010

Kekanda Adinda

Kanda yang perdana
Dinda yang utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama


Oh, cute song ever! Pernah dengar dekat X Fm dulu. Then tak ingat. Terdengar balik kat tv3. Super chumil!

19 August 2010

Bad hair day, perhaps?

Waiting for my class at 2 pm. Tak sengaja tertengok Wanita Hari Ini tadi. Hehe. Topik biasa-biasa je. Kecuali ada satu segmen tajaan tu yang buat aku tak puas hati sikit lah.

No doubt, it's unique, sebab dia je kot yang ade hairstyle begini. Mungkin ini rambut cari makan ni, kang kalau tukar, susah orang nak recognize. Hehe

18 August 2010

Puasa kat UTM

Hehe, tak tau apesal hari ni rasa tenang sebab boleh berehat-rehat. Sepatutnya bersusah payah buat assignment menggunung. Hmm, susah betul buat master ni sebenarnya ok. Tapi, dah register dah pun, layankan je lah kan.

Puasa di UTM biasa-biasa saje. Setiap hari pun pergi beli makanan di bazar UTM ni ah. Dari luar memang nampak menariklah. Sebab ada payung berwarna-warni tu. Tapi macam biasalah, tak semua makanan yang dijual tu sedap ok. Harga tak payah ceritalah kan. Dah mana ade yang murah kat bazar ramadhan kan. Cuma tulah, aku rasa kalau betul-betul nak berniaga tu, buatlah dengan ikhlas. Aku geram sebab terbeli air soya yang tawar + cair  tak sedap langsung. Kenapa lah buat macam tu. Bulan puasa ni, tak kisah lah kau nak jual ape pun, mesti ade orang beli punyalah. Cuma tu lah, nak cari yang betul-betul ikhlas berniaga ni dah susahlah. Semua pun jenis yang macam melepaskan batuk di tangga je. 

Hari ni tak tau lagi nak makan apa. Rasa macam nak makan McD je lah. Confirm dah tau rasa macam mana kan. Dah penat tertipu kat bazar-bazar ni. Tapi sejak akhir-akhir ni aku rasa dah tau dah nak kenalpasti makcik mana yang jual kuih sedap, kat mana ada air soya sedap, murah dan banyak. etc. Hehehe.

17 August 2010

Lagi lagi Myvi

Dah lama dah sebenarnya. Baru sekarang nak tunjuk gambar kereta Myviku. Huhu

Ni gambar-gambar kereta yang tak bersalah tau.

Ni pulak si pesalah. 
Gila seronok eh kereta si pesalah ni. Hanya ada calar je. Geram betul aku. Memang kereta kebal sungguh! Bila kereta dah buruk begitu, haruslah masuk bengkel. Setelah hampir 3 minggu, dan berkali-kali telefon ke Perodua tu, akhirnya Myvi dah boleh keluar pagi tadi. Yeay!

Tapi nanti mesti rindu nak bawa CCF lagi. Aku dah terer bawak manual sekarang, Pysad.!Lagi terer dari aku mula-mula belajar drive manual dulu rasanya. Dulu-dulu aku berani drive dekat taman perumahan je (tu pun sebelum wujudnya LEKAS kat celah-celah taman tu). Paling jauh pun pergi hantar adik aku pergi balik sekolah. Hehe. Sekarang dah boleh drive Seremban-JB, aku pun tak sangka. Hahaha. 

Masa mula-mula dapat CCF tu, memang seram lah nak drive. Mati enjin, tak payah ceritalah kan. Berpuluh-puluh kali mati enjin. Kaki tak biasa lagi. Dah biasa bawak auto je. Hehe. Siap lenguh-lenguh bahu lagi sebab penat tangan asyik tukar gear je. Bawak kereta auto kan tangan rileks je kan. Muscle kat tangan macam terkejut lah, sebab tiba-tiba kena buat kerja lebih. Adalah dalam seminggu lebih macam tu. Sekarang, dah lebih hebat dari biasa. Ngeh2.

Thank you syg, sebab bagi I pinjam CCF and sanggup bersusah-susah takde transport selama ni. Huhu. I love u soo much! Tak sabar nak kawin ah! Ngeh2



15 August 2010

My lover

"I love thee, I love thee with a love that shall not die. Till the sun grows
cold and the stars grow old."- William Shakespeare


Loving you more each day! Happy 6 months engagement, lover.
 

10 August 2010

Fakta hari Selasa

Fakta no 1:
Yeay, hari yang indah sebab takde kelas, tapi ada banyak sangat benda nak settle. Memang banyak sangat. Jangan haraplah boleh bergolek-golek atas katil ye bila takde kelas, kena kerah pula pergi discussion. Layan je lah. Kang, tak siap pula assignment kan.

Fakta no. 2:
Masalah kad matrik masih belum selesai. Tadi aku pergi lagi SPS. Tapi kali ni, dengan bawa resit RM20 untuk buat kad matrik baru. Surprisingly, kad matrik tu boleh pula print masa tu juga. Tapi, masalah biasa, masalah bar kod. Aku dah mula bosan dengan bar kod nih. Kesimpulannya, masih lagi tiada kad matrik. Haihh..

Fakta no. 3:
Ada sepasukan polis berkampung dekat depan kolej aku. Siap bawak lori polis tu. Tak tau ada ape. Nanti aku tanya roomate aku lah, dia kaki gosip sikit. Hehehe

06 August 2010

Limited Edition

Semalam masa aku nak pergi kelas petang selepas lepak-lepak di rumah classmate, ternampak ini di jalan:



Jeles ah!

04 August 2010

Geram sikit

OMG! Aku geram sangat pasal pagi tadi. Aku dah bagitau ada kelas pagi tadi pun dah cukup baik. Dahlah, tak reti nak berbudi bahasa, nak berterima kasih ke apa. Sesedap hati kau je nak sound aku. Nasib kau lah kan. Siapa suruh tak bagi contact number kat aku. Macam la aku BAIK sangat dengan kau. Sedar lah diri weh, aku tau lah kau senior satu semester. Tapi, dahlah kau minoriti, tak reti ke nak bercampur gaul? Gila benci aku dengan warga Iran yang seorang ni. Berlagak DIVA!

12:12 am

Eh, rasa macam dah lama tak menulis di sini. Mesti ada yang ingat aku sibuk sangat belajar. Hahaha. Well, frankly speaking, belajar tidaklah sesibuk mana pun. Lecture session was OK, walaupun satu kelas biasanya straight 3 jam, tapi aku tak pernah mengantuk lagi setakat ni. Cuma bila ada assignment tu lah yang buat aku rasa macam sibuk sangat. Yang lagi best, every subject pun nak ada assignment. Assignment pula memanjang je nak group assignment. Letih lah kena spend berjam-jam buat discussion . Haihh!

Selain dari assignment, ada lah 2-3 report lah, essay la, presentation lah semua nak kene prepare before end of semester. This course requires a lot of knowledge in this area. Aku takde subjek yang boleh tekan-tekan kalkulator pun. Semua kena ade serba sedikit knowledge, rajin ambil tau current trend, new technology..bla..bla..bla. Ok, semua ni buat otak aku letih. Bila otak letih, kena tidur. Ye lah, nak recharge tenaga balik. Hehe. So, tak sempat nak berbelog. Ngeh2

Tapi kan, broadband sebenarnya yang selalu buat aku hilang mood. Lembab macam siput. Oh, rindu nak duduk Gambang, di mana pakej RM68 tu dah rasa laju gila dah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails