Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

12 July 2010

Cakap-cakap JB

Dah genap 5 hari aku tak tengok TV! Penting ok statement ini. Hahaha. Dulu zaman UKM pun aku ada TV sendiri dalam bilik. Huhu. Pysad, takde TV lebih ke kat rumah? Ngeh2.

Sebab dah takde TV, terpaksa menghiburkan diri dengan radio dan nasib baik aku ada broadband. Boleh layan tenet sampai lebam. Tapi, kadang-kadang broadband pun slow macam siput, terus rasa nak tidur walaupun takdelah nak tidur sangat. Oh, benci aku dengar Johor FM ni, boleh pulak si tikar terbang buat ucapan utk tunang tersayang, lepas tu si tunang pulak call pergi buat ucapan untuk si tikar terbang. Korang call antara satu sama lain je tak boleh ke? Aku menyesal sebab terdengar. Pfttttt..

Eh, malam tadi aku rasa terdengar printer aku buat cleaning pukul 1 pagi. Apa kejadah tah? Ada hantu ke? Aku terus off suis, aku yakin yang bukan aku pergi usik printer tu.

So, pagi tadi aku dah start 1st class. Rasa aneh pulak. Dah lama tak jadi pelajar. Huhu. Dahlah lecturer aku cakap banyak gile pasal benda-benda yang aku rasa tak berkaitan pun dengan subjek. Hahahaha. Aku penat bila kena paksa berfikir. Ngeh2.

Benda paling tak best adalah, subjek elektif universiti menyebabkan mungkin aku kena ambil sampai 23 kredit sem ini. Hoho. Tapi aku boleh pilih sama ada nak buat sem ini ataupun sem depan. Aku dah rasa nak drop dah subjek tu. Sebab aku rasa macam leceh. Bertahan je lah nampaknya.

Well, kadang-kadang aku rasa tua je bila kat sini. Eh, tadi ada pak guard tanya aku kerja kat TV9 ke? Katanya, muka aku macam biasa tengok. Tapi, bila ada seorang budak perempuan Cina tanya aku student 1st year fakulti mana, aku yakin yang aku awet muda! Syg, jangan jealous please... Hahahaha.




No comments:

Post a Comment

Aku terima je korang cakap ape pon!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails