Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

27 September 2010

Hi speed sahaja

Ohhh.. wiper kereta berperangai aneh hari ini. Kadang-kadang pun memang die buat perangai, macam buat bunyi-bunyi pelik bila tiba masa digunakan. Tapi, yang tu aku boleh tahan lagi. Memang dasar pemalas nak tukar wiper. Huhu.

Yang baru je jadi hari ini, lebih aneh lagi. Dahlah dekat sini, bila petang je mesti hujan kan. Tadi lepas kelas, hujan boleh tahan lebat jugak lah. Masuk-masuk kereta, start enjin, dan bersiap nak gerak, sekali bila try on wiper, wiper tak gerak langsung. Panik sebentar. Aku ingat sebab ada orang selitkan kertas dekat wiper tu. Biasalah, time-time konvo macam ni, memang susah nak dapat parking dekat kawasan tu. Jadi, aku parking je kereta dekat kawasan bengkel. Terus dapat surat " NO PARKING! KAWASAN KERJA" . Nak buat macam mana, hari-hari biasa memang aku tak ingin pun nak parking dekat situ.

Jadi, aku alihkan lah kertas warning tu. Try on wiper balik. Still tak bergerak. Makin panik, tapi try je speed yang paling hi, baru boleh bergerak. Entahlah, sebelum ni tak pernah buat macam tu. Since tadi, cara macam tu je baru wiper tu nak bergerak. Kenapa lah agaknya ni. Merajuk ke sebab kena tinggal 2 hari dekat UTM? Huhu.

No comments:

Post a Comment

Aku terima je korang cakap ape pon!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails