01 October 2010
Jalan-jalan tapi tak cari makan pun
Penat je drive jauh-jauh sebab konon nak pergi buat HIV test lah kan. Sekali bila sampai je, klinik tu cakap, mana borang? Ish, apahal lah pulak kan. Aku ingat kat klinik mesti lah ada borang kan, sebab pejabat agama NS tak bagi sekali pun. Diorang suruh ambil kat klinik. Sekali rupanya kat Johor ni bukan macam tu eh. Apakah? Aku drive jauh ni. Haishh, buang masa dan tenaga aku betul lah. Kalau aku tau, mesti aku tak bersusah payah macam ni. Gigih pula tu kan pergi hari ni, sebab bajet busy je hari-hari lain. Dalam minggu ni, hari Jumaat ni je lah yang aku kurang busy sikit. Hehe. Satu hal pula aku nak pergi beli borang tu kat pejabat agama Johor kan, kenapa lah tak boleh download je. Ke nak buat kat Seremban, masalahnya, entah bila lah aku nak pergi buat kat Seremban tu kan. Setiap hari dari Isnin - Jumaat aku ada kelas kot. Ke nak biar buat lambat-lambat. Tapi kang, segala jenis orang nak datang bebel-bebel kat aku pula kalau aku tak settle cepat-cepat. Nanti-nanti lah aku fikir. Kan bagus kalau letak je borang HIV tu kat klinik, yang pergi letak pejabat agama buat apa. Macam lah boleh buat test dekat pejabat agama tuh. Huhu. Susah betul bila lain negeri, lain prosedur ni. Buat seragam kan senang! Siapa setuju?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
akk dulu tk kena test2 hiv ni..even ia bagus tp remeh gak yer
ReplyDelete