Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

22 December 2009

Paling HOT masa ni

Memandangkan aku bercuti beberapa hari ni, maka aku ada banyak masa terluang untuk dihabiskan. Tiba-tiba aku rasa nak google produk Tia Amelia (TA) ni. Bukan apa, beberapa bulan lepas kot, aku tengok adik perempuan aku pakai TA ni, kulit dia macam cantik je. Makin putih melepak and kadang-kadang merah-merah sikit bila panas. Konon comel la muka jadi pinkish eventhough tak pakai blusher. Hahaha.Aku macam biasa la, lepas dapat tau je dia pakai TA, aku teringin juga nak pakai (siapa tak nak kulit cantik kan?). Tapi, jauh di sudut hati, aku risau kalau-kalau kulit aku tak sesuai dengan TA ni. So, aku decide biar dulu la. Baik aku observe tengok kulit die akan maintain cantik sampai bila. Just now, aku sempat buat research sedikit berkenaan produk-produk kosmetik tempatan ni. Bajet buat research sangat la, padahal setakat baca thread dekat forum cari yang berbincang pasal TA ni. Ada 75 page dalam thread ni yang cerita pengalaman diorang gunakan TA ni. So far, semuanya cakap yang TA ni memang bila baru-baru pakai kulit jadi putih, halus, mulus and sebiji jerawat pun tak keluar. Tapi lama-kelamaan, jeng jeng jeng.. berebut-rebut jerawat nak keluar kat muka masing. Pakai TA pun dah tak jalan dah. Kira macam TA dah tak bagi sebarang effect dengan kulit dah. Siap ada seorang user tu bagitau yang sebenarnya TA ni tak dapat kelulusan KKM la. Wah, kalau tak dapat kelulusan KKM, macam mana boleh jual secara berleluasa kan? Setelah baca bad review pasal TA ni, aku pun dah tak rasa excited sangat dah nak cuba produk ni. Boleh tengok sini kalau nak tau macam-macam yang diorang mengata pasal TA ni.. =)


Aku pun pernah juga pakai produk-produk kosmetik Melayu ni. Dulu-dulu, masa zaman STF kan hitam, habis je sekolah, mak pun dah bising-bising suruh pakai macam-macam nak bagi warna kulit cerah kembali. Kalau tak salah masa tu guna Shadira kot. Memang berkesan la. Aku rasa muka aku putih kembali. Zaman sekolah aku memang takde masalah jerawat yang serius (seingat aku la kan?). Bila muka dah cantik, aku pun dah malas nak guna lagi, eh..sebenarnya malas nak beli sebab macam mahal. Sebotol cleanser tu harga RM50 kot, kan student lagi, mana mampu nak beli selalu. Then lama-lama, aku guna yang biasa dan murah je. Muka aku masa tu kalau pakai apa pun sama je, kulit tak mengada-ngada sangat.

Then, masa kat UKM, aku menggatal nak try Natasha. Setelah dipengaruhi olah rakan yang menunjukkan hasil yang menakjubkan. Unfortunately, Natasha buat kulit muka aku mengelupas dan pedih. Memang sakit hati la. Terus aku stop guna, beli satu set pun tak habis guna. Buang macam tu aje. Bagi aku sekarang, produk-produk Melayu ni semua sama je. Iklan bukan main lagi, tapi kualiti tak seberapa. Kadang-kadang aku rasa pengasas-pengasas produk ni mesti tak guna produk sendiri, mesti guna produk lain punya lah. Yelah, diorang mesti dah tau produk diorang tak seberapa pun. Tau pulak sayang kulit sendiri. Cuba lah tengok gambar pengasas NV ni, semacam je kan muka dia. Hahaha..suka hati aku je nak buat spekulasi sendiri!


Sosilawati pic taken from here.


Ada cadangan tak, produk-produk yang mungkin best untuk dicuba? Hmm, btw, muka adik aku dah mula tumbuh jerawat balik. Kesian dia, pandai pun nak stop TA sekarang. Aku dah bagitau dulu, tapi degil, tak nak dengar.

8 comments:

  1. athie..aku pkai shiseido..so far ..okeyla...tp kawan2 aku yg pkai dermalogica sume kate bagus sgt..aku penah buat facial die sekali...sebulan gak laa kulit aku mulus tulus...so aku nak rekemen dermalogica kut...sbb soon aku pon nak pkai itew...
    tgu shiseido aku abes dulu...tp shiseido suke bagi sample...so mcm mask,serumla bagai tu...yg pkai sekali sekale..aku pkai sample je..FREE..tu pon tak abes2...hehe

    ReplyDelete
  2. bongok!aku dh type panjang lebar td pastu dan2 nk ilang!!!huarghh!!!ini topik aku mana bole aku xkomen!grrr***

    ReplyDelete
  3. dibot: thanx dibot.. point taken. aku mmg nk try dermalogica, mcm best je dia ada analisis kulit kan? hehe

    pysad: kamon! aku mmg mengharapkan ko nih.. =)

    ReplyDelete
  4. TA ok kot.. (pengguna produk tp baru sebulan) hahahaha! kenape gune TA?? sebab hari tuh aku ngah sengkek, pastu lalu kedai jamu jumpe TA ni.. atas pengaruh rakan sebaya aku pun beli la rm9 utk sabun yg kecik tuh.. dah sebulan lebih aku gune, tp x abis2 g.. hahhahaa! jimat~ dan hasil die memuaskan ati (setakat ni)... seblom ni aku gune nivea. xdela mhl mane pun lebih singgit je dari sabun TA.. hahahaha! tp x berape sgt hasilnye, kire TA ni lebih menakjubkan la.. hahahaha!... seblum tuh gune clinique 1 set.. tp, tym tuh gile r jerawat naik bagai diseru.. hahahaha! seminggu je kot pakai kulit cantik. Sampai aku stop gune clinique sbb takot jadi lagi truk. ade stengah botol g x bes.. nak buang syg cam mahal.. nnt kalau x mampu nak bli pencuci muke baru aku pakai je la yg tu.. hahahaha! dlu aku jenis x kesah pakai ape2 pun bole, zmn skola lagi x kesah sbb xde masalah kulit sgt.. (bak kate pusat aku mempunyai kulit yg mulus dulu) hahahhahaha! tp skang nih x bole dh kot.. hahaha! mak aku pakai derma hari tuh, aku pun rase ok sebab derma nih dah menang byk customer award (rujukan : cleo) dan lagi satu die memang study kulit je. so, myb sbb tu die tip top bab muke mulus ni. (apehal aku jadi jurucakap derma??) ade trial kit 200rm bole pakai sebulan... ko try la.. nnt gtau result cmne? hehehehe (bajet nak pakai gak.. poyo) ade beberape petua nak bg kulit cantik, nak tau x?? hehehhehee~(ingat pusat je ke ade petua??)
    1. minum byk air masak
    2. bersukan atau aktiviti mengeluarkan peluh at least 30minit sehari (ni terbukti.. konfem mulus dan badan anda akan tip top spt jillian.. hahaha!)
    3. healthy food

    sekian, selamat mencuba.

    ReplyDelete
  5. siot!am dh mendahului aku dlm sesi kaunseling kecantikan!!!

    ReplyDelete
  6. am: wah, xsangke ko pon ada petua2 jugak.. =). yg no 1 n 3 tuh, aku bole buat, tp part no 2 tuh mcm mls sket, hahaha.. btw, thanx bg info2 bergune!

    ReplyDelete
  7. adehh, after ace komen am, i terus xnk bf pape cadangan. well said amni~~ :D

    ReplyDelete
  8. pusat : mesti ko sentap kan aku dah komen dlu bab2 kaunseling kecantikan ni? hahahahha!

    sh.athie : yesza.. no 2 tuh plg la nak buat.. tp betol.. cube pikir nape tym skola dulu kite jarang ade masalah kulit? sbb msg2 into sports and koku.. wpun hitam tp badan berpeluh n semua toksin xde.. jadi kulit pun xde masalah.. hahahhaa! skarang plg la nak naik tangga 2 tingkat pun bercinte! haha!

    sha2 : tunggu petua duit dari kamu.. hehehe!

    ReplyDelete

Aku terima je korang cakap ape pon!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails