Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 December 2009

Hot hot hot!



dem! Kalau makan salah boleh dapat badan hot macam ni? Mulai hari ini, aku akan makan salad sahaja..hanya salad.. tp mana ada carl's jr kat Kuantan.. =p

30 December 2009

Belum cuba belum tahu kan?

Ilah dah nak jadi chef tersohor dah ni. Tak lama lagi mesti masuk tv, leh kalah chef wan ni! Aku pernah gak berangan nak masak sendiri untuk makan malam, konon-konon nak save duit la kan. (faktor utama)  dan sebab dah muak makan dekat kedai. Tapi masalah utama adalah aku malas nak pergi beli barang-barang nak masak. Kan bagus kalau balik rumah family, ada banyak bahan mentah dalam fridge. Boleh selongkar dan masak apa sahaja yang diingini. Lagi satu, setiap kali balik rumah petang-petang lepas kerja, selalu rasa penat dan mengantuk yang melampau. Macam la banyak kerja sangat dekat ofis. Haih, bila nak berubah ni kan..aku rasa aku takde la bengap sangat tak reti nak masak. Cuma kurang rajin je sebab faktor-faktor tertentu. Mungkin tahun baru ni, aku boleh berubah jadi lebih rajin mahu memasak!Ceh.. saje je nak kena tunggu tahun baru jugak kan..

Idea bodoh malam ni

Bodo. Aku bosan ni. Agak-agak kalau pergi usha pondan kat lorong-lorong gelap tu boleh buat hati terhibur tak? Pondan kat kuantan cun gak aa.. Nasib aku suka laki!

28 December 2009

Hari pertama sekolah

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba akhirnya. Hari ni, bermulalah semester baru kat sini.Aku tak suka hari ni. Sebab secara tiba-tiba, mulai hari ini dan hari-hari seterusnya tempat parking kereta akan dipenuhi dengan kereta-kereta student. Aku rasa menyampah sebab tak dapat parking dekat favourite spot aku. Lepas tu aku akan mula menyalahkan pak guard sebab biarkan budak-budak ni parking kereta kat sini. Menyemak betul lah. Aku rasa alangkah bagusnya kalau aku ada kuasa nak saman semua kereta-kereta tu, baru puas hati aku. Bila sampai office, aku mula rasa risau. Tapi aku berlagak biasa dengan pergi sarapan dulu. Ada banyak benda yang otak aku fikir. Dan ada banyak sangat benda yang aku tak buat lagi. Terus terang, aku sebenarnya belum bersedia nak mengajar semula. Aku nak cuti lagi! Mungkin sebab dah lama tak mengajar, aku jadi berdebar-debar nak masuk kelas balik. Malam tadi, siap dapat mimpi pergi mengajar dalam kelas. Tapi aku tak ingat apa berlaku dalam kelas tu. Dari pagi sampai malam aku asyik fikir benda yang sama je. Btw, esok pagi baru start kelas aku. Entah macam mana lah muka budak-budak tu agaknya kan. Risau aku kang aku syok sendiri je cakap dekat depan, budak-budak tu tak layan aku pun. Tapi, yang paling buat aku risau ialah pasal subjek yang aku kena ajar semester ni. Haih, dunia ni tak adil!

23 December 2009

Siapa tak suka perempuan cantik?





Cantik kan dia ni? Baju pun cantik! Oh, suka sangat!

22 December 2009

Paling HOT masa ni

Memandangkan aku bercuti beberapa hari ni, maka aku ada banyak masa terluang untuk dihabiskan. Tiba-tiba aku rasa nak google produk Tia Amelia (TA) ni. Bukan apa, beberapa bulan lepas kot, aku tengok adik perempuan aku pakai TA ni, kulit dia macam cantik je. Makin putih melepak and kadang-kadang merah-merah sikit bila panas. Konon comel la muka jadi pinkish eventhough tak pakai blusher. Hahaha.Aku macam biasa la, lepas dapat tau je dia pakai TA, aku teringin juga nak pakai (siapa tak nak kulit cantik kan?). Tapi, jauh di sudut hati, aku risau kalau-kalau kulit aku tak sesuai dengan TA ni. So, aku decide biar dulu la. Baik aku observe tengok kulit die akan maintain cantik sampai bila. Just now, aku sempat buat research sedikit berkenaan produk-produk kosmetik tempatan ni. Bajet buat research sangat la, padahal setakat baca thread dekat forum cari yang berbincang pasal TA ni. Ada 75 page dalam thread ni yang cerita pengalaman diorang gunakan TA ni. So far, semuanya cakap yang TA ni memang bila baru-baru pakai kulit jadi putih, halus, mulus and sebiji jerawat pun tak keluar. Tapi lama-kelamaan, jeng jeng jeng.. berebut-rebut jerawat nak keluar kat muka masing. Pakai TA pun dah tak jalan dah. Kira macam TA dah tak bagi sebarang effect dengan kulit dah. Siap ada seorang user tu bagitau yang sebenarnya TA ni tak dapat kelulusan KKM la. Wah, kalau tak dapat kelulusan KKM, macam mana boleh jual secara berleluasa kan? Setelah baca bad review pasal TA ni, aku pun dah tak rasa excited sangat dah nak cuba produk ni. Boleh tengok sini kalau nak tau macam-macam yang diorang mengata pasal TA ni.. =)


Aku pun pernah juga pakai produk-produk kosmetik Melayu ni. Dulu-dulu, masa zaman STF kan hitam, habis je sekolah, mak pun dah bising-bising suruh pakai macam-macam nak bagi warna kulit cerah kembali. Kalau tak salah masa tu guna Shadira kot. Memang berkesan la. Aku rasa muka aku putih kembali. Zaman sekolah aku memang takde masalah jerawat yang serius (seingat aku la kan?). Bila muka dah cantik, aku pun dah malas nak guna lagi, eh..sebenarnya malas nak beli sebab macam mahal. Sebotol cleanser tu harga RM50 kot, kan student lagi, mana mampu nak beli selalu. Then lama-lama, aku guna yang biasa dan murah je. Muka aku masa tu kalau pakai apa pun sama je, kulit tak mengada-ngada sangat.

Then, masa kat UKM, aku menggatal nak try Natasha. Setelah dipengaruhi olah rakan yang menunjukkan hasil yang menakjubkan. Unfortunately, Natasha buat kulit muka aku mengelupas dan pedih. Memang sakit hati la. Terus aku stop guna, beli satu set pun tak habis guna. Buang macam tu aje. Bagi aku sekarang, produk-produk Melayu ni semua sama je. Iklan bukan main lagi, tapi kualiti tak seberapa. Kadang-kadang aku rasa pengasas-pengasas produk ni mesti tak guna produk sendiri, mesti guna produk lain punya lah. Yelah, diorang mesti dah tau produk diorang tak seberapa pun. Tau pulak sayang kulit sendiri. Cuba lah tengok gambar pengasas NV ni, semacam je kan muka dia. Hahaha..suka hati aku je nak buat spekulasi sendiri!


Sosilawati pic taken from here.


Ada cadangan tak, produk-produk yang mungkin best untuk dicuba? Hmm, btw, muka adik aku dah mula tumbuh jerawat balik. Kesian dia, pandai pun nak stop TA sekarang. Aku dah bagitau dulu, tapi degil, tak nak dengar.

21 December 2009

Sesi ngumpat artis

Pagi tadi, sebelum mandi, sempat pula tertengok rancangan AC tu. Normally, bila kuar je cite AC, memang laju je aku tukar channel. Tapi tadi terpaksa pula sebab aku malas nak tukar lagipun pagi-pagi mana ade cite best kat tv. There's a chinese guy yang hafal 84 buah lagu kebangsaan negara-negara lain. So, si AC ni test la suruh that guy nyanyi lagu kebangsaan Britain la, Lubnan, Singapore, India and Thailand. Nasib baik slot die beberapa minit je, kalau tak aku confirm si AC bantai suruh dia nyanyi sepanjang show. But, aku rasa annoying gila bila si AC ni bole gelak-gelak bila that guy nyanyi lagu kebangsaan Lubnan. I was like, kau bodoh ke ape.. amenda yang kelakar sangat dengar orang nyanyi national anthem kan? At least, show some respect la. Dahlah kau tak berdiri pun time chinese guy tu nyanyi-nyanyi segala lagu tu. Ni nak gelak-gelak lagi. Oh, please..kau ingat kau kelakar sangat la buat perangai macam tu? Haih, bila la ASTRO nak stop showing this AC freaking show. I've had enough already! Huh, baik aku layan cafe aku je, lagi syok!



19 December 2009

Macam-macam hal

I wish I could, but I definitely can't. Susahnya nak puaskan hati semua orang. Haih!

16 December 2009

OK, Kau memang keji


Baiklah, kau memang hebat kan. Kau kan kesayangan semua orang (muntah!). Tak payah la nak berlagak sangat. Haih.. aku emo..

14 December 2009

Random feelings



  Let's just live life and chill!

13 December 2009

Kerinduan

Sayang, nak cakap ni je.Rindu!

11 December 2009

Tips menggoda

Ini sepatutnya post semalam. Tapi, semalam malas-malas dan terleka tengok gambar-gambar hot di internet, maka terus terlupa nak tekan button publish post tu. Tak tau lah kenapa, tapi bila time aku puasa, aku selalu rasa best layan gambar-gambar makanan sedap kat blog-blog resepi ni. Ye..inilah gambar-gambar hot yang aku maksudkan. Bukanlah aku nak sangat cari resepi ke ape. Cuma rasa seronok tengok gambar-gambar makanan yang sedap-sedap. Samalah macam aku setia beli majalah CLEO setiap bulan, sebab aku suke tengok gambar-gambar yang berwarna-warni kat dalam tu. Jarang sangatlah aku baca artikel-artikel die. Gambar yang terang, glossy dan berwarna-warni lebih merangsang mataku. Memang tergodalah!

p/s: Saje letak title macam tu. Abes, pysad je tau buat tips, walaupun aku tak tau, aku nak letak jugak..hahahah

09 December 2009

Damn photo tagging!

Ish, kenapa lah dekat facebook boleh tag-tag foto segala? Aku suka sangat kalau gambar-gambar yang orang lain nak tag aku tu, adalah cun melecun mcm maya karin ke siti nurhaliza ke.. tapi tadi baru ternampak ada lah pulak kawan-kawan sekolah rendah dulu pergi upload gambar berhimpit-himpit masa darjah 4. Ceh, buat malu aku je kan.. Sekarang aku rasa macam nak remove tag tu je la..

01 December 2009

Specially dedicated to Ilah!

Congratulations on your engagement! Btw, you look gorgeous as always! Walaupun kau cakap kau duduk membongkok la, perut berlipat la.hahaha...but, who cares? Yang penting dah selamat jadi tunang orang dah pun.

Tengok je la bulu mata die.. Rozita Che Wan pun boleh menangis kalau tengok!

pic dicilok from ilah's fb.peace!



Somewhere a clock is ticking

Remember tonight, for it is the beginning of always. A promise. Like a reward for persisting through life so long alone. The belief in each other and the possibility of love. A decision, to ignore or simply rise above the pain of the past. The covenant, which at once binds two souls and yet severs prior ties. The celebration, of the chance for two will always be stronger than one. Like a team, braced against the tempest’s of the world. And love… will always be the guiding force in our lives. For tonight is mere formality.. only an announcement to the world for feelings long held. Promises made long ago — in the sacred space of our hearts.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails