Fuhh, akhirnya sampai juga ke Seremban. Gila lembab aku bawak kereta petang tadi. Dekat pukul 6 baru sampai rumah kot. Banyak betul kereta. Mesti semua pun nak balik kampung sebab cuti kot. Tak suka tau.
Yang paling aku tak suka adalah bila jumpa dengan lori berderet-deret macam ni. Dahlah lembab, lepas tu suka sangat nak memotong sesama sendiri. Aku steady je drive slow-slow dekat belakang tu. Tapi lepas tu banyak lah kereta cuba nak memotong kan. Aku kene tunggu line clear dulu sebab tak mahu lah duduk belakang lori bawa kelapa sawit tu. Aku dah dapat pengajaran dah. Ngeh2. Eh, cakap pasal lori, teringat pula dekat Linda Onn. Aku sampai sekarang terfikir, apasal abang-abang lori suka sangat dekat LO. Bila dengar Suria FM je, asyik-asyik abang lori yang call. Confuse jugak lah.
Lepas tu, bila sampai Kuala Pilah, ada kereta polis drive sambil makan angin. Memang tertekan la jugak kan. Nak potong, double line pula. Wah, tiba-tiba ikut peraturan bila belakang kereta polis. Hehe.
Kenapa xikut highway?
ReplyDeletewahhh..bestnya balik kampung... :P
ReplyDelete@Hafiz Ismii dari kuantan la, xkan nk ikot LPT plak nk blk seremban.. =)
ReplyDelete@Arifahbest la che' pah, dh lame xblk. hahahaha.
ReplyDelete