Uuuu..colourful & vibrant colours! Major love!
It's actually a notebook. Sangat sangat sangat cute kan?
Geram sangat sebab comel kiut miut semua ada. Haihh.. tapi mungkin hanya mampu berangan-angan nak buat sendiri sebab skill menjahit tak berapa nak ada. Seingat aku, kali terakhir sentuh mesin jahit adalah semasa Tingkatan 3 kot. Itu pun untuk subjek elektif Kemahiran Hidup. Projek yang untuk PMR pun mak yang jahitkan. Sebab tu aku punya yang paling cantik kot. Hahaha. Mak aku tengok yang aku jahit sendiri, lepas tu terus dia kata, "Jom beli kain lain. Mak nak jahitkan yang baru." Hehehe. Nampak sangat mak aku pun tak tahan tengok aku jahit senget benget begitu.
Anyway, sesiapa yang berminat nak DIY Patchwork Notebooks ni, boleh download tutorial di sini. Lepas dah jahit, boleh lah hantar satu dekat sini. Ngeh2.
sgt cute n creative okeh!~
ReplyDeletepaw: couldn't agree more
ReplyDelete