Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 March 2010

After 8 years

Selalu aku rasa muda, tapi hari ni terasa tua pula. Yelah, dah 8 tahun dah meninggalkan zaman persekolahan. Surprisingly, Fhaten cakap tulisan aku masih lagi tulisan typical budak STF. Hahaha. Terharu aku weh. Aku ingat nilah tulisan aku yang paling buruk sekali, sebab dah lama dah tak menulis kan. Asyik menaip je. Skill menaip memang dah meningkat sekarang. Oh, tapi yang tak best adalah mata pun dah ada hint-hint nak jadi rabun. Sangat tak seronok. Ada satu hari tu, mata aku berair bila tengok skrin komputer lama-lama. Perlukah aku pergi check mata, cik Ilah? Sebelum ni, aku memang dapat full marks bila time eye test tu. Hahaha.


 
Hish..bukti tulisan semakin buruk. Teringin mahu buat tulisan sambung-sambung, sampai sekarang tak reti lagi. Sedih.

29 March 2010

Tinggal esok je

I don't know why they have to arrange this interview. It's not like I'll be going to UK or whatever. Sengaja nak letak UK jugak. Hahaha. Nak tak nak kena layankan juga benda ni. Haih, memang boleh buat orang sakit otak je bila fikir benda ni. Bagi lulus je lah, apa sangat lah yang nak disembangkan masa interview ni nanti. So much of the procedures! Can't wait for tomorrow.. tipu sangat dah ni. Ngeh2.

25 March 2010

Why we shouldn't trust profile pictures?

Gila ah bosan malam ni. Tak sangka kan, hari gaji kan sepatutnya jadi hari untuk bersuka ria? Oh, entah mana lah pergi semua kegembiraan tu. Dah hilang. Hahaha. Tengah dengar Suria FM ni. Geramnya dah ada orang menang RM10k kat lagu duet Suria ni. Rezeki dia betul lah kan. Jealous!

Oh, terjumpa benda ni di sini. Hahaha.

Nampak macam cun je kan perempuan ni. Muka tu pun nampak slim. Kulit halus mulus.

Tapi sebenarnya..
Haih, aku tak puas hati ni. Muka dia macam tak sesuai je dengan badan dia kan? Ngeh2

Pysad! Rupa-rupanya, inilah skill yang kau guna untuk ambil gambar sendiri ye? Hehehe.



This is my favourite! Enjoy. Pysad, boleh tiru macam ni pulak! 

Yang dicari-cari





Uuu.. i'm so inspired by her! Teringin benar mahu pakai semacam ini. Haha, perasan hot je pakai macam ni. Semalam memang mahu  cari anak tudung jenis ni. Tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Kenapa tak banyak sangat pilihan dekat Jalan TAR ni, tak faham betul. Padahal dekat blogshop dah berlambak-lambak. Tapi, diorang jual mahal lah. Haih, harus usaha lagi.

24 March 2010

Pendapat peribadi

Rakyat Malaysia memang pemurah kan. Tadi aku perasan sesuatu masa makan KFC dekat Kompleks Pertama. Ada seorang kakak pimpin tangan seorang makcik buta bawa pergi jumpa semua orang dalam KFC tu. Macam biasalah, makcik tu bawa tisu sekali. Aku perhati setiap orang bagi RM1 kat makcik tu. Terdetik juga dalam hati, senang betul makcik ni, satu KFC je dah boleh dapat income sampai RM20. Mostly memang orang bagi RM1 lah kan and tiada seorang pun yang ambil tisu tu. Aku kagum, sebab gigih betul makcik tu berjalan sana-sini, dalam panas terik pula tu. Sampaikan aku terserempak lagi dengan makcik tu dekat dalam kedai tudung. Tapi tu lah, sampai bilalah mereka nak buat kerja macam tu. Ajarlah makcik tu buat kerja yang bermanfaat sikit. Entahlah, cuma aku rasa kurang sesuai bila orang sihat tubuh badan mengesploitasi kecacatan untuk mendapatkan wang. Tapi aku boleh terima orang buta yang nyanyi-nyanyi lagu tu. Sekurang-kurangnya mereka berusaha dan tak meminta-minta. Yelah, budak-budak AF yang suara tak seberapa pun mahu dibayar.

Oh, aku tak ambil tisu sebab tisu makcik tu tak best. Hahaha

23 March 2010

Duit oh duit

Agak-agaknya lah kan, apa motif orang nak longgok-longgok gambar duit depan mata kau? Ni bukan duit seringgit dua tau, tapi berikat-ikat punya. Berkepuk-kepuk orang kata. 
Haa..macam ni lah, tapi dapat tengok gambar je, ok!

Lepas tu, takkan lah kau tak nak tau sebab apa ada orang yang berlagak sangat tayang gambar duit berlonggok-longgok ni kan? Jadi, sebab banyak masa terluang tadi, aku buat research sikit. Haha. Sebenarnya ni lah kali pertama aku dengar benda Unstoppable ni. Itu pun sebab ada perempuan (kot?) nama Norfaizah Ahmad Fahkrudin cuba request jadi friend kat fb.
Perghh.. gambar pun letak gambar duit! Memang money magnet betul lah.

Sebagai seorang yang memilih kawan-kawan di fb (hahaha), aku terus je ignore friend request ni. Itu pun setelah mengusha profile dia dan mendapati semuanya marketing semata-mata! Orang-orang MLM ni kan, satu je yang bagus pada aku lah, marketing memang superb. 

Tengok ni, siapa yang desperate mesti dah tak menahan nak join kan?

Lepas tu, tangan aku makin gatal nak pergi usha website yang berlambak-lambak kat tepi tu. Mari lihat hasilnya:
memang macho sungguh pose abang bersama BMW itu. Tapi, i tetap tak tergoda u!

Haih, akhirnya, aku tau jugak yang rupa-rupanya dia sama je macam MLM yang lain. Cheh, mana lah tau kan. Ingatkan memang betul ada cara baru ke nak buat duit ke kan. Tapi, yang aku tak puas hati benda-benda MLM ni kan:
1) Kalau pergi tanya-tanya apa bisnes diorang ni, memang mati-mati tak nak bagitau dalam telefon/chat/emel. Mesti nak kena jumpa jugak. Propaganda je tu. Sebab kalau bagitau awal-awal mesti tiada orang nak join kot.

2) Kenapa mesti nak kena ambil gambar dengan kereta-kereta mewah? Entah-entah kau berhutang je beli kereta tu semua. Kalau kaya sangat, tunjuk bank statement lah. Tak berani lah tu kan. 

Anyway, aku memang tak percaya dengan MLM ni semua. Sebab benda-benda ni semua bunyi terlalu bagus untuk dipercayai. Senang cakap, tak logik sangatlah. Aku dah pernah dengar sekali masa kat UKM. Itu pun sebab aku nak ajak kawan aku pergi makan, dia paksa aku dengar ceramah dia pula.  Kali kedua, masa tengah makan kat Seksyen 15 tu pun ada brader sibuk-sibuk nak cerita pasal MLM juga. Aku bagi je die cerita. Sebab masa tu aku tengah makan kan. Lepas makan, terus aku blah. Tak kuasa aku nak tadah telinga dengar cerita-cerita dia. Yelah, kalau betul kaya, kenapa tak belanja masa aku makan dulu tu? Haha. Bagi aku, kalau betul lah cara kau buat duit macam ni, kenapa kau tak pergi je dekat orang-orang miskin yang selalu keluar Bersamamu TV3 tu? Lagi mulia kot, sebab kadang-kadang aku kesian tengok keluarga miskin ni sebab tiada pekerjaan tetap. Lepas kau dah jadikan semua orang miskin tu kaya, barulah aku percaya. Amacam? Ok kan idea aku.

22 March 2010

Ahh..susah betul bila rindu.

Dear fiancé,
And, I love you, of course!

Your fiancée, 

Masalah rumahtangga lagi.

OK. Tak faham lah dunia sekarang. Pagi-pagi dah terdengar masalah rumahtangga orang dekat radio. Haih, apa punya jenis suami lah. Kalau syak isteri tu curang sekalipun, tak payah lah pergi mengadu sampai kat radio. Masalah rumahtangga tu pandai-pandailah settle sendiri. Takkan nak heboh satu dunia kot. Apa motif sang suami? Mahu canang satu dunia yang isteri kau curang? Kenapa? Dahlah kau cakap isteri kau tak ihlas lah. Kalau aku lah, memang aku sentap habis ok! Sebab sudahlah tuduh-tuduh, lepas tu tak berani nak tanya sendiri pula tu. Tanya je lah, dah kahwin sepuluh tahun, takkan tak kenal hati budi isteri lagi. Aneh betul.

19 March 2010

I need nothing.

Some people are just so funny, isn't it? Sendiri cari pasal, sendiri jugak yang bikin susah, tapi nak emo tak bertempat pulak. Haih, kalaulah aku boleh lari jauh-jauh. Kepala makin berat lah duduk sini. Suffocated.

18 March 2010

True, the truth hurts!

Oh, benci sungguh! Seharian memerah otak nak siapkan benda yang satu ni. Tapi, masih tak dapat-dapat lagi penyelesaian. Otak dah penat. Tapi, mesti aku juga yang kena siapkan ni. Tak tahan dah. Jadi kuli dah tak seronok. Lebih-lebih lagi bila orang lain yang sepatutnya sama-sama bersusah payah bersikap lepas tangan. Kadang-kadang aku tak faham apa motif manusia macam ni datang kerja, tapi tak nak buat kerja. Jadi sekarang, aku dah malas nak ambil tahu kisah hidup kau. Kalau boleh aku nak cakap yang aku dah  muak sangat dengar cerita sama berulang-ulang kali. Tapi, nanti orang yang suka berlagak serba-serbi tahu dan tak reti mengalah macam kau  mesti tak dapat terima kenyataan. Entahlah. Bagi aku, orang bijak tak canang dekat orang yang dia bijak. Ah...Biarlah aku yang kalah. Anggap je aku hormat orang tua. Dah tua bangka pun tak sedar diri lagi. Pemalas!

14 March 2010

Tips rambut selembut sutera


Stressed dengan rambut sendiri? Lebih-lebih lagi bila kusut macam ni. Well, I did. Hehe. Tapi aku tak buat gaya macam ni la. Aku buat yang lebih ayu dan sopan-santun gitu. Ngeh2. Tapi, memang lah. Sejak-sejak rambut dah terlebih panjang ni, memang sentiasa geram dengan rambut sendiri. Lagi-lagi sebab cuaca panas ni kot. Rasa macam bertambah berat je kat atas kepala. Baru berangan nak simpan rambut panjang sampai kahwin. Haha. Tapi, keadaan sekarang memang buat aku rasa nak pergi potong rambut je.
Lebih stressed bila bangun pagi-pagi, lepas tu gedik nak sikat rambut dulu baru pergi mandi. Haha. Konon-konon nak ambil feel dulu baru pergi mandi lah kan. Memang sakit la sebab rambut bersimpul-simpul dekat hujung rambut tu. Kadang-kadang sampai sikat pun tersekat di celah-celah rambut.

Tapi sekarang, semua masalah tu dah tiada! Rahsianya mudah je rupanya. Kalau aku tau, awal-awal lagi aku dah guna benda ni. Kuranglah sikit kesengsaraan aku kan.


Inilah dia penyelamat rambutku. Baru 2 minggu guna, tapi rambut memang ternyata lebih lembut daripada biasa.
Comel je kan warna pink. Cubalah..kepuasan terjamin!

13 March 2010

Aku menggigil bila marah!

Ok. Kau memang gempak, kau memang hebat lah! Lagi best sebab hampir semua barang dalam rumah ni kau punya. Tapi, aku bukan duduk rumah ni free la perempuan! Aku bayar sewa juga. Tak payah lah kau asyik nak buat hati aku sakit setiap hari. Aku boleh tahan la selagi terdaya walaupun setiap kali pun aku rasa nak lempang je muka kau. Aku dah tak tahu lagi macam mana nak tahan. Susah betul bila dapat housemate yang tak reti bertimbangrasa ni. Macam sial!

11 March 2010

Weird man

It's his world.. and his own happiness. Nothing else matters.

09 March 2010

Penat la tahan

Aku suka dekat sini. Sebab bila aku rasa nak marah, boleh marah-marah kat sini. Sebab kadang-kadang ada banyak benda dekat ofis yang boleh timbulkan perasaan nak memaki. Ok, fine, mungkin aku pengecut sebab tak berani nak maki depan muka orang yang patut di maki. Tapi kalau dah dasar pekerja bawahan macam aku, siapa yang berani kan? Yang penting hati aku puas. Dah, hari-hari akan datang memang mencabar. Aku ke harus berubah? Ke orang yang patut dimaki harus belek diri sendiri dahulu? Oh, penat. Ah, nyah kau kebencian!

08 March 2010

Expose mistik I

Aneh. Tapi benar.. Baru tadi aku tau rupa-rupanya ada segelintir golongan masyarakat yang tidak tahu cara bayar tiket parking dekat kompleks beli-belah guna mesin autopay. Jangan risau budak-budak, akak dah ajar tadi kan? Jangan bagi malu akak ye?

07 March 2010

I tertekan la..

Bosan! Boleh tak nak tidur lagi sampai malam? Apahal panas sangat Kuantan ni? Terganggu, aku mana boleh tidur panas-panas. Tengok, sekarang nak kena fikir nak buat apa bila dah bangun. Ada potensi buat benda mengarut ni. Eh, rasa bodoh pulak. Tak boleh fikir sekarang, kena mandi dulu ni.

Lupa. Ada lagu untuk hari ni. Nah.

baby, baby, baby. love!

05 March 2010

Sulit juga

 
Uish..agak-agak apa benda lah yang sulit sangat ni ye? Aku teruja ni. Feera, jom join! Ngeh2.

03 March 2010

Hari sibuk!

Baru lepas seksa. Haha. Aku suka sebenarnya dengar presentation student kat sini. Sebab mereka akan cuba buat muka meyakinkan, walaupun kantoi sangat tak tahu apa-apa. Dan lagi satu rasa seronok dapat bagi soalan bertubi-tubi. Rasa macam, 'padan muka kau, kecut perut tak reti nak jawab soalan aku" Hahaha. Efek kejam memang hebat. Oh, dapat banyak sangat sticker pasal kempen keselamatan jalan raya ni. NC pulak tu yang bagi pagi tadi. Nak je aku cakap, "hai, dato' ingat saya lagi tak?" . Haha. Asal buat kempen-kempen macam ni, mesti nak kena bagi sticker banyak-banyak ke? Macam, aku boleh jadi pemandu berhemah ke bila aku letak sticker banyak-banyak kat kereta aku. Bagi aku, pemandu berhemah ke tak ke, ni semua dari dalam diri masing-masing, bagilah sticker segunung pun takkan berubah punyalah. Tapi aku suka sebab ada kamera ambil gambar dengan Dato' NC. Rasa popular. Hehe.

Pencinta keindahan

Nah. Lagu hari ini. Betul. Memang biasa saje. Tak perlu masuk TV pun.


 
I'm blessed. We have met each other.

Less burden?

 
Received this in my inbox. At least, I've already secure a place here. But, I'm thinking of going somewhere closer to home. Haha.. Help!

Malam ni memang panas

Aku dah tak boleh tahan dah. Sampai bila lah benda ni nak membebankan otak aku. Agaknya sebab aku memang tiada hati nak buat, tapi kena jugak buat. Macam mana nak berubah jadi lebih bersemangat? Sebab semangat tu dah lama hilang.Dah penat lah. Dan tak semudah yang aku harapkan. Kenapalah macam tiada jalan senang untuk aku?Ok, aku jeles sebab aku tengok orang lain semua senang je. Ya Allah, tolonglah..tunjukkan jalan, sebab aku memang dah tak tahu nak buat apa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails