Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 October 2009

Kemaskini alam maya

Petang tadi semasa berbual-bual dengan soulmate yang agak stress sebab baru lepas buat test, I baru ternampak yang friend request yang minta di approve sudah mencapai 20 orang. Memang sengaja I tak mahu approve because most of them adalah orang-orang yang tak dikenali dan boleh dikatakan asing sangat lah. Masa I mula-mula setup akaun facebook adalah untuk berhubung/berkomunikasi dengan teman-teman yang dikenali sahaja. Memang suci niat I masa tu sebab memang mahukan perhubungan yang lebih mesra dan intim bersama teman-teman yang sudah dikenali di alam nyata. Sengaja mahu perasan lebih intim lah konon! hehehe.. Tapi tadi bila I tengok balik, rupa-rupanya I dah ada 365 orang kawan dalam facebook. Memang sangat tak logik sebab sampai sekarang I tak tau pun macam mana perasaan ada 300 lebih orang kawan. Yelah kan..balik-balik pun komen-komen kat page orang yang sama je kan.

So, I dah bertekad nak review balik my friends kat facebook dan mungkin akan menggugurkan sesipa yang tak berkenaan. Tapi, tengok lah kalau ada masa dan tahap kerajinan melampau!

No comments:

Post a Comment

Aku terima je korang cakap ape pon!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails