Menyampah betul bila drive petang semalam. Bila nak tukar lane, tiba-tiba je berdesup Persona silver ade kat sebelah. Seriously, I dah tengok segala mirror and memang confirm tak nampak pun kelibat Persona silver tu. Nasib baik I masih mampu bersikap tenang, waras serta tidak terburu-buru mahu menukar laluan, kalau tidak memang tak tahu la nak jadi apa sebab dua-dua kereta pun laju semacam.
Mood menyampah nak drive dari semalam terus bawa sampai hari ini. Tapi, I rasa tak salah pun memandu laju sedikit. Takkanlah kereta tu untuk dipandu 60km/j sahaja? Memang tak feel langsung. Rasa macam kayuh basikal je. Kalau nak bawa kereta perlahan ala-ala makan angin tu, baik memandu dekat kawasan perumahan je, confirm tak boleh nak speed langsung. Bersepah-sepah budak-budak kecil buat aksi berani mati seperti main basikal di tengah-tengah jalan. Tak campur lagi dengan yang main sepak-sepak bola dan berlari meluru ke tengah jalan untuk selamatkan bola. Budak-budak ni lagi rela selamatkan bola dari diri mereka sendiri. Memang aneh betul lah alam kanak-kanak ni. Asyik fikir pasal main je, tak payah nak fikir pasal masa depan. Tapi, sampai bila nak berfikir gaya kanak-kanak kan..?
athie tp aku dh wat kajian,org yg memandu wira sangatlah mmg bawa keta mcm bangang!(tetibe nk emo)
ReplyDeleteuish..nsb bek aku xbwk wira.. hahaha
ReplyDelete