Otak dah penat sebab banyak berfikir siang tadi. Tapi sebelum melelapkan mata yang sudah sedia berat, jom berangan bersama-sama kejap. Mudah-mudahan bila kepala sudah ringan, boleh dapat mimpi indah-indah malam ini.
Kadang-kadang pernah tak terlintas kat fikiran, yang alangkah indahnya kalau dah tak payah kerja lepas kahwin. Boleh duduk rumah je. Cukup masa tunggu husband balik rumah. Lepastu boleh buat eksperimen masak-masak. Kalau dah habis masak boleh kemas rumah pulak. Rasa macam jadi isteri mithali je kan. Hehehe .. padahal memang gaya orang yang malas nak bekerja kot. Ingat boleh duduk goyang kaki je kat rumah la.Tapi tu hanya bila berlaku bila rasa stress semasa bekerja. Bila time dapat gaji tu, rasa macam kan bagus kalau hari-hari pun merupakan hari gaji masuk. Then boleh spend tanpa had, tanpa rasa bersalah! (Sebab spend guna duit hasil titik peluh sendiri lah katakan..)
Tapi bila berfikir dengan lebih mendalam, I rasa kemungkinan besar I takkan puas bila duduk rumah. Mungkin I hanya boleh bertahan seminggu sahaja. The facts that I tak dapat pergi kerja dengan orang tersayang and most importantly tak dapat tengok muka orang tersayang 24 jam sehari (Ok, ini bukan matlamat utama datang ke tempat kerja ye). Mana la tau kan kalau-kalau ada orang nak menggatal dengan dia ke apa ke.. hahahaha.. Well, I think there's something wrong with me, because bila dapat je kad jemputan ke majlis perkahwinan atau dengar cerita kawan-kawan nak berkahwin, I pun rasa excited juga nak kahwin secara tiba-tiba dan mulalah bercerita perkara-perkara macam ni. Haih!!
Baiklah, malam sudah lewat benar. Mari tidur!
No comments:
Post a Comment
Aku terima je korang cakap ape pon!