Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 October 2009

Ada apa dengan hati?

Pernah tak bila ada orang tanya, then kita rasa tak tau nak jawab apa atau macam mana nak explain atau mungkin kehabisan perkataan untuk menerangkan sesuatu perkara atau biasanya memang tiada hati nak menjawab sebab hati tengah remuk macam baru lepas kena baling dekat dinding. Lepas tu sebab tiada sepatah perkataan pun yang mampu keluar dari mulut ni dan satu-satunya perkara yang kita nak buat adalah menangis. Sebab biasanya bila lepas menangis, satu badan rasa lega. Kepala pun rasa ringan je. Semua beban yang ada kat dalam dada pun turut hilang begitu sahaja. Tapi, I admit la bila menangis ni yang tak seronoknya ialah bila hidung mula tersumbat, maka mulalah rasa susah nak bernafas. Bila dah macam tu, nak tak nak terpaksa paksa diri berhenti menangis, walaupun air mata tak habis lagi keluar.

Kadang-kadang, bila rasa ada banyak sangat benda yang diluahkan kat dalam kepala, tapi tiba-tiba tak jadi nak luahkan kat orang tertentu sebab rasa perkara yang kita nak cakapkan tu tak penting sangat pun pada diri dia. Then, kita rasa lebih baik kita pendam je benda-benda ni jauh-jauh dalam hati. Mudah-mudahan suatu hari nanti, semuanya akan pergi. Dah tak payah nak ingat-ingat lagi. Sebab bila makin lama kita cuba nak ingat, makin sakit yang kita dapat. Setakat ni, bila I cuba sorok jauh-jauh dalam hati, soulmate mesti dapat tahu dan cuba korek sedalam-dalam yang mungkin. I pun tak tau macam mana dia boleh tau. Macamlah ada tulis kat dahi ke apa kan..At first, memang susah nak keluarkan sebab dah lama terpendam, so kita rasa susah nak mulakan. Bila dia tanya otak terus jadi blank. Terus jadi tak tau nak jawab apa. Terus rasa nak cakap 'boleh tak kita tukar topik lain'. Oh..ini semua taktik I untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang I  rasa 'boleh tak kalau I tak nak jawab'.

Tapi, akhirnya bila berjaya menyusun patah-patah perkataan menjadi beberapa baris ayat yang dapat menjelaskan maksud yang dikehendaki. Tak tergambar perasaan dalam hati. Macam ada pesta dengan mercun dan bunga api tengah meletup-letup dalam hati. Boleh bayangkan tak betapa lapangnya hati sebab batu-batu yang selama nih terperap jauh-jauh tuh dah berjaya diletupkan. Ahh..memang syok! Aman dan nyaman..


2 comments:

  1. wah athie..menyimpan perasaan apekah?

    anyhow..take care..take care

    ReplyDelete
  2. ana: rindu..rindu!! hehehe

    ReplyDelete

Aku terima je korang cakap ape pon!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails