Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 April 2010

Tapai + Aiskrim = Tak sedap langsung!

Penat lah kaki berjalan ke sana sini hari ini. Perancangan asal cuma mahu temankan mimi pergi kenduri kahwin kawan dia di Beserah. Kenduri kahwin yang ni memang simple sangat. Maybe sebab sebelah lelaki kot. Tapi yang side perempuan masa bulan 2 hari tu kot. Yelah kan, pengantin perempuan tu pun dah 6 minggu mengandung. Makanan sedap dan banyak sangat. Ada nasi minyak, nasi putih, satay, roti jala. Rumahnya pun betul-betul depan pantai. Memang berangin lah. So far, inilah kenduri kahwin yang paling simple pernah aku tengok. Takde meja makan pengantin pun, pelamin pun takde, keadaan dalam rumah pun biasa-biasa je. Yang bezanya cuma ada khemah di luar rumah, yang menampakkan keadaan kenduri tu. Tukang kutip pinggan mangkuk pun terdiri daripada macam-macam jenis orang. Aku kagum la sebab ada seorang kakak cantik (muka ala-ala mat salleh siap dengan hidung tegak tu) pun selamba je kutip pinggan. Memang sempoi lah famili ni. Photographer dia pun aku tengok macam malas-malas je. Tapi yang tak boleh tahan, si photographer boleh nak duduk dekat meja kitorang lepas tu tunjuk gambar cincin pengantin kat kami. Motif dia buat macam tu? Aku rasa pelik dah ni. Mungkin dia rasa cincin diorang tu lawa sangat ataupun die berkenan kat cincin tu. Lepastu, tunjuk cincin tu kat kitorang dengan harapan kitorang akan cemburu? Apakah? Aku sengih-sengih je tengok gambar cincin tu. Sebab aku clueless, tak tau nak cakap apa. Hahaha

Tengok, dapat sebiji brooch dan mug kecil yang ada kismis dan kurma kat dalam. Sempoi gila kan, tak payah nak letak dalam paper bag bagai! =)

Tapi, aku paling suka dengan beg yang tukang bagi door gifts ni bawa. Disebabkan door gifts tak letak dalam paper bag, dan setiap tetamu akan dapat 2 benda di atas, jadi mereka letak semua hadiah tersebut dalam satu beg yg cool lah. Sebab, biasenya kan door gifts letak dalam bakul/raga, jadi kali nampak lain sikit lah. Cute! 

Oh, ada aiskrim juga dekat kenduri tadi. Siap ada payung Walls lagi. Wah, mula-mula nampak ada aiskrim rasa excited, sebab ingatkan boleh dapat Cornetto ke kan. Hehe. Tapi rupanya, diberi satu scoop seorang je dalam bekas mangkuk polisterin tu. Yang tak syok tu, aiskrim tu kat bawah dia ade tapai. Potong stim la. Mana ngam makan aiskrim dengan tapai. Hilang nikmat aiskrim. Ngeh2.

Nikmatilah gambar pengantin perempuan dan mimi. Pengantin lelaki tak tau hilang mane tah. Aku takde sebab aku yang ambil gambar ni. 

2 comments:

  1. athie!ko ni bab2 komplen bg ko mmg gerennn!!!hahaha.wed aku ko komplen siap kau.aku pon bg tapai tau.tapai ubi goreng berlada.yummy2

    ReplyDelete
  2. pysad: siot, aku xkomplen laa. hehehe. sdpnye, tp lambat gile ok ko kawen. kawen ke nnti? huhu

    ReplyDelete

Aku terima je korang cakap ape pon!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails