Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

24 March 2010

Pendapat peribadi

Rakyat Malaysia memang pemurah kan. Tadi aku perasan sesuatu masa makan KFC dekat Kompleks Pertama. Ada seorang kakak pimpin tangan seorang makcik buta bawa pergi jumpa semua orang dalam KFC tu. Macam biasalah, makcik tu bawa tisu sekali. Aku perhati setiap orang bagi RM1 kat makcik tu. Terdetik juga dalam hati, senang betul makcik ni, satu KFC je dah boleh dapat income sampai RM20. Mostly memang orang bagi RM1 lah kan and tiada seorang pun yang ambil tisu tu. Aku kagum, sebab gigih betul makcik tu berjalan sana-sini, dalam panas terik pula tu. Sampaikan aku terserempak lagi dengan makcik tu dekat dalam kedai tudung. Tapi tu lah, sampai bilalah mereka nak buat kerja macam tu. Ajarlah makcik tu buat kerja yang bermanfaat sikit. Entahlah, cuma aku rasa kurang sesuai bila orang sihat tubuh badan mengesploitasi kecacatan untuk mendapatkan wang. Tapi aku boleh terima orang buta yang nyanyi-nyanyi lagu tu. Sekurang-kurangnya mereka berusaha dan tak meminta-minta. Yelah, budak-budak AF yang suara tak seberapa pun mahu dibayar.

Oh, aku tak ambil tisu sebab tisu makcik tu tak best. Hahaha

No comments:

Post a Comment

Aku terima je korang cakap ape pon!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails