Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

29 July 2010

saya si batuk-batuk

It has been a few days. My chest hurts when I cough, and the pain only go away when I sit or lean forward. I can't even lie down comfortably now. It hurts every time.

Sedih. Penat batuk sudah. Cepatlah baik.

22 July 2010

Hari penat

Hari ini hari penat otak, penat jiwa, penat kaki, tangan, badan, mulut dan segala-galanya lah penat.

Sumber penat yang utama pastinya lah kerenah sesetengah manusia yang tak sedar diri motif sebenar datang bekerja. Kalau bos ke pengarah ke aku tak kisah lagi tau. Ini dah lah cuma computer operator. Lagi mahu tunjuk lagak. Aku tanya elok-elok, dia yang nak emo lebih-lebih. Kerjanya nak menyalahkan orang lain je.  Aku dah habis sabar ok. Aku pun dah habis malu sebab buat bising di khalayak ramai. Fine! Aku dah takde sedikit pun rasa hormat dekat orang sebegini. Yang susahnya, bila aku cakap A, dia dengar B, bila aku cakap C, dia dengar D. Orang tak effisien begini, tak patut buat tugas begini agaknya. Tertekan ok, tak tahu entah bila mahu settle semuanya. Benci!

Aku hanya mampu pusing-pusingkan biji mata je sepanjang masa tadi. Kalaulah aku ada pilihan, aku memang malas nak layan orang macam ni. 

19 July 2010

Assignment...esemen

Penat la weh, lepak dekat 4 jam dalam perpustakaan petang tadi. Aku rasa lebih baik aku tidur daripada duduk library tu, sebab hasilnya mengecewakan aku. Sebab, kalau aku tidur pun kerja aku banyak tu jugak. Hahahaha.

Kesimpulan, tak suka lah group assignment. Kerja asyik nak bertekak je. Ngeh2.

17 July 2010

Airplanes

Can we pretend that airplanes in the night sky are like shooting stars
I could really use a wish right now

13 July 2010

Frequently Asked Questions

Baiklah, selama ni memang ramai gila orang tanya pasal braces kat aku. Contoh macam, kalau aku pergi pasar malam, nak beli cendol ke ape ke, mesti budak yang jual air tu nak tanya pasal gigi aku. Ok, fine. Tapi kadang-kadang rasa annoying juga lah bila tiba-tiba orang yang kau tak pernah kenal pun sibuk nak tanya kau buat gigi dekat mana. Soalan-soalan diorang macam biasa lah. "Sakit tak pakai besi tu?" "Buat dekat mana eh?" "Mahal tak?" Kemudian diiringi dengan pengakuan "saya pun nak pakai jugak, tapi.. eiii.. takutlah, macam sakit je?" Aku jawab pun ikut mood aku lah. Kalau tengah mood nak layan bercakap-cakap dengan stranger, aku jawab la sejujur dan penuh ikhlas. Tapi kadang-kadang, aku dah la penat baru lepas kerja, lapar lagi sebab tak lunch ke atau badan lemah sebab puasa, hehehe, aku suka cakap sakit gila pakai braces, korang tak payahlah berangan nak pakai. Hehehe. Malas betul aku nak layan budak-budak takut sakit ni. Hahahaha.

Tapi tadi, ada seorang classmate aku, perempuan Iran ni tarik tangan aku bila aku cakap yang aku nak balik bilik. Katanya, ada benda penting nak tanya. Siap bisik-bisik lagi. Rupanya nak tanya pasal braces. Ishh, perempuan ni cun sangat kot sampai aku terlupa nak tengok gigi dia. Hahaha. First time ni, ada orang bisik-bisik tanya pasal braces, dia macam segan sangat nak cakap. Aneh, tapi dalam masa yang sama aku geram, kalau aku cun gile macam dia, confirm aku tak heran nak pakai braces. Hahahaha. Eh, tapi mesti aku buat juga lah. Ngeh2.

12 July 2010

Cakap-cakap JB

Dah genap 5 hari aku tak tengok TV! Penting ok statement ini. Hahaha. Dulu zaman UKM pun aku ada TV sendiri dalam bilik. Huhu. Pysad, takde TV lebih ke kat rumah? Ngeh2.

Sebab dah takde TV, terpaksa menghiburkan diri dengan radio dan nasib baik aku ada broadband. Boleh layan tenet sampai lebam. Tapi, kadang-kadang broadband pun slow macam siput, terus rasa nak tidur walaupun takdelah nak tidur sangat. Oh, benci aku dengar Johor FM ni, boleh pulak si tikar terbang buat ucapan utk tunang tersayang, lepas tu si tunang pulak call pergi buat ucapan untuk si tikar terbang. Korang call antara satu sama lain je tak boleh ke? Aku menyesal sebab terdengar. Pfttttt..

Eh, malam tadi aku rasa terdengar printer aku buat cleaning pukul 1 pagi. Apa kejadah tah? Ada hantu ke? Aku terus off suis, aku yakin yang bukan aku pergi usik printer tu.

So, pagi tadi aku dah start 1st class. Rasa aneh pulak. Dah lama tak jadi pelajar. Huhu. Dahlah lecturer aku cakap banyak gile pasal benda-benda yang aku rasa tak berkaitan pun dengan subjek. Hahahaha. Aku penat bila kena paksa berfikir. Ngeh2.

Benda paling tak best adalah, subjek elektif universiti menyebabkan mungkin aku kena ambil sampai 23 kredit sem ini. Hoho. Tapi aku boleh pilih sama ada nak buat sem ini ataupun sem depan. Aku dah rasa nak drop dah subjek tu. Sebab aku rasa macam leceh. Bertahan je lah nampaknya.

Well, kadang-kadang aku rasa tua je bila kat sini. Eh, tadi ada pak guard tanya aku kerja kat TV9 ke? Katanya, muka aku macam biasa tengok. Tapi, bila ada seorang budak perempuan Cina tanya aku student 1st year fakulti mana, aku yakin yang aku awet muda! Syg, jangan jealous please... Hahahaha.




07 July 2010

Rasa tak best

Sial ah! Rasa menyesal pun ada sekarang ni. Tak best langsung perasaan macam ni. Siap kene bebel dengan mak ayah lagi. Tapi sekarang aku rasa tak suka. Macam nak pergi cancel je semua aku buat tadi. Shit.

06 July 2010

Mentor ke protege?

Akhirnya, terjawab juga teka-teki siapa juara Mentor semalam. Ish, Mentor ni dah makin bosan dah. Macam biasa, tepat jangkaan aku yang si Mohd tu jadi juara. Tapi tu lah kan, bagi aku dia tak ada gaya juara langsung, suara ok lah, tapi kalau nak jadi juara memang out lah. Macam ada kureng sikit lah. Aku yakin yang ramai vote Mohd ni sebenarnya peminat-peminat fanatik Ziana Zain je. Kalau dah fanatik, tak kesah lah protege tu macam mana sekali pun, yang penting undi tetap masuk. Gila bosan weh! Lepas ni, kalau Mentor ada season baru, tak payah lah panggil Ziana Zain lagi. Cuba panggil Siti Nurhaliza pulak. Confirm protege dia yang akan jadi juara. Wah, dah macam mentor-mentor pulak yang bertanding, bukan protegenya.

01 July 2010

Apehal ada je benda leceh macam ni?

Ok, aku nak mengeluh lagi! Geramlah, aku rasa aku kena pergi buat kad matrik baru. Sebabnya kan dekat belakang kad matrik tu ada macam bar kod, dan yang aku punya, bar kod dia adalah sangat pendek macam tak habis dan yang paling penting, scanner tu tak boleh read! Haihh, kenapa lah aku selalu kene benda-benda macam ni. Penting sangat ke bar code tu dekat UTM ni? Ada sesape boleh tolong bagitau tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails