Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

18 January 2010

Realiti sebenar kursus kahwin

Akhirnya berjaya mengharungi 2 hari yang penuh dengan ceramah.

Nasib baik ada buku ni buat conteng-conteng hilangkan ngantuk.

Penat sangat ok, walaupun hanya duduk dan mendengar sahaja. Hari pertama tu, asyik menguap je sampai keluar air mata. Dapat bayangkan tak betapa boringnya aku duduk dalam hall tu dengar ceramah yang most of it, kita dah tau ataupun dah pernah belajar di sekolah. Hari kedua dah cool sikit sebab kadang-kadang ada penceramah yang macam syok-syok sendiri je bagi ceramah entah apa-apa. Contohnya macam ada seorang ustaz muda (kalau tak salah dia cakap dia lahir tahun 1986), so dia baru berumur 24 tahun dan BELUM BERKAHWIN tetapi menyampaikan ceramah untuk slot KOMUNIKASI SUAMI ISTERI. Aku adalah ragu-ragu dengan keupayaan dia menyampaikan ceramah berkenaan topik tersebut. Dan ternyata sangkaanku tepat sekali. Dia hanya mampu membaca slides dan berulang-ulang memberikan contoh yang sama. Itu pun samapai satu setengah jam nak tunggu dia habis. Haih..memang dasar syok sendiri je aku rasa.Tapi, tak semua la yang macam tu. Ada juga ustaz dan ustazah yang menyampaikan ceramah yang agak bermanfaat. Contohnya, baru pertama kali aku tau ada darah haid warna hijau. Ustazah tu siap nak describe hijau lumut la hijau daun ketupat la. Euww.. memang ilmu baru la bagi aku. Overall, aku rasa Kursus Praperkahwinan sekadar melepaskan batuk di tangga je. Bagaimanapun, niat pihak-pihak berkenaan yang mahu berkongsi ilmu-ilmu kepada bakal pengantin sebelum melangkah ke alam perkahwinan amatlah dihargai. Aku pelik juga sebab aku rasa  ramai budak-budak je yang datang kursus ni. Budak-budak yang duduk sekeliling aku baru berumur 20 - 21 tahun. Haih.. bagus betul budak-budak ni kan. Masa aku umur macam diorang ni, aku tak pernah fikir pun nk pergi kursus kahwin. Adakah budak-budak sekarang lebih gatal? Hahahaha


Nah, nikmati hasil usaha selama 2 hari! Cuba fokus dekat kertas putih tu, agak-agak boleh nampak tak?



Haa.. bangga siot dapat markah 100%. Dah lama tak dapat markah macam ni. Hahaha

9 comments:

  1. Anonymous8:34 AM

    kursus sampai conteng penuh buku.. hihi, me ari tu, terlelap jugak la...

    ReplyDelete
  2. apesaL aku tak kene peperiksaan

    ReplyDelete
  3. farra: yezza.. kalau tak, mmg dah lame terlelap. tu pon nasib baek die bg tempat nak conteng, kalau tak confirm penuh alas meja tu dgn contengan.. hahaha

    dibot: ko tak kena? aku pon tak paham, kat pahang ni ade test2 plak.

    ReplyDelete
  4. kt pahang je bosan kot..aku pg kursus kt kl best je.sume ustaz lawak2..

    ReplyDelete
  5. tu la.aku pon slu dgr tempat lawak2.aku nk g tempat ko la ilah!mgu depan.

    ReplyDelete
  6. ilah: maybe ko pg yg swasta kot. aku pg kt jaip je. kalau turn ustaz yg dah tue2 seronok sket dgr, tp bile yg muda2 tu, mmg saket hati sket la.

    pysad: ape? ko ingt g kursus kawen tu nk menghiburkan hati ke ah?? hahaha

    ReplyDelete
  7. wahh, yang bercomment2 di sini semue dah buat kursus kawen..aku tidak lah terpikir lagik mau buat kursus ni haa...

    adekah harus aku risau sume dah pg kursus kawen...

    ReplyDelete
  8. haha.. takpe ana, takpayah pg dulu pon takpe, bile nk kawen br sebok2 nak pergi. ramai budak2 je yg pergi sekali dengan aku haritu.

    ReplyDelete
  9. tmpt aku pg tuh mmg best gile..ade sorg je kot ustaz yg x best,yg lain sume ketawa smpi nanges2(ok,ni dh tipu :P)..tp serius mmg lawak dan x ngantok..

    aku pg kt pusat bndr damansara,tmpt aku keje dulu

    ReplyDelete

Aku terima je korang cakap ape pon!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails