Pagi tadi semasa drive, rasa obses sangat dengan side mirror. Haha, bunyi gila sikit kan. Tapi, memang tak tipu la. Rasa macam nak pandang je setiap masa dekat side mirror belah driver tu, sampai one time tu terleka tak pandang depan pun. Tak tau apahal rasa tak nak lepas pandangan dari side mirror yang satu tu. Sekali, petang tadi, terlanggar side mirror kereta orang pulak. Haih, before nak berlaku perlanggaran tu, ada juga terdetik dalam hati..macam rasa nak terlanggar je side mirror kenari merah yang parking sebelah jalan ni. Macam biasa la buat tak layan je suara-suara hati ni. Huhu. Lepas tu, tau-tau je dah bergesel dah side mirror. Demm la! Dah tak virgin dah myvi aku. Eh, jap..memang tak virgin dah pun kot. Complete set! Dua-dua belah side mirror aku dah pernah geselkan. Demm!
No comments:
Post a Comment
Aku terima je korang cakap ape pon!