Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

26 October 2010

Bosan nak buat kerja

Ish, apalah pelik2 sangat ni. Semalam dengan hari ni, dapat message kat fb pasal ade orang nk berkenalan. Macam buduh je, sbb tah mana-mana tah dtg manusia pelik tu. So, aku pun pergi Google nama sendiri,. Konon-konon nak check kot2 ada orang iklankan profile fb aku kat website cari jodoh ke apa kan. Hehe. Sekali terjumpa website yang member aku buat masa matriks. hahaha. Nak tau apa diorang tulis pasal aku? Eh, tapi masa matriks, aku tak tau pun ada orang buat website nih. Kira aku baru tau la nih. hehe

Let's get to know about our pretty secretary, Sharifah Fathiyah from Negeri Sembilan. She's a very intelligent student and friendly with others. All the girls love her because she's always had something funny to say. 
Komen aku: Aku secretary ke? bila masa? Hahaha, Nasib baik panggil aku pretty. Sejuk hati sikit! 

07 October 2010

Seluar kecik, kasut besar


Bukan kaki aku. Kaki aku tak cukup kayu macam ni ok. Hahaha. Sebenarnya nak meluahkan perasaan sebab tadi ternampak seorang mamat yang pakai sebijik gaya macam kat atas ni. Fesyen macam ni, aku boleh terima perempuan je pakai. Bila orang lelaki pun dah mula nak ikut gaya macam ni, aku rasa dah macam pondan pulak. Yelah, lelaki kan mana boleh pakai seluar ketat-ketat. Tak bagus untuk kesihatan kan. Tapi budak yang aku nampak tadi, kasut dia lagi besar dari kasut kat dalam gambar atas ni, Warna hitam, jenis yang lebih kurang macam dalam gambar, tapi dekat tumit dia lebih tinggi. Kasut yang dia pakai serupa macam safety shoes je. Hahahaha. ok, tu je review fesyen pelik di sini. Banyak lagi fesyen aneh yang aku simpan dalam hati, yang ni kira dah paling tak tahan lah. Hehe, bai!

03 October 2010

Formula alternatif untuk pemberian jumlah hantaran

Formula kira hantaran Pysad tu tak best lah. Sebab siap ada diskaun bagai. Cuba tengok wedding si Jimmy Shanley ni.

Baju Jimmy tu nampak macam lain dari baju melayu biasa kan. Fokus kat bahagian dada tu. Hehe

Tapi aku bukan nak cakap pasal baju. Topik utama aku adalah:

Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir pengantin perempuan iaitu pada 31 Januari 1986. Ketika ditemui selepas akad nikah selesai, Jimmy memberitahu dia berasa gugup semasa melafazkan nikah kerana julung kali berbuat demikian.
Sumber:    Izyan.com

Memang woww lah kan. Bagi duit hantaran sempena tarikh lahir. Come on Pysad, dari RM14000, baik dapat RM22 185. NA pasti boleh!

02 October 2010

Dari kakak kepada adik

Hoi, dah pakai laptop aku, tak reti sign out, nasib lah gue dah jumpe blog lu. Muahaha.


Tengoklah, betapa kuatnya berangan, belajar pun tak habis lagi. eh kejap, boyfriend pun takde, yang ade, (bekas?) boyfriend muka jambu tapi kuat menipu tuh je, ada hati mau bertunang ye. hahahahaha
Kesian adik aku nih. Bulan disember konon, tapi tak tau tahun bile ye. Hahaha. Aku report kat mak la camni. Ngeh2

Of my inspiration - nikah attire

Uhuk2, bangun pagi terus bersemangat basuh baju segala. Pakai washing machine lah kan, walaupun kena bayar rm2.50. Oleh sebab agak mahal, jadi memang patut lah aku kumpulkan baju biar penuh machine tu. Baru rasa value for money kan. Ngeh2. 

Eh, eh, apakah cerita pasal basuh baju nih. Well, actually I've  already sent my fabrics to my tailor. wow, my tailor eh? Haha, tailor yang selalu jahit baju-baju kurung aku yang biasa tu adalah mak aku je. Tapi mak aku jahit baju kurung je lah, dengan langsir rumah kalau dia rajin. Depends pada tahap kerajinan dan kebosanan dia lah. Agak-agak die rasa bosan die menjahit lah, kalau tak takde die hadap pun mesin jahit tu. Macam best lah bila mak pandai jahit ni, selalu balik-balik rumah je, mesti mak siapkan baju kurung baru. Yelah, aku dah beli lama gile kain tu. Kadang-kadang sampai lupa dah macam mana rupa kain die. Hehe. Walaupun lambat sikit siapnya, tapi macam rasa best asyik dapat baju baru je. Dulu-dulu masa kerja kat UMP ramai je orang jeles tengok setiap kali aku balik Seremban je, bawak set baju kurung baru. Tak tau nanti bila dah kahwin, mak aku nak jahit lagi ke tak baju-baju aku.

Back to the topic, my nikah attire's design would be something very simple. Furthermore, I didn't hire any top/famous designer to design/sew it. Haha. Kalaulah aku ada duit berkepuk-kepuk, confirm aku upah mereka kot. My tailor is just an ordinary (read: sweet) Chinese lady whom I always go to since last 2 years kot. She's the one responsible for all my kebaya's n modern kurung. Yelah, mak aku hanya jahit baju kurung normal je. Fesyen-fesyen ni dia malas. Susah kata dia. Hehe. Well, I always like all her baju-baju that she made for me. As for my nikah, attire,  although she suggested something else, but finally she's agreed with my ideas ( with references, of course). Gambar-gambar yang aku koyak dalam majalah tu pun aku tinggalkan dekat dia. Sengaja, walaupun aku rasa dia faham dah apa aku nak. Hehe.

Anyway, in my dreams, I wish it would be something like this.






However, minus the fact that mine wasn't chiffon and I kinda hate the "kain meleret-meleret" for nikah. Hahahaha

01 October 2010

Jalan-jalan tapi tak cari makan pun

Penat je drive jauh-jauh sebab konon nak pergi buat HIV test lah kan. Sekali bila sampai je, klinik tu cakap, mana borang? Ish, apahal lah pulak kan. Aku ingat kat klinik mesti lah ada borang kan, sebab pejabat agama NS tak bagi sekali pun. Diorang suruh ambil kat klinik. Sekali rupanya kat Johor ni bukan macam tu eh. Apakah? Aku drive jauh ni. Haishh, buang masa dan tenaga aku betul lah. Kalau aku tau, mesti aku tak bersusah payah macam ni. Gigih pula tu kan pergi hari ni, sebab bajet busy je hari-hari lain. Dalam minggu ni, hari Jumaat ni je lah yang aku kurang busy sikit. Hehe. Satu hal pula aku nak pergi beli borang tu kat pejabat agama Johor kan, kenapa lah tak boleh download je. Ke nak buat kat Seremban, masalahnya, entah bila lah aku nak pergi buat kat Seremban tu kan. Setiap hari dari Isnin - Jumaat aku ada kelas kot. Ke nak biar buat lambat-lambat. Tapi kang, segala jenis orang nak datang bebel-bebel kat aku pula kalau aku tak settle cepat-cepat. Nanti-nanti lah aku fikir. Kan bagus kalau letak je borang HIV tu kat klinik, yang pergi letak pejabat agama buat apa. Macam lah boleh buat test dekat pejabat agama tuh. Huhu. Susah betul bila lain negeri, lain prosedur ni. Buat seragam kan senang! Siapa setuju?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails