Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 June 2010

First day in JB!

Bohong gile Pysad cakap JB udara segar? Mane ade, Pahang lagi segar ok! Hehe. Semalam dah register jadi student dah. Haihh, walaupun tak ramai sangat orang, tapi tak berapa lancar la (berdasarkan apa yang jadi kat aku). Dahlah aku disponsored, tapi stuck pulak dekat kaunter Bendahari. Ada ke patut cakap kat aku yang course aku tak wujud. Fine, aku tau lah yang ni course baru, tapi takkanlah sampai rekod tidak wujud. Jenuh aku kene tunggu diorang settle kan benda tu. Bukan tu je, kaunter buat kad matrik pun sama. Aku peliklah apasal orang-orang yang ambil  gambar before aku semua dah dipanggil nak buat semakan before diorang print kad matrik tu kan. Bila aku tanya je, diorang cakap borang aku takde. Haihh, malas lah nak mengamuk, nasib baik orang yang tekan kamera tu ingat muka aku. Entah apa-apa je diorang ni. Banyak main sangat! Geram, sebab kena tunggu lama dan lapar pula tu. Tahap kesabaran dah makin menipis dah. 



24 June 2010

Lagi-lagi Fasha! Booo..

Hahahaha. Aku gila bosan weh duduk rumah ni. Nak menghiburkan diri sendiri, terpaksa ambil tau pasal industri hiburan tanah air..chewahh! Kesian weh dengan makcik Fasha ni, dah desperate sangat kot nak kembali glamour macam zaman dulukala sampaikan sanggup buat publisiti murahan macam ni. Sedarlah weh, takde siapalah nak berebut jantan dengan kau. Tak tahan betul dengan benda ni.


PELAKON Almy Nadia mengaku hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz agak terganggu apabila timbul desas desus kekasihnya itu turut menjalinkan hubungan dengan pelakon Tizz Zaqyah.
Almy berkata, dia juga terkejut apabila mendapat tahu Tizz dikatakan turut mengganggu hubungan Fasha dengan Rizal Ashram Ramli, bekas suami Nora Danish.
Bagaimanapun kata Almy, sebelum berita tersebut tersebar, dia dan Fizz telah terlebih dahulu menyelesaikan perkara tersebut dengan sebaik mungkin.
“Sewaktu mendengar berita ini, saya telah menghubungi Fizz dan pada mulanya dia agak berang dengan apa yang berlaku tetapi akhirnya masalah yang terjadi itu dapat diselesaikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Fizz Fairuz memberi amaran kepada pelakon Fasha Sandha agar tidak mengaitkan dirinya dengan Tizz Zaqyah semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.
Fasha dalam sebuah akhbar dikatakan membuat kenyataan menuduh Tizz sebagai individu yang bertanggungjawab mengganggu hubungannya dengan Rizal Ashram selain cuba menggoda Fizz Fairuz. Perbuatan Tiz itu dikatakan turut menyebabkan kemarahan Almy Nadia.
Kata Almy, dia tidak menafikan sebelum ini Fasha pernah bertemunya dengan Fizz untuk mengetahui konflik hubungan melibatkan Tizz Zaqyah itu tetapi mereka enggan masuk campur.
Bagaimanapun, ketika ditanya tentang hubungannya dengan Tizz itu, Almy enggan mengulas mengenainya.
"Saya tidak kenal Tizz dan tidak pernah berjumpa dengannya. Saya kenal dia pun sebab kontroversi ini tapi saya tidak mahu komen tentang dia.
"Pada saya buat apa mencampuri urusan mereka. Mereka bergaduh berebut lelaki, kenapa nak mengaitkan saya dan Fizz dalam hal ini?" soalnya yang terkilan dengan kontroversi tersebut.
Credit: mStar
Come on ah Fasha, cari idea lain ok. Aku rasa semua orang dah muak kot dengar cerita pasal kau nak berebut jantan.

18 June 2010

Huh, kelindan?

Lokasi: Rumah
Masa: Pukul 8 (Lebih tepat, lepas makan malam..heh)

Seorang pemandu lori terbunuh manakala kelindannya cedera parah selepas tertimpa timbunan beras dalam kemalangan di KM 265.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Jelapang, awal pagi ini.

Sejurus selepas itu,
Budak A: Kelindan tu ape?
Budak B: Kelindan tu orang yang naik atas lori.

Untuk makluman, seorang 22 tahun, dan seorang lagi 17 tahun. Haihh, adik-adik aku. Hahahahaha

08 June 2010

Nak yang nipis dan hebat tak?

Paling hot kot. Syg, jom teruja bersama-sama. Haihh, bila nak beli ni? Dengar cerita September ni sampai Malaysia. Hahahahaha.



06 June 2010

Mari cakap pasal Lagenda Budak Setan

Okeh, tengok title dah tau aku nak cakap pasal ape kan. Yeah, right. Aku sendiri pun tak sangka akan tengok cerita ni pada 3 Jun yang lalu. Yelah, apahal entah tetibe bersemangat sangat kan. Buku tu pun aku bukan baca sampai habis. Dulu-dulu masa sekolah kan, mana mampu nak beli-beli novel-novel cinta camni. Pinjam jelah yang mampu. Turn after buku tu pun panjang gile kot, so rasenya aku curi-curi baca je buku tu. Hahahaha.

Pendapat aku lah kan, cerita ni tak best langsung. Bosan! Ke sebab aku tak baca buku tu kot so aku rasa tak menarik langsung. Macam banyak sangat plot cerita nye. Kejap-kejap nak rasa cinta-cinta, pastu nak sedih-sedih tengok kene dera, pastu tukar muka lah , matilah. Letih ok! Tapi, panggung memang full house beb! Tapi, aku rasa aku lagi banyak gelak je kot dalam tu. Macam entah pape je. Story dah best dah rasanya, cume mungkin pengarahnya tak hebat, kurang kreatif. Hehehe, yes, memang sesedap rasa nak cakap kan macam pengkritik bebas dah rasa.

Banyak sangat elemen-elemen tak logik. Aku tak suka pengganti Ayu bila dah bertukar rupa tuh. Cariklah pengganti yang kulit cerah jugak kan, Tak macam pelik ke kalau fikir, sebelum Ayu satu badan putih, bila dah tukar muka, satu badan tak putih sangat. Hahahaha. Yang part, "aku nak pergi Australia petang ni" tu pun tak boleh blah. Baru je cakap, terus dah nak blah! Raja Farah yang semangat menangis masa Ayu nak kahwin tu pun apahal kan. Haihh, memang banyak konflik emosi dalam cerita ni. Penat juga lah mengomel kat dalam panggung. Ngeh2.

Apapun, siapa-siapa yang memang minat gile novel ni dulu, bolehlah tengok. Tapi kang, takut-takut pulak korang hampa kang. So, sebolehnya, janganlah high expectation sangat okeh! Layan je.

*Que memang best dalam cerita tu. Yang lain-lain normal je. =) 

01 June 2010

Bodoh CIMB bodoh!

Bodoh betul CIMB ni! Nak buka akaun baru pun tak nak bagi. Polisi bodoh apa tah nak kena bawak bil air/elektrik pulak kalau alamat IC lain dengan bank yang kita nak buka akaun tu. Apa motif tah buat polisi bodoh macam ni. Menyusahkan orang lagi ada lah. Bengap sangat ke apa? Sekarang kan orang dah kerja merata-rata negeri, kan ke bodoh namanya kalau nak kena balik kampung semata-mata nak buka akaun bank. Memang dasar bodoh betul CIMB. Cepat bankrap la weh, benci aku ada bank tak berguna macam ni!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails