Hari ni penat sebab baru sampai Seremban pagi tadi. Lepastu baru ingat belum bayar duit kereta bulan ni. Maka dengan malas terus memaksa emak dan adik lelaki paling gemuk teman sekali pergi bank dan jalan-jalan sekitar Seremban sambil berbincang isu-isu semasa. Haha. Tapi kena pick-up adik perempuan pula dekat terminal dulu, sebab dia mengada-ngada nak balik lambat. Masuk je area Seremban, hujan turun mencurah-curah. Bila on je wiper, mula keluar bunyi-bunyi aneh. Demm! Wiper ni dah minta tukar la ni. Dekat Kuantan panas je sepanjang masa, tak sedar bila wiper mula berperangai begitu. Sakit jiwa juga semasa memandu kereta sebab wiper tak bagi servis seperti yangdiharapkan. Dan yang paling sakit hati, terpaksa beratur dekat 40 minit dekat mesin cash deposit. Jangan tanya sebab apa aku pergi cash deposit ye, sebab tu je satu-satunya cara yang ada. Aku dah cuba online banking, tak berjaya. Ada seorang pak cik yang annoying gila cuba deposit cash dia berpuluh-puluh kali tapi tak berjaya. Padan muka! Ok, fine lah dia nak deposit duit dua ribu lebih. Tapi kalau aku lah kan, bila dah lebih 5 kali try tapi masih tak berjaya, pastinya aku dah malu-malu dan akan beri laluan kepada orang lain yang beratur belakang aku. Tapi pakcik ni boleh buat lawak pula padahal orang-orang belakang dah mula bengang. (Mesin cash deposit ada satu je kat branch bank ni). Setelah berpuluh-puluh kali mencuba (aku dah lost count), sebab aku dah rasa nak pergi sound je pakcik ni (lembab sangat apehal,tak reti guna ke apa?!). Berkat kesabaran, aku tak jadi sound sebab akhirnya dia berjaya juga deposit kan duit dia dalam mesin bongok tu. Lega!
No comments:
Post a Comment
Aku terima je korang cakap ape pon!