Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

28 February 2010

Tips: Mahu tukar template blogger tanpa kehilangan link-link yang asal (widgets)?

So, kita (read: aku) suka pakai baju baru. Suka sangat tapi tak larat nak beli selalu. Ok, tiada kaitan tapi sebenarnya nak cerita bagaimana mahu tukar-tukar blog template tanpa kehilangan link-link yang ada di blog asal. Dah lama mahu letak tips ni, tapi baru malam ni sempat sambung tulis. I don't know if you noticed this, but Blogger already has a function that allowed you to keep your widgets when changing your template. 

Ok, selepas selesai memilih jenis template yang anda semua inginkan dan kemudian terus saja upload template tersebut, dialog box seperti ini akan muncul di skrin anda.
Benda macam ni kadang-kadang kita rasa leceh kan. Lagi-lagi yang macam malas nak baca nak belek satu-satu tu kan, so jangan panik dan klik "delete widgets" tau. Ini kerana jika anda klik button "Delete widgets", maka bersedialah kerana kesemua widgets/links yang ada di blog anda selama ini akan hilang buat selama-lamanya. Tapi jangan risau, apa yang anda perlu lakukan sebenarnya hanyalah klik pada button "keep widgets". Sebaik sahaja option ini dipilih, template anda akan bertukar baru dan yang lagi best, all your widgets/links masih kekal lagi bersama template blog anda yang baru itu! Memang cool kan?

Tapi, orang kata malang tak berbau kan? Sometimes, bila kerap sangat tukar-tukar template blog ni, even kita klik button "keep widgets' tu, something's odd happened right? For example, macam kes Ilah hari tu la. Untuk yang tak tahu, kes dia lebih kurang macam ni lah.

 
Image from Yummy Lolly. Tak sempat nak capture from real case hari tu.

Yeah! Memang sungguh annoying bila semua posts asyik berulang-ulang je kan. And, then when I checked on the page layout area, here's what I found:


Ok, sekarang baru aku faham kenapa the posts are keep repeating! Maybe, the new template had a "Blog Posts" area, and you also kept the "Blog Posts" area from your old blog. So, now you have two! 
 Ini yang anda perlu lakukan sekiranya anda mengalami masalah yang sama seperti di atas:

1) Macam biasa. Pergi dekat Layout > Edit Template HTML

2) JANGAN tick pada box "expand widget templates".

3) Sekarang masanya untuk uji kecekapan penglihatan anda. Scroll down through the code contents until you find this code:     

Now, anda semua boleh nampak yang anda dua blog posts (each labelled differently, Blog1 & Blog2) on the code right? So, inilah punca masalah tadi. 

4) Jadi sila delete salah satu (sama ada Blog1 atau Blog2). Delete the entire line (as highlighted above). Juga tolong pastikan anda tidak tersalah delete kedua-duanya sekali ye. Ini penting!

5) Save.

6) Mesej ini akan terpapar di skrin anda yang seterusnya:


7) Klik "Delete widgets" sebab kita tak mahu the posts to be doubled up!

DONE!

p/s: Ilah, I hope this might help. Who knows if it happens again, and I wasn't around. Ngeh2.

27 February 2010

My hero!

Awww.. tadi first time dating dengan tunang! Haha.. terasa gedik pulak. Eh, jangan risau Pysad, aku tak rampas takhta, kau masih lagi Ratu Gedik terhebat abad ini! Kami memang tak hebat langsung dengan jalan di sekitar KL, jadi terpaksa menggunakan teknologi untuk ke sana sini. Tapi, teknologi ni pun ada masanya menyakitkan hati aku.Contohnya, bila dia bagi arahan macam, "Keep left! Keep left!". Aku pun bersungguh lah pergi tukar lane ke kiri, tapi bila jalan depan sikit, ada ke patut dia cakap, "turn right! turn right!". Ish, memang boleh menggelupurlah sebab tiba-tiba terpaksa tukar lane pula. Kejam. Dahlah aku bukannya biasa sangat dengan jalan-jalan kat KL ni. Anyway, terima kasih kat mak sebab bagi pinjam telefon ber-GPS itu. Mak dan ayah aku pakai handphone lagi canggih dari anak-anak dia, tapi tak pandai sangat guna. Hahaha. Nasib baik ada anak-anak yang celik teknologi ni. Ngeh2.

 
Dia lebih kurang hero lah hari ni. Memang jasamu dikenang lah!


26 February 2010

Not so lucky day

Hari ni penat sebab baru sampai Seremban pagi tadi. Lepastu baru ingat belum bayar duit kereta bulan ni. Maka dengan malas terus memaksa emak dan adik lelaki paling gemuk teman sekali pergi bank dan jalan-jalan sekitar Seremban sambil berbincang isu-isu semasa. Haha. Tapi kena pick-up adik perempuan pula dekat terminal dulu, sebab dia mengada-ngada nak balik lambat. Masuk je area Seremban, hujan turun mencurah-curah. Bila on je wiper, mula keluar bunyi-bunyi aneh. Demm! Wiper ni dah minta tukar la ni. Dekat Kuantan panas je sepanjang masa, tak sedar bila wiper mula berperangai begitu. Sakit jiwa juga semasa memandu kereta sebab wiper tak bagi servis seperti yangdiharapkan. Dan yang paling sakit hati, terpaksa beratur dekat 40 minit dekat mesin cash deposit. Jangan tanya sebab apa aku pergi cash deposit ye, sebab tu je satu-satunya cara yang ada. Aku dah cuba online banking, tak berjaya. Ada seorang pak cik yang annoying gila cuba deposit cash dia berpuluh-puluh kali tapi tak berjaya. Padan muka! Ok, fine lah dia nak deposit duit dua ribu lebih. Tapi kalau aku lah kan, bila dah lebih 5 kali try tapi masih tak berjaya, pastinya aku dah malu-malu dan akan beri laluan kepada orang lain yang beratur belakang aku. Tapi pakcik ni boleh buat lawak pula padahal orang-orang belakang dah mula bengang. (Mesin cash deposit ada satu je kat branch bank ni). Setelah berpuluh-puluh kali mencuba (aku dah lost count), sebab aku dah rasa nak pergi sound je pakcik ni (lembab sangat apehal,tak reti guna ke apa?!). Berkat kesabaran, aku tak jadi sound sebab akhirnya dia berjaya juga deposit kan duit dia dalam mesin bongok tu. Lega!

23 February 2010

Rahsia kulit cantik?

Lepas balik tengok volleyball petang tadi, terus singgah kedai makan sebab lapar sangat. Masa tengah-tengah tunggu order tu, sekali ada seorang perempuan ni datang kat aku. Aku punyalah mengantuk sampai aku ingatkan perempuan tu datang nak ambil order. Dengan yakinnya, aku pun jawab, "dah!". Rupa-rupanya, dia tanya aku ingat dia lagi ke tak. Part ni yang aku lemah ni, tiba-tiba tanya macam tu, mestilah aku buat muka pelik. Lepastu dia pun cakap nama dia siapa, and barulah aku ingat. Haha. Lemah daya ingatan betul dah ni. Eh, tapi kalau muka dan badan dia sama macam dulu, mestilah aku ingat lagi. Muka dia dah lain sangat dah sekarang. Seingat aku lah dulu, kulit dia hitam-hitam manis. Tapi, sekarang kulit dia dah bertukar jadi cerah, siap ada merah-merah lagi. Uishh..sekali pandang dah macam orang cina sebab pakej sekali dengan mata sepet dia tu. Badan pun dah naik sebab dah ada anak seorang dah. Tapi, still.. aku tergamam gila kot. Macam kena kejutan elektrik sampai tak terkeluar ayat nak cakap apa dah. Rasa macam segan-segan silu gitu. Ngeh2. Tapi, yang aku paling hairan tu, macam mana warna kulit boleh berubah? Bila dah beranak boleh dapat kulit cantik macam tu eh? Ishh..ni yang tak sabar nak ada anak ni..Lepas tu, bolehlah aku berlagak letak gambar dengan baby macam Feera buat tu. Siap ah Feera.. Hahahaha..

21 February 2010

Tips menggoda wanita

Oh, come on! Tips menggoda wanita? I don't remember having one in my blog. Kesian kau nak tau tips menggoda wanita ye? Well, if I have to.. First of all, apa tujuan kau nak menggoda wanita ni? Or in other words, adakah tips mahu menggoda wanita untuk *ehem,ehem* atau mungkin kau mahu tips mengurat wanita bujang? Hmm.. Dan lagi satu, sila jangan menggoda wanita yang bersuami ok. Sila goda wanita bujang sahaja. Muaklah baca dalam suratkhabar pasal jatuh cinta dengan isteri orang? Bangang ke apa? Macam, hoi.. yang ko gatal nak mengorat perempuan yang dah bersuami tu buat apa kan? Oh, tiba-tiba emo. Baiklah, let's get back to the topic. I might not the expert in giving this tips, but frankly speaking..of all the others tips on "menggoda wanita" that you can easily googled nowadays, the best one (and actually works for me!) is actually very simple. You just have to be yourself. I believe that's not that hard right? Well, women (or me?) loves a man for himself, not others. Sebabnya, walau sebagus dan sehebat manapun kau cuba berlakon jadi apa/siapa yang perempuan yang kau gila-gilakan tu nak, it just won't work out. Lama-kelamaan your true colours akan keluar juga. So, just be brave and confident, and start hitting on your desired girl, yeahh! No more tips bebeh!

Semalam yang hangat



Semalam pergi membuang masa tengok cerita ni. Pagi-pagi lagi dah msg si akid nak ajak tengok sekali, tapi dia sombong pula tak reply. So, aku pergi dengan housemate je la. Dah petang baru die call and bagitau tak check hp, cehhh..geram betul. Nasiblah, sebab aku pun malas nak call. Bil bulan lepas dahlah banyak daripada biasa, jadi bulan ni konon-konon nak berjimatlah. Ngeh2. Oh, btw, Valentine's Day is so boring! For anyone who haven't watch this movie yet, please do not do so (Warning ni!). The stars are great! Jessica Alba is hot as always. Patrick Dempsey pun boleh bikin cair. It's just a typical love story. Too much stars, too much love stories.. and the stories are not even related with each others. Tapi, bolehlah tengok kalau dah bosan sangat tak tahu nak buat apa kan. 5 stars out of 10 should be good enough. Mood lepas keluar wayang: Happy sebab dapat pergi makan! Lama sangat tahan lapar. Hehe

16 February 2010

It's not the end..it's the beginning!

Haha. Finally boleh rasa lega bila majlis pertunangan sudah selesai. Eh, kejap je lega, sebab lepas ni mesti kena pecah otak balik sebab lagi banyak kot nak kena fikir. Contohnya macam nak pilih warna tema atau design baju. Uuuu.. kalau aku nak tema warna-warni boleh tak? Macam warna pelangi? I appreciate colours, ok. Ngeh2. Ayah aku kantoi nervous masa hari nak bertunang tu. Contohnya, baru pukul 10 pagi tapi dia dah bagi arahan suruh bancuh air untuk orang datang. Mak aku cakap layankan je, sebab ayah  sendiri yang nak minum tu sebenarnya. Hahaha. And, ayah asyik cari mak je sepanjang masa (mak aku cakap ayah mengada-ngada, haha). Oh, ayah aku memang mati kutu few days before the event. Tapi bila dia dah dapat idea, bukan main lagi sengih je sepanjang masa. Entah macam manalah pulak diorang ni bila time aku menikah nanti eh? Ngeh2.


15 February 2010

Sneak peek of my E-day!

I just have to upload this photo. Damn comel lah! At least, I think it's cute.
 
Tgk orang tu tengah tekun membelek burung dekat hantaran tu. 

11 February 2010

Kaki bodek

 
My student did this for me, during lab session yesterday. Haha. Mereka memang suke bodek aku. Memang banyak main betul budak ini. Lain orang suruh, lain yang dia buat. Tapi aku suka je sebab cakap aku cute. Ngeh2. Budak-budak ni memang alert kalau aku pakai style tudung lain sikit je. Mula lah macam-macam komen keluar. Dah macam pengkritik fesyen aku je.

06 February 2010

Am I that old?

Adakah aku dah tua bila aku rasa semput masa nyanyi 2 buah lagu Taylor Swift malam tadi? Haihh, susah ok, terkejar-kejar nak bernafas nyanyi lagu dia ni. Pelik betul sebab dia nampak tenang je bila nyanyi. Kenapa aku tak setenang itu? Mungkin perlu lebih banyak latihan lagi ni. Ngeh ngeh. Yang penting dapat lepas gian nak berdangdut setelah sekian lama. Oh, seronok pula bila sesi karaoke kali ni tak disertai lelaki-lelaki. Tapi, macam bodoh bila tiba-tiba lupa cara pilih lagu guna remote tu. Yelah kan, biasanya ada orang lain yang pilihkan lagu. Aku tinggal nyanyi je.

04 February 2010

Can I f*** you today?

Why? Is Saiful so damn stupid or what?. Kalau kau 'marah dan takut', yang kau pergi masuk bilik tu apahal? Kaki kau kena ikat ke sampai tak boleh keluar dari kondo tu. Buka baju, mandi dan pakai tuala tak nampak langsung macam orang yang marah dan takut. Sampai bila nak jaja cerita tak masuk akal ni?

Beban melampau

Dah dah. Tak best dah jadi pensyarah. Aku nak pergi angkat fail-fail kat bilik mesyuarat ni. Bodoh betul, dah setaraf office boy dah rasa. Demm!

Bila dah bosan

 
 

 
 
Tak rasa lawak gila ke? Ingat boleh dapat untung ke dengan wujudkan fan page yang macam ni. Ingat duit diorang berkurangan ke bila ada fan page ni? Aku yakin, hanya orang yang bosan je sanggup buang masa buat benda ni. Entah apa-apa je.

Aku tak minta, orang dah bagi

 
Terima kasih sangat-sangat kepada orang yang keluarkan senarai ni sebab bagi aku gred 45 (Pensyarah). Confirm ramai yang jealous ni kat aku. So, syg.. I dah tak payah buat master la kan? (Berangan selagi mampu!)
 
Belum apa-apa, dah ada orang cemburu. Haha

01 February 2010

Just because I like it longer

Why I like it longer?


They says, the longer the better! Don't believe me? 

The tall girl = long legs + long body = ATTRACTIVE
The short girl = short legs + short body = UNATTRACTIVE

And, because it's sexier if it's longer!
Flat chest = tiny (no?) cleavage = NOT SEXY
Larger chest = long (huge/deep) cleavage = SEXY

Now, don't you wonder what it is all about. OK, it's time to reveal the 'Supermodel' phone.
This is sexier than those girls and boobs right? Now, did you get what I mean? (*wink. *wink)

And also, because it's more controversial than ever.

  
  
 
Well, some says the longer, the merrier, aren't they?

Finally, it's all because I can't find any other reason of why can I not like it longer. sigh.




Fall in love at first sight. I guess first impression does matter, after all. 

*picture credits to Google and LG

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails