Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

31 January 2010

Hati rasa macam kena lanyak lori

Pernah rasa bodoh? Lagi teruk rasa diperbodohkan? Kenapalah dari kecil lagi dah diajar untuk buat baik dengan semua orang. Aku rasa semua tu mengarut. Sebab bila dah dewasa ni, baru aku sedar yang memang betul rupanya kita kena buat baik berpada-pada. Lagi-lagi orang macam aku, yang cepat lupakan benda bukan-bukan  yang orang dah buat dekat aku. Dan yang cepat lembut hati bila ada orang merayu-rayu minta tolong. Seboleh-bolehnya aku nak buat juga sedaya upaya aku. Sebab bagi aku, orang yang minta tolong ni dah jatuhkan air muka dan maruah dia untuk minta pertolongan daripada kita. Jadi, apalah salahnya kalau kita cuba bantu dia selagi boleh. Dan lagi satu, aku selalu ingat yang bila kita buat baik dengan orang, nanti kemudian hari orang tu juga akan buat baik dengan kita balik. Percayalah, semua  tu mengarut. Aku memang bernasib malang sebab asyik jumpa dengan manusia yang selalu lupa diri macam ni. Sepatutnya bila dah berkali-kali terkena, aku mesti ingat kan. Sebaliknya, aku tetap lupa dan asyik kena lagi dan lagi dan lagi. Macam aku ni tak pernah belajar dari kesilapan sendiri. Bilalah aku ni nak serik. Kadang-kadang niat kita baik nak tolong orang sebab dia tengah susah masa tu. Tapi bila dia dah senang, dia lupa semua benda. Lagi pijak kepala ada la. Haih. Manusia memang mudah lupa. Eh..memang betul lah Melayu mudah lupa. Shit!

30 January 2010

Pasal makanan percuma

Aku baru pulang lepas pergi majlis perkahwinan anak kawan ayah aku. Mari buat ulasan sedikit.

Yang sedap:
1.Makanan boleh tahan sedap. Menu macam biasalah. Ada nasi putih, nasi minyak, ayam goreng, rendang daging, pajeri nenas, dalca dan tembikai.
2.Lokasi juga sesuai dan mudah untuk diakses. Banyak tempat letak kereta, ada ruangan solat dan tandas.
3. Dekorasi khemah dan pelamin yang menawan.
4. Ada kambing panggang dan cendol.

Yang kurang sedap:
1. Tiada penyambut tetamu. Tak kisah pun kalau tiada, tapi sekurang-kurangnya letak la petunjuk arah  bagaimana hendak ke dining area. Hampir kesemua tetamu terpinga-pinga dan tidak tahu jalan masuk ke ruang makan. Akhirnya terpaksa lalu lalang di kawasan katerer menyediakan makanan. 
2. Penggunaan meja bulat di bawah khemah adalah tidak praktikal langsung. Pada aku, meja bulat menggunakan ruang yang banyak. Lagi-lagi bila kenduri dijalankan pada waktu malam. Di mana hampir kesemua tetamu akan datang serentak pada masa yang sama. Jadi, tidak semua tetamu berpeluang makan di meja makan yang disediakan. Aku angkut kerusi sendiri dan pergi duduk kat belakang khemah je. Nasib baik makanan sedap.

Nah, layan gambar sikit.
 
Pasangan pengantin dari jarak 5 meter. Tak clear sebab pakai kamera telefon je.

 Pandangan belakang kumpulan muzik yang memeriahkan suasana.

Kesimpulan: Aku tak kisah pergi kenduri kahwin macam ni, asalkan makanan sedap. Tu je yang penting, sebab aku tak kenal pun pengantin tu siapa (Walaupun ayah aku cakap, pengantin perempuan pernah pergi interview JPA sekali dengan aku. Memang aku tak ingat langsung dah). Mungkin aku boleh berangan nak buat majlis aku kat sini nanti. Haha.

 
Well, yang paling geli, kene letak paling last. Haha

Don't wear panties if your love is true?

Bare your love this Valentine’s Day, female students urged

SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.
The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.
Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”
“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.
“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”
Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.
“We will know how many by Valentine’s evening.”
State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:
“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”
Female students urged? Siapa yang urged? Tak cakap pun siapa kan. Bodoh! Tak habis-habis nak jadi bodoh. Dengan kempen-kempen bodoh sebegini. Budak-budak Melayu sekarang ni semua benda bodoh pun diorang nak ikut. Ok, dalam setiap ayat aku ada perkataan bodoh. Apa motif tak pakai panties untuk boyfriend? Bukan suami kau pon, bodoh!

27 January 2010

Ana Tanzizi




Ana Tanzizi! Sila ambil perhatian. Kau ada peminat misteri ke apa ni? Tadi aku tengok-tengok keyword analysis kat akaun Nuffnang aku. Rupa-rupanya ada orang telah mengGoogle nama kau. Memang popular la kau sekarang. Dah ala-ala artis dah. Btw, siapa yang Google "Ana Tanzizi" tu cepat ngaku. Eh, ke kau sendiri yang Google nama kau?

26 January 2010

Yang sudah tu sudah lah

Tak kesian ke dekat mamat ni? Semua orang dah tau cinta kamu, kamu dan kamu tidak kesampaian. Jadi, forgive and forget lah. Tak payah dah nak mengungkit-ungkit kisah lama. Aku emo bila tengok perempuan-perempuan cantik berperangai begini.


*Credit for the picture dan lagi cerita menarik di sini dan sini.

25 January 2010

Walaupun dah tak virgin, tetap hot

Pagi tadi semasa drive, rasa obses sangat dengan side mirror. Haha, bunyi gila sikit kan. Tapi, memang tak tipu la. Rasa macam nak pandang je setiap masa dekat side mirror belah driver tu, sampai one time tu terleka tak pandang depan pun. Tak tau apahal rasa tak nak lepas pandangan dari side mirror yang satu tu. Sekali, petang tadi, terlanggar side mirror kereta orang pulak. Haih, before nak berlaku perlanggaran tu, ada juga terdetik dalam hati..macam rasa nak terlanggar je side mirror kenari merah yang parking sebelah jalan ni. Macam biasa la buat tak layan je suara-suara hati ni. Huhu. Lepas tu, tau-tau je dah bergesel dah side mirror. Demm la! Dah tak virgin dah myvi aku. Eh, jap..memang tak virgin dah pun kot. Complete set! Dua-dua belah side mirror aku dah pernah geselkan. Demm!

22 January 2010

Tips order menu di Pizza Hut

Kalau nak pergi makan Pizza Hut, jangan teruja sangat dengan design menu dia yang baru ni.


Dan pastinya, hanya datang ke Pizza Hut dengan perut yang benar-benar kosong. Sangat penting sekali untuk membuatkan anda semua rambang mata dan rasa hendak memesan kesemua makanan yang kelihatan enak dalam menu tersebut.



Ni yang selalu keluar dalam iklan tv tu. Nampak macam sedap je menu no 12 tu kan? Tapi, sila lihat dan ingat betul-betul rupa ayam tersebut.

Setelah berpuluh-puluh minit menunggu, dan sehingga penat mulut mengomen mengenai kelembapan servis di cawangan Pizza Hut yang berkenaan. Maka, makanan yang ditunggu-tunggu pun akhirnya sampai.



Gambar ambil dari sini.

Sekarang, boleh nampak kan perbezaan gambar sebenar dan gambar yang diletakkan dalam menu tadi? Rasanya pula adalah seperti kepak ayam beku yang selalu jual dekat supermarket yang digoreng sendiri kemudian dicurah dengan sos yang pedas dan manis. Kesimpulan: tak sedap langsung! Jangan order ni lagi.
Benci betul aku, Pizza Hut sekarang kuat betul menipu.



20 January 2010

Loving mustard

I stumbled upon Thika's Versicle while blog hopping just now. I just love her style, clothes and almost everything about her! Tapi, yang paling memikat hati cuma yang ni je.





tengok! pakai dengan stokin pun masih hot.

Can't take my eyes off this shoe. Major love! Isn't yellow is the new black? Haha

18 January 2010

Realiti sebenar kursus kahwin

Akhirnya berjaya mengharungi 2 hari yang penuh dengan ceramah.

Nasib baik ada buku ni buat conteng-conteng hilangkan ngantuk.

Penat sangat ok, walaupun hanya duduk dan mendengar sahaja. Hari pertama tu, asyik menguap je sampai keluar air mata. Dapat bayangkan tak betapa boringnya aku duduk dalam hall tu dengar ceramah yang most of it, kita dah tau ataupun dah pernah belajar di sekolah. Hari kedua dah cool sikit sebab kadang-kadang ada penceramah yang macam syok-syok sendiri je bagi ceramah entah apa-apa. Contohnya macam ada seorang ustaz muda (kalau tak salah dia cakap dia lahir tahun 1986), so dia baru berumur 24 tahun dan BELUM BERKAHWIN tetapi menyampaikan ceramah untuk slot KOMUNIKASI SUAMI ISTERI. Aku adalah ragu-ragu dengan keupayaan dia menyampaikan ceramah berkenaan topik tersebut. Dan ternyata sangkaanku tepat sekali. Dia hanya mampu membaca slides dan berulang-ulang memberikan contoh yang sama. Itu pun samapai satu setengah jam nak tunggu dia habis. Haih..memang dasar syok sendiri je aku rasa.Tapi, tak semua la yang macam tu. Ada juga ustaz dan ustazah yang menyampaikan ceramah yang agak bermanfaat. Contohnya, baru pertama kali aku tau ada darah haid warna hijau. Ustazah tu siap nak describe hijau lumut la hijau daun ketupat la. Euww.. memang ilmu baru la bagi aku. Overall, aku rasa Kursus Praperkahwinan sekadar melepaskan batuk di tangga je. Bagaimanapun, niat pihak-pihak berkenaan yang mahu berkongsi ilmu-ilmu kepada bakal pengantin sebelum melangkah ke alam perkahwinan amatlah dihargai. Aku pelik juga sebab aku rasa  ramai budak-budak je yang datang kursus ni. Budak-budak yang duduk sekeliling aku baru berumur 20 - 21 tahun. Haih.. bagus betul budak-budak ni kan. Masa aku umur macam diorang ni, aku tak pernah fikir pun nk pergi kursus kahwin. Adakah budak-budak sekarang lebih gatal? Hahahaha


Nah, nikmati hasil usaha selama 2 hari! Cuba fokus dekat kertas putih tu, agak-agak boleh nampak tak?



Haa.. bangga siot dapat markah 100%. Dah lama tak dapat markah macam ni. Hahaha

Happy birthday Siti!

Agak lambat sedikit la, tapi better late than never, right? Minggu lepas kan hot cerita pasal handbag 40k siti nurhaliza tu. Aku pun teringin juga la nak tengok rupa beg yang harga sampai 40k tu kan.

Source from here.
Ini lah dia beg yang hangat diperkatakan tu. Tapi, pada pendapat aku la kan, takde la cantik sangat pun beg ni.. hahahaha..(adalah jeles sebenarnya!).

11 January 2010

Personal opinion!

Malas nak komen pasal AJL semalam. Aku suka je lagu Pergi yang Aizat nyanyi tu. Tapi macam nampak sangat kot juri pilih lagu tu pasal semangat 1Malaysia? wtf. Macam nak bodek je lagi. Aku memang tak paham dengan 1Malaysia ni dan memang tak nak siapa-siapa fahamkan aku. Haha.Muzik tak payahlah campur dengan politik. Bosan la weh. Lagi-lagi bila kadang-kadang tengok TV dan terdengar pembaca berita kat TV cakap "Selamat pagi dan salam 1Malaysia". Tak bodoh ke bunyinya? Salam 1Malaysia? Suka Yuna juga sebab nyanyi effortlessly. Tapi rasa macam dia ternyanyi awal kot. Sebab tu ada banyak sangat "oh bulan..oh bulan". Haha. And, btw, aku rasa Black tak patut menang Best Vocal. The award should goes to the Indian woman yang nyanyi bersama Aizat. She rocks! Lagi satu, Noh tu dah pandai berlakon sekarang. Buat lakonan mata camtu. Confirm memang ramai orang terpedaya dengan lakonan die kan. Oh, Amy Search and his wig? Nampak cute gak la weh!

05 January 2010

Bibir bak delima merekah?


Ok, ini bukan aku punya!
Nak tau apa aku buat setiap pagi? Biasanya, lepas gosok gigi, aku berus sekali bibir. Konon-konon nak skrub kan bibir la. Buat lembut-lembut je, jangan kasar-kasar kang berdarah pulak! Marilah cuba, rasanya boleh dapat bibir macam kat atas tu.

04 January 2010

Khas buat pysad dan feera

Feera nampaknya telah mengikut jejak langkah kau dengan memprivatekan blog dan delete facebook. Kuat betul pengaruh kau nampaknya. Haha! Feera, dah-dah la men'psiko'kan diri, mari kembali ke dunia teknologi tanpa sempadan ni!

I won USD 800 000!

Just checked my inbox, and I found this.


Hisshh.. Asyik dapat benda bukan-bukan macam ni je. Kalau betul menang USD 800k takpe jugak, boleh pergi shopping. Eh eh, tapi dia kata aku menang loteri, uiish.. tak mau la.. duit haram!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails