Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

26 January 2011

Senyum


Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Kalau dengar sendiri dalam kereta memang boleh tersenyum-senyum. Biarlah orang nak kata gila pun sebab tiba-tiba tersenyum-senyum kan. Disebabkan berangan mahu nyanyi sama-sama, maka aku dengan gigihnya cari lirik lagu ni. Alahh.. mesti semua orang buat juga kan. This is when I found out "ohh.. Inca Medina is their daughter's name". Sounds cool, kan. Memang cantik macam mama dia lah. And lately, I kinda like to stalk Melissa Maureen's Tumblr. Hmmm, she's one crafty lady with sometimes deep thoughts in her writing. Love!

25 January 2011

1 month old


I can't believe how time flies. Haha. We are one month today.

Jadual Bayaran SLAB 2011 (updated)

Sebagai seorang staf universiti yang sedang cuti belajar, memang aku suka cari jadual pembayaran SLAB ni. Bukan apa, supaya senang nak merancang kewangan nanti. So, here we go. Aku letak kat sini terus, senang sikit aku nak refer nanti.

taken from here

Dan, kalau nak check details bayaran elaun tu, bolleh check dekat link ini. Yelah, kadang-kadang kita tahu dapat duit, duit apa pun kita tak tau kan. Hehe

22 January 2011

Udang galah in action

Hai. Apa khabar puan-puan semua? Masak apa hari ni ye? Hari ni Chef Athie nak tunjuk menu makan tengahari dekat rumah hari ni. Hahahaha

Haa..Udang galah ni baru je naik pagi tadi. Husband yang pergi memancing. Kesian husband, pagi-pagi dah keluar cari rezeki. Hehe. Sebenarnya masih hidup lagi ni. Boleh nampak mulut dia gerak-gerak kalau ambil video mode. Tapi, malas so ambil gambar je. Nampaklah udang ni ala-ala mati gitu.

Lepas dah siang dan bersihkan, gaul dengan garam, kunyit, rempah dan serbuk cili dengan kadar sesuka hati ye. 

Yeay, dah siap goreng dan boleh makan dah. Husband bawak dua ekor je. Yang besar aku makan, yang tak besar sangat untuk dia. Hahahaha

21 January 2011

Tabiat selepas kahwin

Haihh,, sejak-sejak dah kahwin ni, asyik nak makan je. Hahahaha, padahal dah memang dari dulu lagi suke makan kan. Tapi dulu kalau makan banyak-banyak mesti rasa risau takut baju nikah tak muat lah, nampak gemuk lah. Typical bakal pengantin. Tapi sekarang boleh makan makan dan makan tanpa perlu risau. wtf! Suami pun melayan je. Memang syok!

19 January 2011

Accident lagi lah

Auwwww..Myviku accident lagi. This time, husband did it. Hehehe. Kejadian berlaku 3 hari yang lepas di Lebuhraya Utara Selatan masa nak balik JB. Sebab dah ada husband, aku pun tidur je kat sebelah. Husband lah ni provoke aku suruh tidur. Aku memang suka je lah bila orang suruh tidur kan. Hahaha. Accident sendiri je tak melibatkan kenderaan lain. 

Yeahh, itu dia, cermin yang berkecai dah ditanggalkan dan side mirror yang patah.

Tapi yang penting, kami berdua selamat. Aku memang tak tau apa lah, sebab buka mata je nampak cermin tingkap kat sebelah dah berderai. Myvi je cedera. Haihh, aku rasa yang belah kiri ni jeles lah sebab last time accident kena kat belah kanan. Ha'ah, dah dua kali accident dah kereta nih. Memang suwey ke apa ke tak tau lah. LOL.

Our first dinner

Hahaha.. blog agak terabai sedikit sebab sibuk melayan suami. Hahahahaha. Bongok je. Padahal dah memang malas, tapi tak nak mengaku.

Ini adalah dinner pertama yang aku masak setelah berkahwin. Haha. Tapi husband memang rajin  sangat nak tolong aku masak. Telur dadar tu pun dia yang goreng. Ikan kembung pun dia nak goreng juga. Aku buat sambal je. Alhamdulillah. Kenyang. Hehe

13 January 2011

Ada apa dengan Facebook?

Facebook sudah tidak relevan dengan kehidupan semasa. Hahaha. Hanya berguna ketika mahu kahwin sahaja, yelah nak minta alamat lah ape bagai semua kan. Hehe. Tengok apa aku buat bila log in Facebook sekarang.

Oh, tak payahlah percaya dengan rumours yang owner Facebook nak his old life back. Like, wtf? Kau dah famous dan kaya raya lepas tu kau nak blah camtu je? Dah macam cerita "Back to the future" lah pulak. Khabar angin mengarut. Annoyed gila aku bila nampak orang buat status pura-pura terkejut. Hahahaha. Kesian.

11 January 2011

Entri bosan

Kehidupan selepas berkahwin memang berbeza. Haha, walaupun jawapan standard aku kepada soalan "Camne bile dah kahwin?" adalah " Macam biase je! ". Entahlah, aku adalah malas mahu menjawab. Takkanlah aku nak bercerita segala macam jenis perasaan yang aku rasa dekat kau kan.Macam lah kau sanggup nak dengar kan. Jadi aku anggap semuanya hanya pemanis mulut sahaja. Sengaja mahu ajak berborak-borak mungkin. Anyway, thanks for asking. Hehe

By the way, siapa yang tak kahwin lagi, cepat-cepat lah kahwin, best wooo dah kahwin! Walaupun, macam-macam benda leceh dan remeh temeh yang kita kene fikir bila nak buat kenduri kahwin ni.. tapi layankan ajelahh. Nak mengamuk sekali sekala pun boleh. Jangan selalu sangat, nanti tak comel dalam gambar. Ngeh2.


07 January 2011

First post of the year

Tahun 2011 dah masuk hari ke-7, baru nak buat post baru. Haha. Yelah, setiap kali nak tulis tapi takde idea yang keluar. Bila dah kahwin, memang rasa lebih tenang eh. Hahaha. Tenang lah sangat kan, tapi setiap kali fikir pasal research, memang tak boleh tidur. Memang mengganggu masa tidur betul. Jadi, aku dah sampai JB. Suami pun dah balik kampung. Dan aku sekarang tengah figure out bagaimana mahu menjayakan projek master ini. Walaupun kadang-kadang rasa berserabut sedikit, tapi nak buat macam mane terpaksa lah jugak kan. Anywhere, besok nak balik jumpa suami. Can't wait, rindu dowh! muahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails