Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 November 2009

Dimana..cik Pysad?

Wahai Cik Pysad,

Ke manakah dikau menghilang sejak dua-tiga hari ni? Dahlah haritu kau privatekan blog,, tak invite aku jadi reader pulak tu. Hari ini pulak tiba-tiba "Blog not found". Kau dah delete blog ke apa? Sila update perkhabaran darimu seberapa segera!

***tengah sentap abes ke ape??***


Selepas 5 minit mengepos entri di atas, baru aku tahu yang kau dah tukar blog url kau!!! Tapi, PRIVATE lagi ok! huh!

Emosi sebenar


Scary tak kalau hidung boleh lari camni? hahaha

 Hujung minggu yang lalu adalah hari memerap di rumah saja. Dahlah selama beberapa hari ni, asyik hujan je sepanjang hari.Rasa macam dah lama pulak tak nampak matahari. Bila dah memerap kat rumah, bosan pun ada. Channel Astro kat rumah pun tak banyak. I boleh marathon tengok The Biggest Loser tu walaupun dah beberapa kali tengok sebelum ni.. hahaha.. (rasa pathetic pada diri sendiri!).

Sebenarnya, takde la pelik sangat hujan tak berhenti-henti time-time hujung tahun macam ni dekat sini. Cuma, bila hujan dah mula turun, persekitaran jadi sejuk.. Bila sejuk, mulalah hidung ni gatal nak bersin-bersin, lepas dah bersin confirmlah selesema. Hidung berair je.. mengah dah. Macam kat ofis tadi, bila tutup aircond, mulalah tak senang duduk sebab panas, bila dah on balik aircond..menggigil pula badan ni. Memang dasar mengada-ngada betul lah! Haih, dah-dahlah selesema ni..bile nak abes nih..benci.. huhu


This is exactly how I feel right now..~sigh..

20 November 2009

Do I need to lose weight?

Your Weight is Ideal

Your BMI is 19.5 - a healthy BMI falls between 18.5 and 25

Congratulations, you are the perfect weight for your height.
Even though you may not be entirely happy with your weight, you are healthy. (True!)
So gain or lose a few pounds if you want, but don't go too crazy! (I'll try! hahaha)

Don't agree? Blame the government standards we based this test on!

17 November 2009

My (500) days of summer

(500) days of summer really makes my day! Tak sempat tengok dekat wayang haritu..sebab takde geng nak layan. Oh, ini bukan cerita love story yang poyo-poyo tu. And, they don't even had a happy ending. But, I still enjoy watching the movie. Rasa nak tengok lagi dan lagi dan lagi je bila balik rumah malam kang. Dari rasa nak ngamok sepanjang hari, terus jadi cool.

 Btw, poor Tom. He falls in love with a wrong girl that he feels "the one". It's not his fault though. If I were him, I would fall for Summer too! This movie's great because it feels real.. at least I do feel it's real.

15 November 2009

Kulit muka yang tak sporting langsung

Oh..benci ok.. baru duduk beraircond selama 3 hari, kulit dah mula mengelupas. I tak faham betul ni. Macam mana la nak pergi overseas kalau camni kan.. hahaha

11 November 2009

Malas melampau

Ahh..malas sangat mahu packing baju nak pergi training kat KL ni. Kan best kalau ada orang yang volunteer nak tolong packing. Bila fikir pasal transport nak pergi pun dah rasa sakit hati. Tapi, yang peliknya kenapa orang lain macam buat tak kisah je eh? Diorang ni suka sangat ke naik van? Ok, I boleh tahan lagi kalau pergi berempat naik van, tapikan.. kalau pergi 8 orang..macam mane eh? Dengan beg-beg nak balik kampung yang boleh tahan besar. I adalah tak suka suasana sempit dan tak selesa macam tu. Hehe.. memang mengada-ngada sikit lah kan..tapi suka hati I lah kan. Lagipun, jauhlah dari Kuantan nak pergi KL. Haihh.. takde mood la.

10 November 2009

5 dulang hantaran fresh flowers (PERCUMA!!)

Ini khas buat Ilah, Dibot, SR dan sesiapa yang akan bernikah dari 20 November 2009 hingga 31 Disember 2010. Eh..Pysad pun boleh join jugak kalau berminat. Jikalau anda:

Masih lagi tercari-cari penggubah hantaran untuk majlis perkahwinan korang? Atau dah pening tak tahu nak gubah gubahan sendiri? Atau tak cukup budget nak gubahan fresh flowers?
Silalah rajinkan jari-jemari anda untuk klik di sini. Follow je cara-cara nak menyertai contest ni. Manalah tau, kalau menang boleh dapat hadiah 5 dulang hantaran fresh flowers secara percuma!

Kalaulah I dah ada tarikh perkahwinan, mesti I nak try jugak! Hehe.. Takpelah, I nak tunggu jadi follower ke-100 je.. tengok sikit apa hadiah yang misteri sangat tu kan..

06 November 2009

Hoben jang hoben!


Ini lagu meremang bulu roma punye. Lagu ini memang tengah meletup-letup sekarang.

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Dari sawah turun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaring kuyak
Main biar hati-hati
Jangan masuk gol sendighi..sendighi

2 - 1 kocik bonar
4-1 sonyum lebar
Kalau boleh 7 - 0
Biar dio balik molopong, molopong-melopong

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang luak sokong kito
Jangan buek malu muko

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Bukan main bola lisut
Bukan maen bola tampar
Biar diorang tokojut, tokojut-tokojut
Kito monang Pialo Malaysia

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Kali ini kalau kalah
Balik kampung potang gotah
Kito jangan menggelabah
Sumo pialo kito punggah

Hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben
hoben jang hoben

Haih, takdo sapo ko nak bawak den poie stadium tengok N9 kalahkan Kelantan malam esok (dah ready baju kuning dah). Tang final yo baru somangat nak poie sokong tu meluap-luap. Haha.. Moh lah kito berdoa berghamai-ghamai. Mogo-mogo dapek la neghori mendakap pialo yang dah lamo diidamkan.


Rasa macam nak letak gambar kembar ni.



04 November 2009

What happened to the world nowadays?

Ok, mula-mula sekali tengok ini. 


Is this a product of lack of sex education? First of all, she said than she doesn't even know how to get pregnant. Agaknya, macam mana la kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun ni nak jadi ibu ye? Nak tau lebih lanjut di sini.


Ok, this girl definitely doesn't look like her age!


Finally, she has a real baby as her new toy.. best huh?

Mungkin, ini adalah fenomena biasa di sebuah negara yang mana anak gadisnya mula bergelar ibu seawal usia 13 tahun. Kasihan dia, baru 11 tahun terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. Tempoh masanya sebagai seorang kanak-kanak terhad. She's still a child (according to her age), but,  she was forced to grow up since she's now a mother.

I think she's happy for her newborn and for what happened in her life, and.. who am I to judge, right?

03 November 2009

rm50 pun duit juga lah

Bodoh sangat rasanya bila nak beli tiket bas balik Kuantan tempoh hari. Inilah antara perkara-perkara yang membuatkan aku makin menyampah nak naik bas. Apa masalah nak kena sediakan duit kecil dulu baru boleh beli tiket bas ni kan? I punya masalah ke yang nak kena sediakan duit tukar? Dah pandai-pandai jual tiket bas, pandai-pandailah nak sediakan duit tukar. Ni satu hal pula I nak kena round satu Terminal 1 tu, semata-mata nak pergi cari duit kecil. Memang menyusahkan dan menyakitkan hati betul la. Kakak yang jaga kaunter tiket tu pun I tengok tengah bersenang-lenang baca majalah hiburan/gosip. Sempat jugalah I menjeling, rasa-rasanya dia tengah baca Media Hiburan. Ingatkan dah tak jual dah majalah macam tu lagi. Pemalas betul kakak tu, sepatutnya dia lah pergi gerakkan sedikit anggota badan dia yang berlemak tu pergi carikan duit tukar. Sebab dah pasrah, I pun pergi masuk Dunkin' Donuts kat tengah-tengah terminal tu dan buat-buat nak beli air 2 botol. Sekali, cashier perempuan tu pun macam sengaja nak tambah sakit hati I kan, dia menggedik tak nak ambil duit RM50 yang I pegang. Memang Dunkin Donuts ni nak kena sumpah jadi bankrap la ni. Haih..Kan tak pasal-pasal I kena masuk shopping complex kat sebelah dan beli syampu sebotol. Benci betul lah.

02 November 2009

Memang boleh hilang penat lah!

Penat tunggu tren kat BTS tadi terus hilang apabila dengan tiba-tiba, I terdengar suara Que Haidar tengah berborak-borak kat sebelah I. Nak tau tak macam mane excitednya bila terdengar suara Que Haidar kat sebelah telinga? Hahaha.. rasa bahagia sangat, ok! Terdengar suara tu pun sebab die tengah jawab telefon.Tapi yang tak bestnye..cuma, suara je yang mcm Que, tapi orangnya bukan Que pon. Tapi, takpelah..layan jugaklah.. hehehe

Angan-angan lagi

Katakanlah..kalaulah I nak jual shawl secara online macam ramai orang sekarang buat kan..agak-agak ada orang nak beli ke?? Tapi macam dah bersepah sangat budak-budak yang jual shawl ni..hemm..any feedback?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails