Tolonglah.. parents yang anak korang ada penyakit berjangkit, tak payahlah nak hantar jugak anak ke nursery. Kesian lah kat anak orang lain. Anak korang tu dah tentu-tentu sakit. Habis anak orang lain yang sihat lepas tu esoknya kena penyakit berjangkit sebab anak korang tu sakit ni ape cerita pulak. Menyampah betul dengan mak bapak yang pentingkan diri sendiri.
Mode: (geram sebab anak aku sakit mata dah seminggu tak elok lagi.)
07 February 2012
14 January 2012
Mixed feelings
Wahai hati,
Sabar
Sabar
Sabar
Syaitan memang suka menghasut.
Sabarlah
.
Ya, Allah, bantulah hamba-Mu
02 November 2011
Finally a mother!
I know it's kinda late. In fact, it's 1 month late. Hehehe. But...
Goodbye pregnancy!
(eh, my son loves this position, especially bila dia tengah mengamuk. Agaknya dia masih ingat dia dok dalam perut lagi lah tu)
And..
Welcome..motherhood!
He is now 33 days old (and weight 4.1kg!). Fuhh, patutlah tangan lenguh-lenguh sikit bile asyik pegang/angkat/pangku dia. Hahaha.
30 September 2011
PRE-LOVED DKNY T&C TURNLOCK HOBO BAG FOR SALE!
Description for the bag as stated below:
- Approximate dimension : 14"L x 10"H x 7"W
- Color : Brown
- Dual handle with Drop: 8"
- Closure: flap with turnlock
- Interior: 3 main compartments with middle compartment fully zipped.
- Additional 1 small zipped and 2 open mini compartments.
- Perfect for any occasion
- No dustbag included
PRICE: RM500 (nego.)
BOOKED!
BOOKED!
Anyone interested, drop me an email - sh.athiey@gmail.com
26 September 2011
My big problem
YES! Tadi masa tengah gosok gigi, ternampak beberapa helai uban tercacak-cacak kat kepala. Hahahaha
Dari dulu lagi aku rasa ada banyak uban dekat bahagian-bahagian dalam rambut ni. Lagi-lagi time pregnant ni, tiba-tiba rambut jadi lebat pulak, nak potong kan tak boleh sebab mak tak bagi nanti masuk angin lah ape lah kan. Geram pula bila dah nampak uban tercacak tu, terus nak cabut. Hahaha. Walaupun orang cakap jangan cabut uban, tapi uban ni macam saja je nak goda aku untuk mencabutnya. Hehe. Lepas tu, aku try lah selak-selak seluruh kepala, konon-konon nak check ada banyak uban ke tak. Sekali kau, eh eh eh.. apasal banyak pula uban ni, semua jenis tersembunyi punya. Aisehh, sebenarnya takde lah pelik sangat pun. Sebab memang mak pun beruban kan, tapi kan I muda lagi you! Kenapa uban dah tak sabar-sabar nak keluar ni. Jadinya, ada cara tak nak kurangkan uban? Atau kalau boleh taknak langsung uban. Kalau boleh nak hitam berkilat je sampai tua. Baru best sikit nak bergurau senda dengan suami, sebab suami ada uban sikit-sikit. So, teringin lah nak cakap yang "I takde uban langsung!" Tapi, macam impossible kan..? Hahahaha
23 August 2011
Checkup 32 Weeks
Just came back from KK. Sekejap je hari ini. Tak ramai orang, maybe sebab hujan kot. However, doctor kat KK said that little one's suspected IUGR (berat baby lebih kecil berbanding umur). Esok appointment dengan specialist kat GH.
Tapi esok still kena pergi GH jugak lah kan. Can't wait to hear the specialist's opinion pulak.
Uishh, menjadi ibu yang memang susah hati dengar doctor ckp macam tu, maka terus call husband utk mengadu. Hehe. Husband pun suggest gi scan kt private. So, pusing-pusing cari klinik yang boleh scan sebab klinik yang dah aim tu, takde pulak doktornya. Aku dahlah jenis tak suka menunggu. Then terfikir nak pergi Hospital Bersalin Sukhilmi je lah. Hoping for second opinion. Setelah scan, this doctor told me that baby's doing great inside the womb. Baby sangat suka menguap! hehehe. Berat baby pulak 2.2 kg. Kalau kat KK, diorang cakap 1.7 kg. And this doc told that there's nothing to worry about, as the baby is normal. Fuhh lega dah.
Tapi esok still kena pergi GH jugak lah kan. Can't wait to hear the specialist's opinion pulak.
10 August 2011
Carta Pergerakan Bayi
OK, Sebab semalam nurse dah kecoh2 kenapa aku tak start lagi tanda carta ni. So, hari ini dah masuk hari kedua dah aku main tanda2 kat carta ni. Hehehe. Sesetengah orang dah start dari minggu 28, tapi aku dah minggu 30 baru nak buat.
Carta ni sebenarnya bertujuan untuk memantau keadaan bayi dalam perut kita. So, dekat dalam buku merah tu, ada ruangan untuk 10 kali tick (dari 9 pagi sampai 9 malam). Lastly, rekodkan masa bagi gerakan yang terakhir tu. Macam aku, pukul 3-4 pm dah complete 10 gerakan dah. Baby memang tengah aktif bergerak sekarang ni. Hehehe. Agak-agak kalau baby diam je atau tak bergerak dalam tempoh yang agak lama, aku cuba buat benda-benda ni. Saja nak merangsang baby supaya bergerak. Hehehe
- Baring secara mengiring. Baby memang cepat respons. Maybe sebab dia rase sempit kot.
- Baring, rileks2 dan angkat kaki ke atas.
Camnilah rupa dia. Ni bukan aku punya. Cilok dari Google je. Hehe
09 August 2011
30 weeks pregnant
Pejam celik, pejam celik, sekali...
Hah, dah 30 weeks membawa little one dalam perut. Suka! Another 10 or fewer weeks left until delivery. How exciting! Haha
Bebelan:
Semalam, pergi checkup kali ke-6 di Klinik Kesihatan. Dah 5 kali pergi checkup di KK yang sama, tapi semalam adalah servis yang paling lembab dan menyakitkan hati sebab kena tunggu lama gile. Tahu lah bulan puasa, tapi bukan semua staff KK tu puasa kan. Ada je yang Cina, India tu semua takkan puasa jugak kot. Patients macam biasa je, takde lah ramai sangat sampai melimpah ruah ke apa. Tapi tetap lembab. Entah apa-apalah KK ni. Memang menguji kesabaran betul. Nak tunggu dapat nombor giliran pun setengah jam. Nak kena ambil darah lagi tunggu lagi setengah jam. Yang paling buat aku rasa nak mengamuk, bile nak tunggu result dari makmal pun sampai 45 minit. 45 minit tau, selalu pun dalam 10-15 minit je. Geram tau geram, sebab letih kena menunggu tu. Kalau biasa, datang pukul 8 pagi, pukul 9 dah settle semua, tapi semalam, pukul 10.30 pagi baru settle semua. Benci tau, tak suka nak tunggu lama-lama ni. Dengan laparnya, letih, mengantuk sebab tak tidur lagi lepas sahur. Hehehe
Baby:
Baby sihat-sihat rasanya. Yelah, mana dapat scan kan pergi KK. Baby semakin aktif bershuffle dalam perut. And dah kena start tanda carta gerakan janin dah sekarang. Aku lambat kot, dah week 30 baru nak start. Hehe. Nurse yang salah, sebab tak bagitau, aku mana tau, baru 1st time mengandung nih. Hehehe
Lagi 2 weeks kena gi checkup KK lagi. Hoho, dah start checkup 2 minggu sekali ni. Makin nervous pula sebab maknanya dah tak lama lagi dah little one nak keluar. Harap-harap lah tak lembab gila macam semalam. Ok, nak pergi baring-baring kejap, asyik duduk je. Baby tak suka kot, sebab asyik rasa baby korek-korek kat tulang rusuk nih aa.
Subscribe to:
Posts (Atom)

