Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

19 April 2011

Budak-budak Hostel

Tengah transfer gambar-gambar kat dalam henpon. Sekali terjumpa gambar ni. Hahaha. Kelaka gile tau.

Hemm..rasenye memang dah lama aku tak nampak orang main tampal-tampal notis camni dekat dinding. Last dulu pun masa matriks kot, eh ke kat UKM ade jugak eh. tak ingat sudah. Aku pun baca lah, sebab dia tampal ni kat tempat orang basuh baju, masa tu aku tengah nak basuh tangan kot. Ingatkan apa lah kan, sekaali rupanya mengamuk sebab Axion die hilang? Hahahaha. 

Boleh baca tak, perempuan ni tulis dengan nada mengamuk. Haha. Siap main ugut-ugut nak doakan benda tak baik konon!

Ini pulak ada orang pergi rajin nak balas notis yang mula-mula tadi tu. Bagus budak ni. Aku pun menyampah tengok orang meroyan sebab Axion hilang tu. Hahaha

Pengajaran dari cerita di atas: Kalau kau tak nak AXION kau hilang, lepas kau guna, kau bawa lah simpan dalam bilik kau. Yang kau letak sepah-sepah buat apa. Kau ingat ni rumah kau ke apa. Kau ingat takde orang nak usik barang yang kau sepah-sepah. Entah apa-apa lah budak zaman sekarang. Hohoho

12 April 2011

Malas malas malas & gemuk

Hampir lupa bagaimana mahu menulis di blog. Hihihi. Gedix mungkin. Taklah, tahap malas terlebih-lebih sekarang ni. Bila entah mahu datang rajin tu. Dah lama tak jadi rajin dan fokus dan takkan berhenti selagi kerja tak siap. I guess, those days have past. Hahaha. No no no, I need those back. Come on baby, help mommy jadi rajin gile222, sebab mommy nak kena start writing thesis ni. Hahahaha. 

Ok, being pregnant so far is great. First, sebab I can no longer fit into my one and only jeans. Aku memang jenis yang kalau ada satu yang best, yang satu tu je lah aku buat pakai ulang-ulang. Ngeh2. Best sebab jeans tu memang aku sengaje beli yang ala-ala londeh gitu. Tak tau kenapa, tapi rasa best pakai seluar tu. And seluar yang londeh tu pun dah tak boleh nak pakai dah sekarang sebab dah mula menekan perut yang mula membesar. Bayangkan je lah, masa tengah drive aku kene unbutton jeans sebab kalau tak rasa tak selesa. Lepas tu terlupa nak button balik bila dah keluar dari kereta. Hahaha. Bongok sikit perangai. Ish ish. 

30 March 2011

How big is my baby?

Hahaha.Well well well, sejak-sejak mengandung ni, rajin lah pulak pergi surf pasal baby and stuffs kan. Hehe.


The only thing is, I don't even know what's fig actually. Ye, terserlah kebodohan di situ. Hahaha. So, fig fruit anyone?

25 March 2011

Oh my, it's been a while. Hahaha. Well, I already go for my 1st monthly checkup last Monday. Yeah, initial plan was for hubby to accompany me. Yelah, pregnant anak sulung, lepas tu nak pergi check up kat Klinik Kesihatan pulak tu, haruslah nak menggedik bawa hubby sekali kan. Sekali, masa kitorang datang hari Jumaat tu, nurse bagitahu suruh datang Isnin pulak sebab Jumaat hari scan baby. Damn. Patutlah lengang je. So, hari Isnin aku datang balik klinik, sekali nurse makcik tu tanya ada bawa dokumen semua tak. Aku dah, haihhh, takde pulak nurse hari Jumaat tu bagitau aku nak bawak apa-apa, padahal aku dah tanya dah. Dia siap cakap, datang bawak result UPT ni je.Bodoh ok, kena tanya macam-macam : "Datang dengan siapa?" "Kenapa tak datang dengan suami? Suami mana?" Haihhh, ingat aku mengandung takde suami ke apa kan. Sabar je lah aku layan kerenah nurse tu. Kalau bukan hubby yang suruh aku checkup KK ni, memang takdenye aku nak pergi. Dalam hati aku:  "Anak no 2 nanti, aku nak pergi private ahh camni". Hehe.

Oh ye, baby sekarang dah 3.1 cm. Kecilnya. Besar baik-baik ye dalam perut. Can't wait!

09 March 2011

Mommy and baby yang sihat

I'm 9 weeks pregnant. Yeay!

Selalu sangat rasa lapar. Well, masa awal-awal dulu pun lapar jugak. Haha. Tapi sekarang, rasa lapar tapi tak berselera nak makan nasi. Nak makan benda-benda selain nasi je. Sebagai ganti, aku cuba lah makan roti dan buah-buahan. Boleh ke macam tu?

Lagi satu, memang wanita pengandung ni suka menangis eh? Lately, aku sangat mudah menitiskan air mata. Hahaha. Entah, macam tiba-tiba rasa sedih lah apa lah, padahal takda apa-apa pun. Macam tengah drive dari Seremban-JB tempoh hari je pun adalah dua tiga kali aku menangis sebab sedih pasal apa pun aku dah tak ingat.

Fuhh, what an emosional journey..so far. Looking forward for more to come. Hahaha

08 March 2011

Penat menggila

Hari ni exhausted gile. Pergi lab dari pagi sampai petang. Eh, takdelah pagi sangat pun. Pukul 11 baru aku sampai lab kot. Huhu. Tapi aku gigih bekerja siap tak pergi lunch sebab nak bagi settle formulation dulu. Hoho. Pukul 3.30 baru rasa letih gila-gila. Tu pun sebab teringat yang, eh eh tak solat Zuhur lagi. Cepat-cepat kemas dan time ni pulak perut kriukk kriukkk. Yeayy, baru je selesai lunch, nasib ade lauk nak makan lagi. Hoho, pening kepala dan letih lah. Kan bagus kalau ada tukang urut kat sini. Huhu..berangan tak habis-habis. Huh!

25 February 2011

Random feeling and thought

OMG, dah lama rasanya tak update. Forgive me. I've been busy-for-I-don't-know-what! Haha, eh taklah, tengah perah otak dan tenaga ni. Padahal, berapa jam je sehari aku duduk lab tuh kan. Aku letih lah duduk lab lama-lama. I need rest! Hehe. 

Eh, btw, lately I feel bothered by something. It's not real big deal, but still I couldn't help not to feel annoyed at the same time. Hmm, contohnya macam semalam, ternampak ada siapa tah punya status dekat FB yang complaint about her bf. And then, ada pulak one of her friend ni kot yang advise her to "dumb" him. Haha, funny isn't it? Maybe, her friend wants to express how stupid her friend's boyfriend is (macam kita (me, for sure) biasa cakap , "Bodohnya bf kau"). Hahaha. But yeahh, it's extremely normal when people just know how to pronounce that word, and usually they don't even bother to check on the correct spelling.Tangan gatal je rasa nak type, "I think the correct word is DUMP" Hahahaa, tapi taklah, kang terserlah pula kepoyoan aku kang.

I know, my English wasn't that good either. But, at least I'll try to look up for the correct spelling of a certain word that I'm not sure about. Internet kan sekarang di hujung jari. Takkanlah susah sangat nak google satu perkataan je pun. 

Ishhh, budak-budak zaman sekarang suka sangat merosakkan bahasa. Itu belum bab "aq xtw lew nk  bwat kjew gilew pew ari ni" Hahaha, dah macam bahasa alien dah aku rasa. Kau cuba bayangkan nak type sms panjang-panjang camtu, dah elok-elok pendek diorang gatal pula pergi tambah imbuhan -ew kat belakang. Ewwwwww.. tak cool langsung lah!

Ok, sekian terima kasih. Panjang sangat lah pula sesi bebelan hari ini.


17 February 2011

Keadaan semasa

Currently juggling master's research project and pregnancy at the same time. 
Ya Allah, permudahkanlah. 

Sekarang asyik penat je. Bukan penat sikit-sikit tau. Ni dah tahap penat melampau. Kalau boleh tak nak bangun dan bergerak dari katil. Aku pergi beli makanan kat kafe tu, lepas tu naik bilik balik je pun dah mengah. Sabar je lah. Maybe sebab kena panjat tangga dua tingkat kot. Tapi nak buat macam mana kan. Sesiapa ada tau rumah sewa dekat area UTM, please inform ye. Oklah, nak sambung berguling.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails