Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

26 April 2010

Kau seru akulah pelangi cintamu

Tak rasa nak tengok tv langsung.


I rindu si kacak, a lot!

When in Rome!


I watched this movie just for the sake of Josh Duhamel! Ngeh2.. Kalau hero lain, memang confirm aku malas nak tengok. Jalan cerita adalah kurang menarik..kurang ummphh.. orang kata. Walaupun Kristen Bell yang hot tu pun ada, tapi masih juga tak dapat memuaskan hati aku. Apa-apa pun, Date Night tetap yang paling best!

Hujan oh hujan!

Bangun pagi, tekak rasa sakit. Dengar bunyi hujan kat luar. Macam lebat gila je. Sangat malas mahu bangun dan bersiap. Haihh.. badan pun sakit-sakit. Tak guna betul. Ni mesti sebab lari semalam ni. Peha rasa nak tercabut. Hahaha. Banggalah sebab menang 4x100m semalam, walaupun aku bukan jenis kuat lari pun. Hehehe. Aku pun tak faham macam mana aku boleh setuju nak join olahraga ni. Aku sendiri pun rasa macam pelik. Jogging pun aku tak suka sangat. Dulu-dulu time kat stf aku paling benci bila kene riadah masa hujung minggu. Hahahaha. Yelah kan, dulu masa berat aku tak sampai 43kg pun aku lari lembab, apatah lagi sekarang dengan berat nak menghampiri 50 kg. Berangan je lah mampu lari laju-laju. Hehe

24 April 2010

Tapai + Aiskrim = Tak sedap langsung!

Penat lah kaki berjalan ke sana sini hari ini. Perancangan asal cuma mahu temankan mimi pergi kenduri kahwin kawan dia di Beserah. Kenduri kahwin yang ni memang simple sangat. Maybe sebab sebelah lelaki kot. Tapi yang side perempuan masa bulan 2 hari tu kot. Yelah kan, pengantin perempuan tu pun dah 6 minggu mengandung. Makanan sedap dan banyak sangat. Ada nasi minyak, nasi putih, satay, roti jala. Rumahnya pun betul-betul depan pantai. Memang berangin lah. So far, inilah kenduri kahwin yang paling simple pernah aku tengok. Takde meja makan pengantin pun, pelamin pun takde, keadaan dalam rumah pun biasa-biasa je. Yang bezanya cuma ada khemah di luar rumah, yang menampakkan keadaan kenduri tu. Tukang kutip pinggan mangkuk pun terdiri daripada macam-macam jenis orang. Aku kagum la sebab ada seorang kakak cantik (muka ala-ala mat salleh siap dengan hidung tegak tu) pun selamba je kutip pinggan. Memang sempoi lah famili ni. Photographer dia pun aku tengok macam malas-malas je. Tapi yang tak boleh tahan, si photographer boleh nak duduk dekat meja kitorang lepas tu tunjuk gambar cincin pengantin kat kami. Motif dia buat macam tu? Aku rasa pelik dah ni. Mungkin dia rasa cincin diorang tu lawa sangat ataupun die berkenan kat cincin tu. Lepastu, tunjuk cincin tu kat kitorang dengan harapan kitorang akan cemburu? Apakah? Aku sengih-sengih je tengok gambar cincin tu. Sebab aku clueless, tak tau nak cakap apa. Hahaha

Tengok, dapat sebiji brooch dan mug kecil yang ada kismis dan kurma kat dalam. Sempoi gila kan, tak payah nak letak dalam paper bag bagai! =)

Tapi, aku paling suka dengan beg yang tukang bagi door gifts ni bawa. Disebabkan door gifts tak letak dalam paper bag, dan setiap tetamu akan dapat 2 benda di atas, jadi mereka letak semua hadiah tersebut dalam satu beg yg cool lah. Sebab, biasenya kan door gifts letak dalam bakul/raga, jadi kali nampak lain sikit lah. Cute! 

Oh, ada aiskrim juga dekat kenduri tadi. Siap ada payung Walls lagi. Wah, mula-mula nampak ada aiskrim rasa excited, sebab ingatkan boleh dapat Cornetto ke kan. Hehe. Tapi rupanya, diberi satu scoop seorang je dalam bekas mangkuk polisterin tu. Yang tak syok tu, aiskrim tu kat bawah dia ade tapai. Potong stim la. Mana ngam makan aiskrim dengan tapai. Hilang nikmat aiskrim. Ngeh2.

Nikmatilah gambar pengantin perempuan dan mimi. Pengantin lelaki tak tau hilang mane tah. Aku takde sebab aku yang ambil gambar ni. 

22 April 2010

My Date Night!


I think both of them have a great chemistry on screen. Oh, sangat seronok menonton cerita ini. Walaupun, my other dates (syg, jangan jealous tau, mimi and jaja je pun, ngeh2) cakap cerita ini tak best sangat. Aku rasa aku yang paling banyak gelak kat dalam tu. Ada certain parts yang aku seorang je yang gelak (yes, walaupun ada perasaan malu sedikit). Tapi, tak boleh tahanlah perasaan nak gelak tu. Dahlah dua tiga hari ni, ada-ada je benda kat office yang buat aku rasa nak mengamuk je hari-hari. Rasa macam semua beban hilang lepas tengok cerita ni. Ngeh2.

Seriously, hanya sesuai untuk orang yang stress di tempat kerja, rasa nak maki semua orang yang buat kau naik angin, tapi kau tak boleh nak maki diorang balik sebab kau hanya kuli bawahan. Sebab kalau kau takde masalah di atas, kau tak akan dapat feel gelak yang indah macam aku. 


16 April 2010

Patchwork Notebooks

I've found some happy stuffs! Yeay! 

Uuuu..colourful & vibrant colours! Major love!

It's actually a notebook. Sangat sangat sangat cute kan?

Lihat, bertambah cute sebab ada tempat khas nak letak pen. Hehe


Image credits to: Sew, Mama Sew!

Geram sangat sebab comel kiut miut semua ada. Haihh.. tapi mungkin hanya mampu berangan-angan nak buat sendiri sebab skill menjahit tak berapa nak ada. Seingat aku, kali terakhir sentuh mesin jahit adalah semasa Tingkatan 3 kot. Itu pun untuk subjek elektif Kemahiran Hidup. Projek yang untuk PMR pun mak yang jahitkan. Sebab tu aku punya yang paling cantik kot. Hahaha. Mak aku tengok yang aku jahit sendiri, lepas tu terus dia kata, "Jom beli kain lain. Mak nak jahitkan yang baru." Hehehe. Nampak sangat mak aku pun tak tahan tengok aku jahit senget benget begitu. 


Anyway, sesiapa yang berminat nak DIY Patchwork Notebooks ni, boleh download tutorial di sini. Lepas dah jahit, boleh lah hantar satu dekat sini. Ngeh2. 

15 April 2010

Full time blogger



Dunia zaman sekarang, serba-serbi duit! Hmm.. memang syok lah kan bila tulis blog sahaja dah boleh dapat sampai RM10 000 sebulan. Eh, siapa yang tak jeolous kan. Kalau boleh aku pun nak. Penat-penat kerja hari-hari pun gaji tak pernahnya dapat RM10 000 kan. Tapi bila sana-sini orang dah buat blog untuk dapat duit, kadang-kadang blog tu dah penuh dengan sampah dan benda-benda yang copy paste internet. Ada je beberapa blog yang iklan dan content sama-sama best. Hahaha. Aku memang sukalah orang jujur begini. Carilah sendiri, berlambak ada sekarang kan. 

Eh, mungkin lepas ni, budak-budak sekolah boleh letak "full time blogger" sebagai cita-cita kan. Gila cool. Aku nak latih anak-anak aku tulis blog dari kecil lah macam ni. Agak-agaknya, bakal suami aku setuju tak dengan cadangan aku ni? Ngeh2.

14 April 2010

Bukan jalan-jalan cari makan

Dua hari lepas puas merayap sebab kena pergi evaluate students yang tengah buat LI. Kalau boleh aku memang mals nak pergi, tapi sebab dapat duduk berehat dekat rumah, aku pun layankan aje lah. Yelah, bukan selalu dapat melepak macam ni kat rumah mak bapak. Hahaha. Dah penatlah dibuli, sesekali nak juga berehat.

Pasal praktikal budak-budak ni pula, macam-macam komen aku dengar dari diorang. Penat kerjalah, dilayan macam Indon lah, bosan lah. Haih, banyak sangat sampai aku pun malas nak layan. Jawapan aku yang paling popular, "Eh, haritu tak sabar-sabar sangat nak kerja. Sekarang dah tak tahan ke?". Itulah, dah berbuih mulut aku cakap, kerja ni tak menarik mana pun. Hahahaha. Aku beritahu facts je. Betul kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails