Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

14 April 2010

Bukan jalan-jalan cari makan

Dua hari lepas puas merayap sebab kena pergi evaluate students yang tengah buat LI. Kalau boleh aku memang mals nak pergi, tapi sebab dapat duduk berehat dekat rumah, aku pun layankan aje lah. Yelah, bukan selalu dapat melepak macam ni kat rumah mak bapak. Hahaha. Dah penatlah dibuli, sesekali nak juga berehat.

Pasal praktikal budak-budak ni pula, macam-macam komen aku dengar dari diorang. Penat kerjalah, dilayan macam Indon lah, bosan lah. Haih, banyak sangat sampai aku pun malas nak layan. Jawapan aku yang paling popular, "Eh, haritu tak sabar-sabar sangat nak kerja. Sekarang dah tak tahan ke?". Itulah, dah berbuih mulut aku cakap, kerja ni tak menarik mana pun. Hahahaha. Aku beritahu facts je. Betul kan?

10 April 2010

Yang mana satu, idaman kalbu

Fuh! I am now craving for a new mobile phone. Hahaha. Walaupun hanya satu impian yang mungkin tidak akan menjadi kenyataan, tapi..tak salah untuk bermimpi kan? OK, jom tengok yang mana satu berjaya jadi pujaan hati. Dapat atau tak, belakang kira!
 

 







Oh, I nak sangat iPhone. Tapi kalau tak dapat, HTC Desire tu pun jadilah. Yang penting, mesti jenis wide screen begini. I tak suka la E series. Hidup mesti lebih indah kan kalau dapat hp hot begini.

Nokia The Rookie!

Isn't this new campaign on Youthsays exciting? This is such a great opportunity for anyone who wants to get a taste of the corporate world. Ok, without further due, let's get all the excitement begins!

Nokia is looking for 12 dynamic individuals to battle it out for internships at four high-profile companies. Armed with just a Nokia E72, Nokia Messaging and their wits, contestants will take on a series of challenges. Of the final four contestants, the ultimate champion will be crowned The Rookie and win a RM10,000 cash prize. If you think you’ve got what it takes to be The Rookie, seize this opportunity and prove it.
 Tengok..tengok.. Dah siap print screen prizes lagi ni. Yelah, kalau nak masuk apa-apa contest mesti nak tau prizes dulu kan? Best sangat, jadi salah seorang dari 12 peserta dapat E72. Siapa tak nak kan? =)

Amacam? Dah excited? Mahu cuba nasib? Mana tahu kalau ada rezeki boleh menang RM10k. Ngeh2. Meh tengok sini untuk maklumat lanjut.


06 April 2010

Bintang FB paling popular

I might be a little late. Rasanya semua orang pun dah tahu pasal benda ini bukan?
 
 Ini sebab mengapa dia dibenci.

 Ini jadinya bila orang ramai mula beri tindak balas.
 Ini bila dia mengaku yang dia bukan beragama Islam

 Sempat berbangga diri sebab jadi paling popular.

 Tengok..tengok. Lagi seronok adalah.


I shall not comment more about this. Apalah yang boleh kita harapkan dari budak umur 14 tahun ni.Ya, memang benar dia bersalah sebab terlalu lantang mengata/mengutuk orang yang sudah meninggal dunia.  Tapi rasanya, macam tak wajar bila balas kutukan dengan kutukan. Don't get me wrong. I'm not trying to back him up or whatever. Tapi, mungkin lebih indah jika hentikan serangan balas ni, dan cuba berpakat-pakat mencari jalan penyelesaian. That kid might have mental problem, who knows?Ataupun anggap sahajalah budak ni sengaja mencari publisiti murahan. Dia pun nak merasa Bintang Paling Popular jugak kot.



Melayan nafsu yang menggila

Ahh..penat sangat meng'key-in' markah students ni. Mahu patah tengkuk dan pinggang sebab khayal sangat menghadap. Hehe. Jadi, untuk menaikkan semangat untuk sambung semula pekarjaan ini, aku pun pergi usha gambar-gambar best kat blogshop yang berlambak-lambak sekarang ni kan. 

Wardrobe Rehab
Ok, dah lama tak tengok blogshop yang ini. Ini adalah favourite zaman-zaman di UKM dulu. Macam Ilah juga, pembelian berlaku secara rahsia. Tapi, mak aku alert je kalau akau ada baju baru. Hahaha. Dulu suka beli cardigan yang kiut miut. Terasa comel la kan bila dapat pakai baju comel-comel camtu. Adalah 5-6 pasang juga aku beli kat situ. Senang je sebab boleh COD kat Petronas Sekyen 15 Bangi kot (tak ingat!). Rasanya sekarang dia dah tak buat COD dah. Tapi sangat suka dia sebab cantik dan comel macam baju-baju dia juga. 

 Contoh produk yang dijual dulu. Hot lah pula warna merah! 

Tapi tu semua masa zaman muda-mudi remaja. Sejak dah rasa tua ni, dah tak rasa excited sangat lah. Minat lebih ke arah benda lain. Hahaha. Lagipun sekarang aku tengah feeling gemuk, pakai baju macam ni buat aku rasa lagi gemuk. Tak suka lah!

Ok yang ini aku tak pernah beli. Tapi aku suka tengok. Tudung dia jual semua memang menarik hati lah. Tengok dia pakai semua pun lawa je. Geram sangat. Rasa gatal je tangan nak beli semua. Hahaha. Tak caye meh tengok ni:

Alahai..comelnya lah tudung ni. Boleh jadi 3 gaya tudung. Tergoda sangat! 

Dah rasa jadi macam mak aku pula sebab mak aku suka pakai gaya macam ni. Maksudnya, tudung awning macam ni. Ada je aku cilok mak aku punya sebab nanti dia beli yang baru, yang lama dah tak nak pakai dah. Tapi mak aku punya warna plain la. Aku nak yang nampak chic begini.Eh..tapi tak nak 1, nak lah dalam 3-4 helai ke kan. Hahaha



04 April 2010

Sesi mengenang nasib

Benda-benda yang aku rasa sangat annoying sekarang:


1. Orang yang berlagak pandai dalam sesuatu perkara. Tetapi realitinya, bukan tahu apa pun. Lepastu, berlagak suci bila pendapatnya tak diterima. Hahaha
2. Rakan serumah yang pelik. Suka sangat defrost fridge. Walaupun memang fridge dia, tapi aku tetap tak puas hati. Yelah, dia main buang ikut suka hati dia je makanan aku. Macam bangang!
3. Banyak lagi yang aku tak berkenan dengan no 2, tapi yang part defrost fridge tu yang paling aku tak tahan sekali. Yang lain-lain aku masih boleh bersabar.


Lagu malam ni. Tak boleh tidur lah pulak. Oh, pemilihan lagu tiada kaitan dengan kesayangan I. I bahagia dengan dia. Ngeh2. Lagu ni sedap nyanyi bila karok lah. 

02 April 2010

I tergoda dengan ini

I wish I could be there. Sangat teruja jika dapat pergi. Mesti banyak kasut cantik-cantik. Well, rasa macam dah lama tak beli kasut baru. Tapak kaki pun dah gatal-gatal dari siang tadi. Mungkin dah bagi hint nak kasut baru kot. Berangan lah kalau dapat kasut baru! Haih, kalau tak dapat beli, dapat cuci mata pun jadilah. Ataupun, mungkin bergambar dengan Jimmy Choo? I wish!

Al-Fatihah Din Beramboi

Kematian itu memang pasti. Dulu-dulu, aku tak rasa pun dia kelakar sangat. Lagi-lagi zaman Apek meletup-letup dulu. Tapi aku rasa style lawak dia dah mula macam best sikit sejak dia join juri Raja Lawak latest season tu. Walaupun, pada mulanya aku tak faham kenapa Astro pilih dia jadi juri. Aku memang layan lah Raja Lawak ni, semata-mata sebab host dan juri-juri yang lagi best dan kelakar dari peserta-peserta diorang ni. Haih, rasa macam dah tiada lagi pelawak macam dia zaman sekarang ni kan. Dengar pagi@Era pun semata-mata sebab Aznil & Pak Din kan? Pak Nil dah takde geng dah sekarang. Al-Fatihah buat Allahyarham Din. Semoga rohnya dicucuri rahmat.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails