Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

23 August 2011

Checkup 32 Weeks

Just came back from KK. Sekejap je hari ini. Tak ramai orang, maybe sebab hujan kot. However, doctor kat KK said that little one's suspected IUGR (berat baby lebih kecil berbanding umur). Esok appointment dengan specialist kat GH.

Uishh, menjadi ibu yang memang susah hati dengar doctor ckp macam tu, maka terus call husband utk mengadu. Hehe. Husband pun suggest gi scan kt private. So, pusing-pusing cari klinik yang boleh scan sebab klinik yang dah aim tu, takde pulak doktornya. Aku dahlah jenis tak suka menunggu. Then terfikir nak pergi Hospital Bersalin Sukhilmi je lah. Hoping for second opinion. Setelah scan, this doctor told me that baby's doing great inside the womb. Baby sangat suka menguap! hehehe. Berat baby pulak 2.2 kg. Kalau kat KK, diorang cakap 1.7 kg. And this doc told that there's nothing to worry about, as the baby is normal. Fuhh lega dah.

Tapi esok still kena pergi GH jugak lah kan. Can't wait to hear the specialist's opinion pulak.

10 August 2011

Carta Pergerakan Bayi

OK, Sebab semalam nurse dah kecoh2 kenapa aku tak start lagi tanda carta ni. So, hari ini dah masuk hari kedua dah aku main tanda2 kat carta ni. Hehehe. Sesetengah orang dah start dari minggu 28, tapi aku dah minggu 30 baru nak buat. 

Carta ni sebenarnya bertujuan untuk memantau keadaan bayi dalam perut kita. So, dekat dalam buku merah tu, ada ruangan untuk 10 kali tick (dari 9 pagi sampai 9 malam). Lastly, rekodkan masa bagi gerakan yang terakhir tu. Macam aku, pukul 3-4 pm dah complete 10 gerakan dah. Baby memang tengah aktif bergerak sekarang ni. Hehehe. Agak-agak kalau baby diam je atau tak bergerak dalam tempoh yang agak lama, aku cuba buat benda-benda ni. Saja nak merangsang baby supaya bergerak. Hehehe


  • Baring secara mengiring. Baby memang cepat respons. Maybe sebab dia rase sempit kot. 
  • Baring, rileks2 dan angkat kaki ke atas.

Camnilah rupa dia. Ni bukan aku punya. Cilok dari Google je. Hehe

09 August 2011

30 weeks pregnant

Pejam celik, pejam celik, sekali...
Hah, dah 30 weeks membawa little one dalam perut. Suka! Another 10 or fewer weeks left until delivery. How exciting! Haha

Bebelan:
Semalam, pergi checkup kali ke-6 di Klinik Kesihatan. Dah 5 kali pergi checkup di KK yang sama, tapi semalam adalah servis yang paling lembab dan menyakitkan hati sebab kena tunggu lama gile. Tahu lah bulan puasa, tapi bukan semua staff KK tu puasa kan. Ada je yang Cina, India tu semua takkan puasa jugak kot. Patients macam biasa je, takde lah ramai sangat sampai melimpah ruah ke apa. Tapi tetap lembab. Entah apa-apalah KK ni. Memang menguji kesabaran betul. Nak tunggu dapat nombor giliran pun setengah jam. Nak kena ambil darah lagi tunggu lagi setengah jam. Yang paling buat aku rasa nak mengamuk, bile nak tunggu result dari makmal pun sampai 45 minit. 45 minit tau, selalu pun dalam 10-15 minit je. Geram tau geram, sebab letih kena menunggu tu. Kalau biasa, datang pukul 8 pagi, pukul 9 dah settle semua, tapi semalam, pukul 10.30 pagi baru settle semua. Benci tau, tak suka nak tunggu lama-lama ni. Dengan laparnya, letih, mengantuk sebab tak tidur lagi lepas sahur. Hehehe

Baby:
Baby sihat-sihat rasanya. Yelah, mana dapat scan kan pergi KK. Baby semakin aktif bershuffle dalam perut. And dah kena start tanda carta gerakan janin dah sekarang. Aku lambat kot, dah week 30 baru nak start. Hehe. Nurse yang salah, sebab tak bagitau, aku mana tau, baru 1st time mengandung nih. Hehehe

Lagi 2 weeks kena gi checkup KK lagi. Hoho, dah start checkup 2 minggu sekali ni. Makin nervous pula sebab maknanya dah tak lama lagi dah little one nak keluar. Harap-harap lah tak lembab gila macam semalam. Ok, nak pergi baring-baring kejap, asyik duduk je. Baby tak suka kot, sebab asyik rasa baby korek-korek kat tulang rusuk nih aa. 

22 July 2011

Part 1- little one's stuffs

Yeay! Dah shopping sikit barang-barang for little one dalam perut ni.


Fuhh, memang rambang mata lah beli barang2 baby nih. Rasa macam nak angkut satu kedai. Hahahahaha. I think it's not complete yet, but no worry little one. Will buy more on the next trip. Hehe. Let's see apa ada dalam bakul baju baby nih, =):

 Tops- short sleeves
 Tops-long sleeves
Romper
Shorts
  Long pants
Mittens & booties & hats
Barut baby (Ni mak yang buatkan, fuhh nasib baik mak pandai menjahit. Baru ada 9 pcs, maybe nk cukup sedozen. so nk kene beli kain sikit lagi nih ) 
Towels
Blankets
Lampin
Baby wipes
Nappy liners
Changing mats
Pillows & bolsters case (pakai yang mak sedara bagi, jimat dah tak payah beli)
Pillows & bolsters (yang ni pun mintak mak tlg jahitkan guna kekabu, tinggal nak beli tilam je nanti kot)

Next shopping trip, beli barang-barang mama pulak. Hehehe. 

14 July 2011

Lepas ambil BSP terus demam

OMG! Kelakar amat nih. Aku rajin pulak pergi check keywords kat nuffnang ni. Sekali ade keyword yang tak leh blah "lepas amik BSP aku terus demam" . Ok, first of all, kesian kau terus demam ye. Musim agaknya, cuaca panas, jerebu lagi. Tapi, aku dah dua kali buat BSP, takde pulak aku demam. Setitis je kot darah yang diambil, jadi potensi nak demam tu takde sangatlah. Nah ni nasihat aku buat yang lepas ambil BSP terus demam tu --> minum air masak banyak-banyak ok. Aku tau memang susah. Tapi telan ajelah. Demi si kecil comel dalam perut. Mak menderita pun takpelah. Hehehe

Sudah 26 minggu 6 hari

Ohh, lama tak update blog. Perempuan mengandung yang satu nih memang malas. Memang kalau boleh nak makan tidur makan tidur je. Hahahahahaha.

Rupanya dah nak masuk 27 minggu membawa budak dalam perut. Ye, kawan-kawan kalau jumpa memang terus spot perut dulu lah. Aku sengih aje. Kalau kawan-kawan suka cakap perut aku besar, tapi kalau pergi klinik dan menyambang dengan mak-mak yang lain, semua cakap perut aku kecik, tak nampak macam dah 6 bulan lebih. Hehe. Tak tau nak buat muka malu ke nak buat muka bangga. Masa scan tempoh hari doktor cakap kulit perut ok, kulit nipis, takde lemak, senang tengok baby. Hahaha.

Oh, lagi seminggu nak genap 7 bulan. Selalu lupe perut dah membonjol ke depan, tapi masih berangan mampu men"squeeze"kan diri lalu kat tempat sempit. Haha.. Yess, memang asyik terlanggar je. Sorry baby, mama dah tak reti bajet lah, tak nampak sangat perut sendiri besar mana. Hahaha

28 June 2011

Tak Bersih

Kenapa kerajaan Najib takut sangat dengan Bersih ni? Berani kerana benar, takut kerana salah wehh. Dah-dahlah Najib dan Rosmah. Sampai bila rakyat Malaysia nak kena bodoh lagi pun tak tau lah. Aku bosan. Bagi peluang orang lain pula lah. Rakyat didahulukan konon!

23 June 2011

Alooohaaa!

oo em ji! I'm sorry people for lack of updates. Not that im super busy nor i dont have internet at home.. hehehe. being pregnant = being lazy! ahahaha


Well, a little update 'bout myself. To date, i've been 23 weeks pregnant! oo em ji again! cepatnye mase berlalu, rase mcm baru semalam kahwin. hoho. tipu sgt nih. And, tadi baru je berjaya puase ganti hari ke 2..out of 8.. yeay! finally, ade progress. hahaha. Dah 5 bulan lebih ni, nak puasa dah xde hal sangat dah. Rasa lapar pun dah kurang. Tak macam masa awal2 pregnant dulu. 24 jam asyik lapar je kot. Hehe. Puase 2 hari seminggu je lah yg mampu nampaknye. Hehehe..

 Btw, I failed the MGTT test..ala test yang minum air gula tuh. My result was 7.9 (fyi, limit die 7.8 ok). Aku takde keturunan diabetes pun, tapi time pregnant ni je insulin sedikit terganggu. So, aku kene hantar dengar dietitian citer pasal apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan and so on.. Alah, benda-banda yang memang aku dah tau kot. Tapi dengar je lah. And then, I was required to the the BSP (Blood Sugar Profiling) the next week. BSP ni memang menyusahkan sikit lah, sebab kena ambil darah 4 kali sehari gune glucometer tuh. So macam penat lah asyik nak ulang alik klinik je. Tapi masa tuh, aku macam balik kampung husband, so aku mintak delayed lah another 2 weeks. Agaknya, masa dok kat kampung main makan je segala benda, so bile first time buat BSP tu result cm buruk sikit. . Apa entah result aku xingat, tapi ada 2 result kaler merah lah. So, 2 weeks after that, buat BSP lagi. And, alhamdulillah, result bagi 4 readings tuh sume bawah 6.. maybe  sebab aku control diet sikit. Alah, bukan lah secara extreme, cuma aku cut down makanan + minuman manis je..which were kinda hard at first, sebab mase pregnant ni, mmg asyik lah terliur tgk mende2 manis nih. Tapi, apa nak buat, demi baby dlm perut ni, segala pun ku korbankan..chewahh! Next BSP lagi sebulan. Oklah kot kan, daripada kena monitor 2 minggu sekali, dah jadi sebulan sekali. Hopefully, takyah lah kena ambil darah sampai bersalin. Naik kematu jari asyik kena cucuk je nih. Not that I complaint or anything, but kan best kalau dah tak payah buat dah. Next checkup kena inject kancing gigi pulak. Aku dah pernah kena dulu masa accident motor time kat UKM, terus demam lepas tu. Hoho, hopefully this time around, I'll be just fine. Takmo demam, tak best demam time pregnant.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails