Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

13 January 2011

Ada apa dengan Facebook?

Facebook sudah tidak relevan dengan kehidupan semasa. Hahaha. Hanya berguna ketika mahu kahwin sahaja, yelah nak minta alamat lah ape bagai semua kan. Hehe. Tengok apa aku buat bila log in Facebook sekarang.

Oh, tak payahlah percaya dengan rumours yang owner Facebook nak his old life back. Like, wtf? Kau dah famous dan kaya raya lepas tu kau nak blah camtu je? Dah macam cerita "Back to the future" lah pulak. Khabar angin mengarut. Annoyed gila aku bila nampak orang buat status pura-pura terkejut. Hahahaha. Kesian.

11 January 2011

Entri bosan

Kehidupan selepas berkahwin memang berbeza. Haha, walaupun jawapan standard aku kepada soalan "Camne bile dah kahwin?" adalah " Macam biase je! ". Entahlah, aku adalah malas mahu menjawab. Takkanlah aku nak bercerita segala macam jenis perasaan yang aku rasa dekat kau kan.Macam lah kau sanggup nak dengar kan. Jadi aku anggap semuanya hanya pemanis mulut sahaja. Sengaja mahu ajak berborak-borak mungkin. Anyway, thanks for asking. Hehe

By the way, siapa yang tak kahwin lagi, cepat-cepat lah kahwin, best wooo dah kahwin! Walaupun, macam-macam benda leceh dan remeh temeh yang kita kene fikir bila nak buat kenduri kahwin ni.. tapi layankan ajelahh. Nak mengamuk sekali sekala pun boleh. Jangan selalu sangat, nanti tak comel dalam gambar. Ngeh2.


07 January 2011

First post of the year

Tahun 2011 dah masuk hari ke-7, baru nak buat post baru. Haha. Yelah, setiap kali nak tulis tapi takde idea yang keluar. Bila dah kahwin, memang rasa lebih tenang eh. Hahaha. Tenang lah sangat kan, tapi setiap kali fikir pasal research, memang tak boleh tidur. Memang mengganggu masa tidur betul. Jadi, aku dah sampai JB. Suami pun dah balik kampung. Dan aku sekarang tengah figure out bagaimana mahu menjayakan projek master ini. Walaupun kadang-kadang rasa berserabut sedikit, tapi nak buat macam mane terpaksa lah jugak kan. Anywhere, besok nak balik jumpa suami. Can't wait, rindu dowh! muahahaha

27 December 2010

Officially a wife now

alhamdulillah, finally telah sah menjadi isteri orang. Ringan rase kepala bila dah selesai semuanya.  Walaupun ada beberapa drama swasta berlaku..hahaha

Nah, layan gambar nikah aku dulu.
Feeling ayu gitu, maen tutup-tutup mate. hahaha

I love you, husband!

**gambar dari album fb adek aku**

20 December 2010

It's not cool at all

via Shira.

14 December 2010

11 hari mendapat suami

Auww, terharu I dah mencapai target 50.. Thank you para peminat. Hahahaha Syok gila perasan ada peminat..bluwek! 

Jadi, lagi 11 hari mendapat suami. Kepala adalah pening. Macam-macam benda remeh temeh mula timbul. Bila macam ni, mulalah rasa duit tu dah macam air. Mengalir keluar je kerjanya. Hahaha, adakah semua orang yang nak kahwin rasa macam ni, atau hanya aku je eh.

Ok, tak sabar nak kahwin, boleh? hahahaha

07 December 2010

Perdana Menteri Wanita Malaysia kot?

1. Banyak sangat teknik photoshop dalam gambar ni atau BOTOX?
2. Sebab aku hari-hari tengok TV, jadi aku semakin peka dengan kehadiran muka Rosmah di muka TV. Aku rasa, sepanjang minggu lepas je, hari-hari muka dia keluar TV.
3. Siapa bagi gelaran First Lady of Malaysia kat dia nih?
4. Dari pemerhatian aku, bolehlah aku katakan yang dia adalah seorang yang amat sibuk. Agaknya lebih sibuk dari Najib. Tengok siap ada website sendiri lagi



Kenapalah Rosmah tak boleh jadi macam Tun Dr Siti Hasmah masa zaman Mahathir dulu. Mungkin boleh buat aku rasa kurang muak sedikit.


Misi 17 hari mendapat suami

Yeay, Lagi 17 hari mendapat suami. Ngeh2. Eh, sila jangan salah faham tajuk ye, bukannya misi mahu mendapatkan seorang suami dalam masa 17 hari.. hahaha. Eh, boleh ke? Tak tahu lah, sebab aku berbulan-bulan kot. Dari aku excited, sampai aku tak berapa nak excited, stress, penat, bergaduh-gaduh dengan semua yang terlibat, hahaha. Gila seronok sebab bukan selalu kau boleh buat perangai bukan-bukan macam ni. Ok, macam gila pulak aku sekarang.

Aku suka je cuti, tapi kan aku dah naik bosan  mengadap TV dekat rumah, hampir semua cerita aku tengok. Animax pun aku layan, Simpsons dah berapa kali ulang pun aku tetap tengok. Lepas tu boleh tergelak-gelak  dengan lawak bodoh kartun tu macam tak pernah tengok episod tu.

Semalam sempat lah tengok beberapa belog orang femes. Ohh, memang betul lah eh, kalau nak femes kene letak gambar diri sendiri yang comel dan hot? Sila jangan salah faham statement aku ni, aku langsung tak jealous. Eh, apa makna jealous pun aku tak tahu sebenarnya. Hahaha. Tapi betul lah kan, kalau aku pun, aku suka tengok yang cantik je. So, tak hairan lah pada aku. Cantik tu kan lebih indah! Hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails