Akhirnya berjaya mengharungi 2 hari yang penuh dengan ceramah.
Nasib baik ada buku ni buat conteng-conteng hilangkan ngantuk.
Penat sangat ok, walaupun hanya duduk dan mendengar sahaja. Hari pertama tu, asyik menguap je sampai keluar air mata. Dapat bayangkan tak betapa boringnya aku duduk dalam hall tu dengar ceramah yang most of it, kita dah tau ataupun dah pernah belajar di sekolah. Hari kedua dah cool sikit sebab kadang-kadang ada penceramah yang macam syok-syok sendiri je bagi ceramah entah apa-apa. Contohnya macam ada seorang ustaz muda (kalau tak salah dia cakap dia lahir tahun 1986), so dia baru berumur 24 tahun dan BELUM BERKAHWIN tetapi menyampaikan ceramah untuk slot KOMUNIKASI SUAMI ISTERI. Aku adalah ragu-ragu dengan keupayaan dia menyampaikan ceramah berkenaan topik tersebut. Dan ternyata sangkaanku tepat sekali. Dia hanya mampu membaca slides dan berulang-ulang memberikan contoh yang sama. Itu pun samapai satu setengah jam nak tunggu dia habis. Haih..memang dasar syok sendiri je aku rasa.Tapi, tak semua la yang macam tu. Ada juga ustaz dan ustazah yang menyampaikan ceramah yang agak bermanfaat. Contohnya, baru pertama kali aku tau ada darah haid warna hijau. Ustazah tu siap nak describe hijau lumut la hijau daun ketupat la. Euww.. memang ilmu baru la bagi aku. Overall, aku rasa Kursus Praperkahwinan sekadar melepaskan batuk di tangga je. Bagaimanapun, niat pihak-pihak berkenaan yang mahu berkongsi ilmu-ilmu kepada bakal pengantin sebelum melangkah ke alam perkahwinan amatlah dihargai. Aku pelik juga sebab aku rasa ramai budak-budak je yang datang kursus ni. Budak-budak yang duduk sekeliling aku baru berumur 20 - 21 tahun. Haih.. bagus betul budak-budak ni kan. Masa aku umur macam diorang ni, aku tak pernah fikir pun nk pergi kursus kahwin. Adakah budak-budak sekarang lebih gatal? Hahahaha
Nah, nikmati hasil usaha selama 2 hari! Cuba fokus dekat kertas putih tu, agak-agak boleh nampak tak?
Haa.. bangga siot dapat markah 100%. Dah lama tak dapat markah macam ni. Hahaha