Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

27 December 2010

Officially a wife now

alhamdulillah, finally telah sah menjadi isteri orang. Ringan rase kepala bila dah selesai semuanya.  Walaupun ada beberapa drama swasta berlaku..hahaha

Nah, layan gambar nikah aku dulu.
Feeling ayu gitu, maen tutup-tutup mate. hahaha

I love you, husband!

**gambar dari album fb adek aku**

20 December 2010

It's not cool at all

via Shira.

14 December 2010

11 hari mendapat suami

Auww, terharu I dah mencapai target 50.. Thank you para peminat. Hahahaha Syok gila perasan ada peminat..bluwek! 

Jadi, lagi 11 hari mendapat suami. Kepala adalah pening. Macam-macam benda remeh temeh mula timbul. Bila macam ni, mulalah rasa duit tu dah macam air. Mengalir keluar je kerjanya. Hahaha, adakah semua orang yang nak kahwin rasa macam ni, atau hanya aku je eh.

Ok, tak sabar nak kahwin, boleh? hahahaha

07 December 2010

Perdana Menteri Wanita Malaysia kot?

1. Banyak sangat teknik photoshop dalam gambar ni atau BOTOX?
2. Sebab aku hari-hari tengok TV, jadi aku semakin peka dengan kehadiran muka Rosmah di muka TV. Aku rasa, sepanjang minggu lepas je, hari-hari muka dia keluar TV.
3. Siapa bagi gelaran First Lady of Malaysia kat dia nih?
4. Dari pemerhatian aku, bolehlah aku katakan yang dia adalah seorang yang amat sibuk. Agaknya lebih sibuk dari Najib. Tengok siap ada website sendiri lagi



Kenapalah Rosmah tak boleh jadi macam Tun Dr Siti Hasmah masa zaman Mahathir dulu. Mungkin boleh buat aku rasa kurang muak sedikit.


Misi 17 hari mendapat suami

Yeay, Lagi 17 hari mendapat suami. Ngeh2. Eh, sila jangan salah faham tajuk ye, bukannya misi mahu mendapatkan seorang suami dalam masa 17 hari.. hahaha. Eh, boleh ke? Tak tahu lah, sebab aku berbulan-bulan kot. Dari aku excited, sampai aku tak berapa nak excited, stress, penat, bergaduh-gaduh dengan semua yang terlibat, hahaha. Gila seronok sebab bukan selalu kau boleh buat perangai bukan-bukan macam ni. Ok, macam gila pulak aku sekarang.

Aku suka je cuti, tapi kan aku dah naik bosan  mengadap TV dekat rumah, hampir semua cerita aku tengok. Animax pun aku layan, Simpsons dah berapa kali ulang pun aku tetap tengok. Lepas tu boleh tergelak-gelak  dengan lawak bodoh kartun tu macam tak pernah tengok episod tu.

Semalam sempat lah tengok beberapa belog orang femes. Ohh, memang betul lah eh, kalau nak femes kene letak gambar diri sendiri yang comel dan hot? Sila jangan salah faham statement aku ni, aku langsung tak jealous. Eh, apa makna jealous pun aku tak tahu sebenarnya. Hahaha. Tapi betul lah kan, kalau aku pun, aku suka tengok yang cantik je. So, tak hairan lah pada aku. Cantik tu kan lebih indah! Hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails