Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

27 September 2010

Hi speed sahaja

Ohhh.. wiper kereta berperangai aneh hari ini. Kadang-kadang pun memang die buat perangai, macam buat bunyi-bunyi pelik bila tiba masa digunakan. Tapi, yang tu aku boleh tahan lagi. Memang dasar pemalas nak tukar wiper. Huhu.

Yang baru je jadi hari ini, lebih aneh lagi. Dahlah dekat sini, bila petang je mesti hujan kan. Tadi lepas kelas, hujan boleh tahan lebat jugak lah. Masuk-masuk kereta, start enjin, dan bersiap nak gerak, sekali bila try on wiper, wiper tak gerak langsung. Panik sebentar. Aku ingat sebab ada orang selitkan kertas dekat wiper tu. Biasalah, time-time konvo macam ni, memang susah nak dapat parking dekat kawasan tu. Jadi, aku parking je kereta dekat kawasan bengkel. Terus dapat surat " NO PARKING! KAWASAN KERJA" . Nak buat macam mana, hari-hari biasa memang aku tak ingin pun nak parking dekat situ.

Jadi, aku alihkan lah kertas warning tu. Try on wiper balik. Still tak bergerak. Makin panik, tapi try je speed yang paling hi, baru boleh bergerak. Entahlah, sebelum ni tak pernah buat macam tu. Since tadi, cara macam tu je baru wiper tu nak bergerak. Kenapa lah agaknya ni. Merajuk ke sebab kena tinggal 2 hari dekat UTM? Huhu.

21 September 2010

Secebis emel

Tension ahh..


Alahai.. aku tak suka sangat nak presentation nih. Aku tak bersedia, tolonglah jgn high expectation sgt. aku poyo2 je nih. huhu

20 September 2010

Hari pertama selepas cuti

Fuhh, gile lama bercuti. rasa nak balik JB memang malas gila. Kalau boleh tak nak balik dah. Nak cuti je sampai bila-bila. Haha, Tapi bila membebel dengan tunang pasal malas nak belajar lah apa lah, ok, serius banyak kot aku membebel benda macam ni, especially bila aku rasa stress banyak sangat kerja yang tak siap-siap.*Kesian u syg, tapi i peduli apa, u kena dengar jugak! U je tempat i mengadu. Hehe* Akhirnya sedar diri, walaupun tunang offer cakap jadi suri rumah je, haihh, jadi suri rumah macam best eh, tapi nanti tak banyak duit nak berjoli katak. Hahaha, nanti mana nak dapat duit nak beli kasut-kasut, baju-baju dan sebagainya barang-barang lain sebagai reward kepada diri sendiri kan? So, nak tak nak, harus kembali ke sini, dan layankan je semua benda ni.

Eh, tadi ada budak puji nama aku sedap. Haha, termalu-malu aku tadi. Jarang gila kot tetiba ada orang cakap kat kau, " Sedap lah nama awak!" Aku sengih-sengih bangga je. Lupa pula aku nak tanya nama dia pulak. Entah-entah dia berharap aku puji nama dia balik? huhu.

10 September 2010

Lagi-lagi aku

Duduh di rumah buat beberapa hari ni adalah mendamaikan. Oh, tapi aku masih je bergaduh dengan adik aku. Hahaha. Tapi, lebih tenang daripada duduk di UTM dan fikir pasal Master. Huhu. Banyak sangat kerja sampai rasa malas gila nak buat. Apalah punya manusia kan? Kalau macam ni perangai, sampai bila pun takkan siap. Hoho. Oh, cepatlah habis semester ni, aku dah tak larat. Lagi berapa hari lagi nak kembali ke UTM, fikir je kepala aku dah sakit. Macam-macam hal nak kena fikir. Mudah-mudahan aku dapat siapkan semua assignment sebelum cuti ni habis. Kalau tak dapat siap semua pun, at least 2/4 pun aku dah cukup bersyukur dah.


Pergi sana sini orang dah mula tanya pasal persiapan kahwin lah apa lah.Haha. Nak kahwin pun susahlah. Macam-macam bendalah pulak. Aku bukan boleh control semua benda. Kalau aku boleh decide semua, boleh control semua, kan senang. kang kalau aku memandai cakap ikut apa aku suka kang. Haih.. Entah, tak tau nak cakap apa lah.

eh, buat semua peminat, salam aidilfitri! Maaf zahir batin. Hahahaha, macam lah ada peminat sangat kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails