Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

30 October 2009

I seorang je bersopan, tapi orang lain tak bersopan pun?

Menyampah betul bila drive petang semalam. Bila nak tukar lane, tiba-tiba je berdesup Persona silver ade kat sebelah. Seriously, I dah tengok segala mirror and memang confirm tak nampak pun kelibat Persona silver tu. Nasib baik I masih mampu bersikap tenang, waras serta tidak terburu-buru mahu menukar laluan, kalau tidak memang tak tahu la nak jadi apa sebab dua-dua kereta pun laju semacam.

Mood menyampah nak drive dari semalam terus bawa sampai hari ini. Tapi, I rasa tak salah pun memandu laju sedikit. Takkanlah kereta tu untuk dipandu 60km/j sahaja? Memang tak feel langsung. Rasa macam kayuh basikal je. Kalau nak bawa kereta perlahan ala-ala makan angin tu, baik memandu dekat kawasan perumahan je, confirm tak boleh nak speed langsung. Bersepah-sepah budak-budak kecil buat aksi berani mati seperti main basikal di tengah-tengah jalan. Tak campur lagi dengan yang main sepak-sepak bola dan berlari meluru ke tengah jalan untuk selamatkan bola. Budak-budak ni lagi rela selamatkan bola dari diri mereka sendiri. Memang aneh betul lah alam kanak-kanak ni. Asyik fikir pasal main je, tak payah nak fikir pasal masa depan. Tapi, sampai bila nak berfikir gaya kanak-kanak kan..?


29 October 2009

Ada apa dengan hati?

Pernah tak bila ada orang tanya, then kita rasa tak tau nak jawab apa atau macam mana nak explain atau mungkin kehabisan perkataan untuk menerangkan sesuatu perkara atau biasanya memang tiada hati nak menjawab sebab hati tengah remuk macam baru lepas kena baling dekat dinding. Lepas tu sebab tiada sepatah perkataan pun yang mampu keluar dari mulut ni dan satu-satunya perkara yang kita nak buat adalah menangis. Sebab biasanya bila lepas menangis, satu badan rasa lega. Kepala pun rasa ringan je. Semua beban yang ada kat dalam dada pun turut hilang begitu sahaja. Tapi, I admit la bila menangis ni yang tak seronoknya ialah bila hidung mula tersumbat, maka mulalah rasa susah nak bernafas. Bila dah macam tu, nak tak nak terpaksa paksa diri berhenti menangis, walaupun air mata tak habis lagi keluar.

Kadang-kadang, bila rasa ada banyak sangat benda yang diluahkan kat dalam kepala, tapi tiba-tiba tak jadi nak luahkan kat orang tertentu sebab rasa perkara yang kita nak cakapkan tu tak penting sangat pun pada diri dia. Then, kita rasa lebih baik kita pendam je benda-benda ni jauh-jauh dalam hati. Mudah-mudahan suatu hari nanti, semuanya akan pergi. Dah tak payah nak ingat-ingat lagi. Sebab bila makin lama kita cuba nak ingat, makin sakit yang kita dapat. Setakat ni, bila I cuba sorok jauh-jauh dalam hati, soulmate mesti dapat tahu dan cuba korek sedalam-dalam yang mungkin. I pun tak tau macam mana dia boleh tau. Macamlah ada tulis kat dahi ke apa kan..At first, memang susah nak keluarkan sebab dah lama terpendam, so kita rasa susah nak mulakan. Bila dia tanya otak terus jadi blank. Terus jadi tak tau nak jawab apa. Terus rasa nak cakap 'boleh tak kita tukar topik lain'. Oh..ini semua taktik I untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang I  rasa 'boleh tak kalau I tak nak jawab'.

Tapi, akhirnya bila berjaya menyusun patah-patah perkataan menjadi beberapa baris ayat yang dapat menjelaskan maksud yang dikehendaki. Tak tergambar perasaan dalam hati. Macam ada pesta dengan mercun dan bunga api tengah meletup-letup dalam hati. Boleh bayangkan tak betapa lapangnya hati sebab batu-batu yang selama nih terperap jauh-jauh tuh dah berjaya diletupkan. Ahh..memang syok! Aman dan nyaman..


Kemaskini alam maya

Petang tadi semasa berbual-bual dengan soulmate yang agak stress sebab baru lepas buat test, I baru ternampak yang friend request yang minta di approve sudah mencapai 20 orang. Memang sengaja I tak mahu approve because most of them adalah orang-orang yang tak dikenali dan boleh dikatakan asing sangat lah. Masa I mula-mula setup akaun facebook adalah untuk berhubung/berkomunikasi dengan teman-teman yang dikenali sahaja. Memang suci niat I masa tu sebab memang mahukan perhubungan yang lebih mesra dan intim bersama teman-teman yang sudah dikenali di alam nyata. Sengaja mahu perasan lebih intim lah konon! hehehe.. Tapi tadi bila I tengok balik, rupa-rupanya I dah ada 365 orang kawan dalam facebook. Memang sangat tak logik sebab sampai sekarang I tak tau pun macam mana perasaan ada 300 lebih orang kawan. Yelah kan..balik-balik pun komen-komen kat page orang yang sama je kan.

So, I dah bertekad nak review balik my friends kat facebook dan mungkin akan menggugurkan sesipa yang tak berkenaan. Tapi, tengok lah kalau ada masa dan tahap kerajinan melampau!

28 October 2009

Desperate housewife!

Otak dah penat sebab banyak berfikir siang tadi. Tapi sebelum melelapkan mata yang sudah sedia berat, jom berangan bersama-sama kejap. Mudah-mudahan bila kepala sudah ringan, boleh dapat mimpi indah-indah malam ini.

Kadang-kadang pernah tak terlintas kat fikiran, yang alangkah indahnya kalau dah tak payah kerja lepas kahwin. Boleh duduk rumah je. Cukup masa tunggu husband balik rumah. Lepastu boleh buat eksperimen masak-masak. Kalau dah habis masak boleh kemas rumah pulak. Rasa macam jadi isteri mithali je kan. Hehehe .. padahal memang gaya orang yang malas nak bekerja kot. Ingat boleh duduk goyang kaki je kat rumah la.Tapi tu hanya bila berlaku bila rasa stress semasa bekerja. Bila time dapat gaji tu, rasa macam kan bagus kalau hari-hari pun merupakan hari gaji masuk. Then boleh spend tanpa had, tanpa rasa bersalah! (Sebab spend guna duit hasil titik peluh sendiri lah katakan..)

Tapi bila berfikir dengan lebih mendalam, I rasa kemungkinan besar I takkan puas bila duduk rumah. Mungkin I hanya boleh bertahan seminggu sahaja. The facts that I tak dapat pergi kerja dengan orang tersayang and most importantly tak dapat tengok muka orang tersayang 24 jam sehari (Ok, ini bukan matlamat utama datang ke tempat kerja ye). Mana la tau kan kalau-kalau ada orang nak menggatal dengan dia ke apa ke.. hahahaha.. Well, I think there's something wrong with me, because bila dapat je kad jemputan ke majlis perkahwinan atau dengar cerita kawan-kawan nak berkahwin, I pun rasa excited juga nak kahwin secara tiba-tiba dan mulalah bercerita perkara-perkara macam ni. Haih!!

Baiklah, malam sudah lewat benar. Mari tidur!

I'm not kidding, this is hot!

Now, it's official that my favourite ruang dalam rumah I nanti adalah the BEDROOM! Hahaha.. macam la I dah ada rumah sendiri sekarang. This is big decision, ok.. coz right now I tengah dalam dilema dan berbelah bahagi whether it's really the bedroom or the kitchen or the living room. It's not simply because I ni suka sangat tidur (kadang-kadang je jadi my hobby). However, picture speaks louder than words. It just takes your breath away with its sheer beauty. And because of gambar-gambar inilah, maka I menjadi begitu biased dan begitu yakin sekali dengan pilihan I.. hehehe

 
Simple, yet so stylish! I superlove this one! Dah siap boleh bayangkan dah macam mana selesanya bila tidur dalam bilik macam ni..


 
wow! yang ni dah macam tidur di bawah kerlipan bintang-bintang..



It's white and pure! ada banyak tingkap yang xpayah pakai langsir (senang nak mengintai orang kat luar kot)



Kalau dapat macam ni pun ok jugak.. rasa macam tidur atas tangga kat atas stage sebab ada lampu-lampu tu





27 October 2009

Post idaman hati

Banyak sangat nak tulis.

Tentang hal-hal yang dah jadi, yang sedang terjadi dan yang akan terjadi. Tentang emosi dan perasaan.Tentang imaginasi-imaginasi tinggi yang selalu bermain kat otak ni. Hahahaha..

One day, perhaps..soon!

26 October 2009

Rindu lah!

Syg,
Hari ni dah genap 30 hari tak dapat jumpa u. Dah membuak-buak rasa rindu ni. Cepat la balik sini. Tronoh tu bosan gile sebab I takde kat situ. hehehehe

25 October 2009

Hari Sabtu adalah hari untuk berjemur, berpanas dan berpeluh!

My very first experiencing Family Day with this faculty's staff, and it was GREAT! We had too much fun throughout every activity, even I only get to involved in one event only.. hehe.. But, it was worth it, coz we've won the game.. yeay! Bukit Gambang Resort City adalah sangat panas, dan I lupa mahu apply sunblock (mmg xsuka pakai dan xpernah ingat nak pakai pun) dan hasilnya hari ini, kulit muka rasa kasar macam kertas pasir dan mula mengelupas (hate it!). I juga sangat bertuah dalam lucky draw coz dapat 2 buah hamper ( 1 kecil, 1 besar gileh sampai orang cakap hamper lagi besar dari badan). Haha.. Dalam hamper semua ada barang-barang makanan, macam suruh I makan banyak2 lagi je gayanye. I baru je ingat nak kurangkan berat badan. Camne ni eh?

Lepas habis semua acara permainan, I teringin nak masuk kawasan water theme park. Tak tau la kenapa ramai sangat orang, sampai kene parking jauh gila (I memang xsuka tempat parking yang jauh dari tempat yang nak dituju). Memang bersemangat la, berjalan kaki dari tempat parking ke main entrance theme park tu, dengan muka steady dan cubaan menahan mulut dari mengomel dan mengeluh juga adalah berjaya! The theme park was OK, I guess. Memang sesuai untuk family yang nak bawa anak-anak bawah 12 tahun main-main air. But, for adults, I rasa yang paling mencabar pun adalah tube slides and family raft. 1st time cuba tube slides, rasa overexcited sebab sangat laju dan memang rasa xnak buka mata walaupon isi perot rasa nak melompat keluar! Hahaha. Tapi lepas itu, jadi semacam addicted sehingga mencuba sehingga 3 kali, dan tidak mengeluh sedikitpun walaupun terpaksa memanjat tangga yang tinggi sambil mengangkut tube yang boleh tahan berat untuk naik ke tempat permulaan.



Ni la slides yang diwar-warkan. And cube bygkan betapa penatnya nak mengangkut tube dari bawah ke atas. Boleh mengah tau!

Meh ramai-ramai kita pergi Bukit Gambang Resort City lagi! (Tak payah ajak I la, coz I dah bosan..hehehe) Harga tiket pun murah dan yang lagi best.. Taman Tema Air yang terbesar di Pantai Timur tu!



I hate this, how about u?

Seriously, sejak akhir-akhir ini, i dah memang rasa annoying gila tahap menyampah bila soalan-soalan sebegini diajukan dan terus hilang mood nak menjawab.

Situasi ini biasanya berlaku apabila hadir di majlis perkahwinan sahabat handai. Biasalah soalan umum bagi setiap perempuan bujang (rasanyalah) adalah: "Bila kau punya turn plak?" atau "Kau dah lama dengan boyfriend kau tuh kan?" atau yang paling aku suka ialah "Kau bila nak kahwin?". Terima kasihlah kawan-kawan kerana menunjukkan usaha nak ambil berat pasal I dan bakal pasangan. Tapi, even my parents pun tak tanya soalan-soalan seperti itu ye. Aku memang nak kahwin pun. Macam dalam iklan Celcom Blue Scha Al-Yahya " Nakkk...sangatttt!" Tapi, mungkin bukan dalam masa terdekat ini. So, tolong ye..kalau boleh, tak payahlah nak tanya lagi, kerana I khuatir bila I dah tak larat nak menjawab, pertanyaan tersebut hanya akan dibalas dengan jelingan yang menggoda sahaja. Jadi, sila jangan nak terasa hati atau kecil hati jika I buat tak layan sahaja pertanyaan anda semua kerana I memang malas pon nak layan. Unless la, kalau I dah confirm dengan tarikh kahwin dan sebagainya, I akan announce je..lagi senang kan..tak payahlah u all semua susah-susah nak tanya.. (Berangan macam artis pulak nak buat announcement!)

21 October 2009

Mari berhibur!



Here's my curent favourite song on Youtube! Heard it for the first time during the Academic Carnival at UMP a few weeks ago and instantly loving it. Sangat sesuai untuk disumbangkan semase sesi karaoke.

Sesekali, teringin juga layan lagu2 tanah tumpah darah ni.. hehe



Dan, bila berangan mahu jadi rockstar!



Oh, how I miss our karaoke activity!

Entri serius

Semua perempuan mesti ada ciri-ciri tertentu untuk memilih lelaki idaman hati. Eh, I ada jumpa juga lelaki yang very particular about that. Mungkin sebab masa tu die masih tak laku lagi, so dia sesedap hati la letak kriteria perempuan idaman die mestilah tinggi, badan sedap2 sikit, kulit putih melepak, pembersih, pengemas dan banyak lagi la yang kalau nak ikutkan mungkin tak wujud perempuan macam tu kat dunia ni atau kalau ada pon yang jenis macam tu, mesti perempuan tu pon tak nak dekat dia.Hehe.. Yelah, kalau lelaki tu muka hensem macam Brad Pitt ke boleh consider juga la kan dia nak cari pasangan hidup yang memenuhi citarasa dia. Tapi, indah khabar dari rupa. Biasalah, dalam hidup ini tak semua yang kita nak tu kita akan dapat kan. Love comes with a package, but not necessarily the ones that we always dream of. Unless, memang kita sangat bertuah dapat jumpa pasangan yang memang menepati ciri-ciri yang kita nak. Memang ada,but it's so rare.

Bila bercakap pasal pasangan idaman hati, I bet semua orang pun mesti nak yang muka handsome ala-ala Matthew McConaughey or paling cikai pon bagi I la kan muka die mesti resembles Matt Damon punye face features sikit2. Hahaha.. Aim for the highest bebeh! Ala, tapi kan kalau dapat yang mcm Patrick Dempsey pon I dah kira bonus dah.. hahaha


Lagi, lelaki itu mestilah lebih tinggi dari I. I tak kisahlah die nak tinggi banyak ke tinggi sikit ke dari I, tapi yang penting kene jugak tinggi dari I. Sebab I sedar diri sendiri tak berapa nak tinggi, so kalau ada lelaki yang tinggi di sisi, pasti memudahkan kerja-kerja rumah yang membabitkan aspek-aspek ketinggian seperti pasang langsir dan bersihkan kipas.


Seterusnya, dia mestilah tidak terlalu kurus dan tidak juga terlalu gemuk. Yang sedang-sedang saja.Kalau kurus sangat kang bila berpeluk berlaga pulak tulang temulang. Oh, sangat tidak seronok. Kalau gemuk sangat macam peserta-peserta The Biggest Loser tuh dah tak sedap mata memandang pulak. Lagi satu kalau gemuk sangat, macam mana nak uruskan aspek2 yang emerlukan ketinggian dalam rumah kami nanti. Haih..


Lelaki idaman hati juga hendaklah seorang yang aktif bersukan. Tak kisah la apa-apa jenis sukan pun. Itu semua tak penting. Yang penting hasil selepas bersukan tu. Auww..yang peluh-peluh tu la yang I suka. Nampak hot gitu..


Oh, dan ini yang paling penting. Dia mestilah seorang pendengar yang setia. WAJIB mendengar segala keluhan, rintihan dan bebelan I mengenai perkara-perkara yang penting, kurang penting sehinggalah ke tahap yang annoying dengan setia. Setia melayan juga bererti perlu membuat muka berminat untuk mendengar dan bukannya sekadar mengangguk atau menggeleng sahaja. It was like, hello..?!! I tengah cakap dengan orang kan, so silalah bagi sedikit respons dari segi suara dan body language. Hehehe.. Yelah, kalau nak sehidup semati dengan I, kenalah tunjuk effort sikit kan, takkan tu pon tak boleh nak buat.


Another thing is, haruslah sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar, motivasi, semangat, kata-kata perangsang, pujian yang melambung-lambung dan  membimbing I ke arah kebenaran..InsyaAllah.


Ciri-ciri di atas hanyalah angan-angan dan khayalan semata-mata. Zaman-zaman bujang (takde bf) kan ada banyak masa lapang nak fikir benda-benda macam tu. Tapi yang paling penting, bila cinta datang, ciri-ciri tu semua tolak tepi. Bagi I, kalau ada ciri-ciri tu semua tapi tiada cinta lagi laa tak boleh.


Love is complicated. True, isn't it? As for now, I believe that I've found my soul mate who truly loves me for who I am. I'm so blessed and thankful to have finally found my significant other. Yes, we do have our own ups and downs, but I believe that will bring us a little more closer to each other and make us cherish every wonderful memories that we've ever had. Really hope that we will be living life together for each other one day...Only God knows when! I know you'll read this, so..thanks for being there for me and love you so much, sayang!



*memetik kata-kata from Anis's FB notes : 'God determines who walks into your life. It is up to you to decide who you let walk away, who you let stay, and who you refuse to let go.'

19 October 2009

09 Bahagianya bila dapat memiliki yang dihajati

Oh..oh.. Finally, I bought myself a new bed. Kesian kan, setelah hampir setahun bekerja baru mampu  nak tidur atas katil. Sebelum ini tidurku hanya beralaskan tilam yang empuk sahaja. Walaupun harganya agak mahal (you are right syg, but I'm so in love with it)  dan tidak mendapat sokongan padu dari yang tersayang, tapi itu semua bukan penghalang. I dah jatuh cinta pandang pertama dengan katil itu. It was like, I just knew that we're meant to be together. So, rasa sangat puas selepas berjaya menghabiskan duit. hahaha. Sebagai seorang yang pemalu, I rasa tidak perlulah untuk meletakkan gambar katil I yang hot tu di sini, confirm ramai orang jeles pulak.And..yess!! Malam pertama bersama katil baru adalah sangat hebat kerana dapat tidur dengan selesa dan lena sampai rasa malas sangat nak bangun pagi ni.

18 October 2009

08 Mission Impossible

Arghh, banyak betul my 'list to buy' this month. Tapi, memang ada satu wishlist yang dah berkali-kali disuarakan, namun x beli-beli jugak. Kan best kalau everytime I cakap je, terus benda yang I nak tu muncul depan mata. Or, yang lagi best, kalau I baru je berniat dalam hati, then suddenly benda yang dihajati tu pop out begitu saja. Hahaha..berangan memang seronok.

17 October 2009

07 Rindu yang menyeksa!

Rindu yang amat sangat adalah seksa, pedih dan menyakitkan. Orang kata, rindu tu lazat. Yelah, lazat sangat. Tapikan, rindu yang melampau akan menyebabkan daya ketahanan mental seseorang itu terjejas.. hahaha.Die macam kalau boleh nak jerit kat semua orang yang : "I tengah rindu soulmate I nih, boleh tak jgn kacau I nak layan perasaan jap". haha.
Kesimpulannya, nak cakap yang ini saje -->syg! cepat la balik! I miss u like crazee laa..

16 October 2009

06 Sejuk laa..

Kenapa bilik yang sejuk boleh membuatkan penghuni di dalamnya berasa lapar?
Kenapa? Kenapa?
Haih, xpayah fikir panjang2 dah.. tapi.. nak pergi makan ke nak masak..? hmmph..

Blog response: Body idaman cik Pysad

Ini adalah artikel respon kepada body idaman Cik Pysad
Pysad,

Rasenye dah hampir 7 tahun kita tidak berjumpa (sejak habis school kan..??)
Tapi, pada pandangan aku, badan kau mestilah tidak mengalami perubahan yang mendadak.. maksudku, badan kau masih kecil , keding dan comel  (ke tetibe ko tambah ketinggian??..xmungkin laa kan).
Gambar bahagian badan J.Lo yang satu tu adalah sangat tidak sesuai untuk ketinggian dan rupa paras kau.
Walaubagaimanapun, aku sokong ke arah pemantapan badan, ye.. bukannya penambahan kebesaran anggota badan yang sangat tidak sedap untuk dilihat, apatah lagi sekadar dijeling begitu sahaja.
Sila ambil perhatian ye cik Pysad. =)




eyh, pysad.. perempuan sebelah ini lebih hot dan gorgeous dari j.lo..kan? =)

15 October 2009

Oi..oi..buta ke?

Aku rasa sekarang semua orang dah berani nak buli aku. Even seorang perempuan India yang gemuk dan x berapa nak cantik (ahh..terpaksa jadi judgemental) pun berani buli aku dengan memotong barisan di kaunter pembayaran.Bukanlah nak kisah sangat, tapi adik cashier tuh dah nak scan harga barang2, tapi die dengan beraninye menyuruh adik cashier tuh kira barang die dulu.. Apekah? Sejak bila aku berubah jadi tunggul kayu.. Tapi, aku berjaya menenangkan diri sendiri dengan beranggapan bahawa sememangnya perempuan itu buta. Hahaha..
Tiada maaf bagimu laa..

go demon! eat that woman!! grrrr!

08 October 2009

Sumpah bunian!

Wah! I memang tengah addicted tengok sumpah bunian kat tv9 setiap malam. Nora Danish memang supercute jadi orang bunian.. siap bole buat2 muke segala lahh.. arghh! lagi satu tudung die pakai pon comel je.. ke sebab Nora Danish pakai baru jadi comel?? kalau la i yang pakai, dah xcomel ke.. hehe..


ohh..sangat suke! kenape laa nora danish ni lawa sangat..

06 October 2009

Siaran langsung

Rupenye kan..siaran langsung yg kita selalu tengok kat tv tu x seindah mane pon mcm hari tu, kebetulan la, kat UMP nih buat live rancangan Al-Kuliyyah tuh, masa belum mula pon lagi rancangan tuh, ada la seorang pengacara bersama nih (wanita yang xdikenali oleh aku) minta beberapa orang pemuda-pemudi yang sukarela nak tanya soalan.. Ingatkan kena la reka-reka soalan sendiri, rupanya dah siap dah set-set soalan tu...patutla soalan-soalan diorang selalu nampak mcm gah je.. hehehe

p/s: ustaz fauzi (pengacara) putih melepak wehh..n comel..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails